Thursday, April 12, 2018

Soalan skaptikal masyarakat terhadap PAS berserta jawapan dan penjelasan

Soalan skaptikal masyarakat terhadap PAS berserta jawapan .

1 Parti bajet suci
J- Kita tak bajet suci, tapi kita per
juangkan sesuatu yg suci. Bajet suci tu mcm mana? Yg husam dok kata "undi PH dapat pahala" tu, bukan mensucikan parti ke namanya?

2. Penunggang agama
J- Kalaulah memperjuangkan agama dianggap "penunggang agama", maka takde masalah nak kata kami penunggang agama. Asalkan bukan penonggang arak sbb memperjuangkan pesta arak.

3. Kelantan mundur, air kotor, miskin?
J- Kelantan mundur? Kuasa membeli rakyat kelantan di dalam Kelantan adalah antara yg tertinggi di Malaysia. Pemilikan tanah sendiri pun banyak di Kelantan. Airport kelantan antara yg tersibuk di Malaysia. Bab air kotor pulak, well..nak ke sy tunjukkan air kat selangor ni "bersih" mana?

S- Pimpinan PAS rasuah?
Pimpinan PAS rasuah? Datuk Paul Low ketika menjawab soalan Hanipa Maidin di parlimen menyatakan dgn jelas BN ada 71 kes rasuah legit yg disiasat dan PH 21 kes, manakala PAS KOSONG. So rasuah celah mananya?

5. PAS UG umno?
Tuduhan UG ni sejak 2008 lg. Mananya? Kita siap umum nak lawan Umno BN lagi ada la.

S- PAS lupa daratan bersama  PH dalam perjuangan?
PAS tak pernah join PH. PAS setia dalam PR. Yg menguburkan PR bukan PAS tapi LGE dap.

S- Arwah Tg nik aziz dan arwah Ustz fadzil Noor lebih baik dari TG Haji Hadi?
Kita tak kata pun Tghh lebih baik dr Atgna dan Atgfn, namun mereka ini saling melengkapi. ATGNA jd mursyidul Am sejak zaman ATGFN jd presiden hinggalah zaman TGHH. Manakala TGHH menjadi timbalan yg sgt bagus membantu ATGFN dulu. Lgpun berdasarkan rekod, Dap pernah je keluar dr pakatan pembangkang masa ATGFN jd presiden. Apakah itu maksudnya ATGFN tak bagus?

8) Menifesto PAS mengarut?
Manifesto PAS diiktiraf sebagai yg paling kuat dan realis oleh Dr Abdul Muein Abadi dari UKM. Bukan kami yg cakap ye. Manifesto PH pula yg paling lemah dan longgar. So amacam?

9. PAS parti lebai kmpg no academic or profesional leader?
PAS parti lebai dan kampung? Tak payah jauh - Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia ialah seorang Jurutera Minyak yg bertauliah. Presiden Pan lulusan apa ye?

10. PAS parti mundur, tidak membina modal insan dan suka salahkan politik lawan?
PAS parti mundur x bina modal insan? Rasanya PAS sahaja parti yg menyediakan pendidikan dan tarbiyah Islami sedari usia 4 tahun dan menyediakan pendidikan hingga ke kolej. Bukankah itu sebaik² method membina modal insan?

11. Parti dendam suka bergaduh sesama pimpinan amanah?
Kita bukan nak gaduh sgt, cuma buat apa kita nak berbaik dgn pengkhianat? Plus pimpinan Pan dah serang kita memacam, takkan la kita sekadar diam je?

12. PAS lupa jasa tun M bangunkan Malaysia?
bukankah dulu Pkr dan pimpinan Pan yg ada sekarang ni sakan nak jatuhkan mahathir ke? Bukankah mat sabu kata mahathir ni bapak pelingkup negara ke? Sudah tukar ka?

13. TG Haji Hadi x dtg parlimen?
Kalau setakat tidak hadir parlimen, melambak lg MP yg tak hadir parlimen. Tugas seorg ahli parlimen bukan setakat hadir sidang tapi selaku pemimpin no 1 parti dan no 2 ulama dunia, khidmat TGHH diperlukan di merata tempat juga.

14. Tg Haji Hadi suka jawab melalut, lain soalan lain jawab?
Bila masa TGHH melalut? Beliau jawab je dengan betul cuma kalau soalan tu soalan yg nak memerangkap PAS tak payahlah jawab terlalu polos sgt. Plus setiap soalan yg ditanya akan disertakan dalil dan nas bagi menguatkan jawapan beliau. Semelalut TGHH, x pernah pula TGHH dipenjara sbb salah cakap.

15. Isu anwar dan mahathir yg berkaitan penubuhan PKR hanya sekadar luka lama?
Luka lama? Ini bukan isu peribadi anwar n mahathir je tau. Berapa ramai yg cedera, kena tangkap, kena ISA, hilang kerja, hilang keluarga kerana reformasi mempertahankan anwar? Plus faktanya salah seorg drpd anwar atau mahathir CONFIRM penipu. Nak ke berketuakan penipu?

16. Kelemahan PAS dalam pengalaman perintah Terengganu Kedah dan Perak?
Kekalahan PAS Terengganu 2004 ialah atas faktor feel good Pm baru dan gelombang biru. Kelantan pun hanya majoriti 1 kerusi, Pkr hanya tinggal 1 kerusi parlimen. So adakah Pkr lemah masa tu? Kedah pulak semua tau hasil sabotaj dalaman pemimpin² tertentu dalam PAS yg kini semua dah melompat ke parti lain belaka. Jahat x? Dah rosakkan parti, depa lari. Perak, yang khianat ialah adun dari pkr dan dap. Lompat menyertai bn. Kurang ajar!

17. Kami tak minat politik,  orang politik semua sama (atas pagar)"
Sbb itu PAS gagaskan "Kerajaan Teknokrat" di mana lantikan jawatan menteri seumpamanya dibuat berdasarkan merit dan kepakaran, bukannya sebab politik semata².

Kredit; Fais Al-Hajari.

No comments:

Post a Comment