RAHSIA NOMBOR DI SEBALIK SOLAT
Seharian kita menjalankan ibadat solat 5 kali sehari semalam.
Ia terbina dengan 17 rakaat iaitu 2 bagi solat Subuh, 4 untuk Zohor,
Asar dan Isya’ dan 3 untuk Maghrib.
Pada setiap rakaat pula kita membaca Al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat,
melakukan 1 X Ruku’ dan 2 X Sujud dengan 1 X duduk di antaranya.
Ketika kita telah melakukan 1 rakaat dalam solat, sesungguhnya kita
sudah melakukan satu putaran yang terdiri atas satu kali ruku’ dan dua
kali sujud.
Ketika ruku' kita membentuk sudut 90° dari posisi berdiri tegak.
Sedangkan ketika sujud kita membentuk sudut 90° + 45° = 135° dari posisi
tegak.
Maka tatkata kita lengkap melakukan 1 ruku’ dan ditambah dua sujud,
jumlah sudutnya adalah 90° + 135° + 135° = 360° atau satu pusingan
penuh.
Umpama TITIK AWAL yang melingkar penuh lalu menemui TITIK AKHIR dengan
awalannya.
PENUH bermaksud SEMPURNA
Pada setiap rakaat, melalui pusingan yang penuh ini rakaat itu menjadi
sempurna lalu kita ulanginya lagi dan lagi mengikut perkadaran jumlah
rakaat solat yang ditunaikan.
Bukankah solat itu membentuk KESEMPURNAAN?
Melatih energi dalaman agar terjana penuh.
Umpama PUSARAN KIPAS yang lengkap putarannya.
Lalu, 17 rakaat sehari semalam ini membawa kepada 17 pusingan penuh
(BULATAN 360°) atau PUSARAN LENGKAP KIPAS YANG MENJANAKAN ENERGI TUBUH.
Jika dihalusi lagi, angka 1 dan 7 (pada jumlah 17 ini) akan membawa
kepada angka 8 (iaitu 1 + 7 = 8 ) dan 8 adalah satu-satunya angka yang
TIDAK PUTUS (titik awal bertemu titik akhir).
Ia juga seumpama bentuk BILAH KIPAS yang digambarkan tadi.
Rasullullah s.a.w sebagai UTUSAN ilmu-ilmu ALLAH.
Menariknya untuk kita renungi lagi, sewaktu berlakunya GERHANA MATAHARI
iaitu pada masa BUMI, BULAN DAN MATAHARI BERADA PADA SATU GARISAN LURUS,
kita disunatkan melakukan Solat Gerhana.
Aisyah r.a. berkata,
“Pada masa Rasulullah s.a.w. masih hidup pernah terjadi gerhana
matahari. Maka Rasulullah s.a.w. menyuruh orang ramai solat berjamaah.
Setelah mereka berkumpul, Rasulullah s.a.w. datang lalu bertakbir dan
solat dengan 4 kali ruku’ dan 4 kali sujud dalam dua rakaat.”
(Sahih Muslim)
Kembali ke kajian tentang ruku' dan sujud di atas tadi, pemusingan dalam
Solat Gerhana yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 ruku dan 4 sujud
itu dihitung sebagai berikut:
Rakaat 1 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º
Rakaat 2 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º
Maka, 90º +90º = 180º = iaitu SAMA DENGAN SATU GARIS LURUS.
Hal ini sama duduknya dengan peristiwa gerhana iaitu posisi matahari,
bumi, dan bulan membentuk satu garis lurus.
Manakala jikalau diamati pula senario Solat Jenazah yang tiada ruku’ dan
sujud melalui diskusi kaedah di atas, kita akan mendapati TIADA
PUSINGAN PENUH atau PUSARAN LENGKAP terbentuk.
Ini adalah kerana tiada posisi ruku’ dan sujud yang dilakukan.
Jika pusingan penuh ini dikaitkan dengan penjanaan PUSARAN ENERGI HIDUP
(roh), maka kaedah solat jenazah ini menggambarkan tiadanya lagi
PENJANAAN ENERGI berlaku kerana hakikatnya roh si mati telah pun
meninggalkan tubuhnya (maka tak perlu pada rukuk dan sujud)
Solat jenazah adalah himpunan doa-doa yang dilakukan secara berjemaah
untuk dihadiahkan kepada si mati seperti bacaan doa selepas takbir
ketiga iaitu:
“Ya Allah!
Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah
dosa kesalahan dia.
Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya)
dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun,
bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih
dari segala kotoran
dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan
gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya
dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah
(hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka.”
Dan bacaan doa selepas takbir ke empat:
“Ya Allah !
Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau
memberi pada kami fitnah sepeninggalannya
dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara-saudara kami yang telah
mendahului kami dengan iman
dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada
orang-orang yang beriman,
Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.”
ianya menunjukkan keindahan dan betapa sistematiknya Islam ini.
Segalanya dibuat dalam keadaan yang tersusun rapi dan mempunyai
misteri-misteri tersendiri agar manusia sentiasa berfikir dan
mengagungkan kebesaran Allah Yang Maha Bijaksana.
Allahu Akbar .......!!!
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam
dan siang, ada tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat
Allah) bagi orang yang berakal.” [Surah Ali-Imraan, ayat 190]
”Berfikirlah tentang kejadian ciptaan Allah dan jangan kamu berfikir
tentang zat Allah kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan zat
Allah) yang sebenarnya,” [Hadith Riwayat Abu Nu'aim]
Kita digalakkan oleh Rasulullah s.a.w agar berfikir tentang
makhluk-makhluk ciptaan Allah, agar iman kita dapat bertambah dan
semakin dekat pada Allah S.w.t.
Dan kita dilarang keras dari berfikir tentang zat Allah, kerana akal
kita ini tidak mampu untuk membayangkan bagaimana rupa Allah.
Jika kita teruskan juga berfikir tentang zat Allah, nescaya
syaitan-syaitan akan membayangkan imaginasi yang bukan-bukan yang
sememangnya TIDAK LAYAK bagi Allah Azza wa Jalla.
Wallahu a'lam .......
No comments:
Post a Comment