Wednesday, February 24, 2016

Tip turun berat badan

1)No air manis (in any form is prohibited)
2)No air sejuk
3) No bad carbs (roti, biskut, kek, doughnuts, gula gula, fast food u name it)
4) Plain water 2L everyday
5) No food after 7pm
6) Setiap kali nak makan, divide your plate into 4 portions. Use small plate. 1/4 for nasi, 1/4 for protein (ayam, ikan) red meat n seafood takpayahlah. Strictly ambil lauk sahaja no kuah. Another 2/4 sayur. Sayur masak air ke goreng minyak sikit ke takde sayur masak lemak ke apa.
7) Minum air 30 minutes before and after eating. Jangan terus minum. Tercekik ke pedas ke tahan.
Makan buah before makan
8) Tapi buah pun kena limit cause ada carbs.
9) Every week spend A DAY for cheat day. Eat what u want on this day. Puaskan cravings. Then minum detox tea (i drink Clenx Tea) Kalau boleh cheat day biar hari jumaat or hari yang esoknya u have nothing to do, takde nak pegi jalan ke pegi class ke cause the detox tea will reaaaaally do its thing. Ready jelah berkampung kat toilet.
10) Bangun awal pagi. Mandi before subuh. Jangan terus mandi lepas makan.
11) Jaga tidur
12) And rajin rajin google what kind of diet suits you. Jsyk, I tried Atkins for two months.
Hah dah. Tu je kot. Tahan ke? I sendiri pun dah menyasar jauh dah ni. Gotta discipline myself balik

Monday, February 22, 2016

MENGHILANGKAN PERUT BUNCIT

TIPS MENGHILANGKAN PERUT BUNCIT DAN SELERA MAKAN SEAWAL SEMINGGU!!!!
Hari ni ika nak share satu lagi tips yang sangat berkesan menghilangkan perut buncit seawal seminggu dan mengurangkan selera makan!!!
Bahan2 yang biasa kita lihat:
-lemon(setengah)
-kurma(2 biji)
-secawan air suam-150mls
-bawang putih(4 ulas)
1.Mula2 sekali blend semua..ika suka blend lemon skali dgn kulit sbb nak dpt khasiat 100%.
2.buang kulit bawang putih
3.kurma dapat mengurangkan pahit selain khasitnya tersendiri
4.blend semua dan tapis
5.kemudian boleh minum
6.ika suka titiskan minyak biji delima utk cepatkn metabolisma(jika ada)
๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒbawang putih merangsang penghasilan leptin(hormon mengurangkan selera makan)
๐Ÿ˜๐Ÿ˜lemon pulak boleh mengikis lemak degil dan membuang toxin..
๐Ÿ˜•๐Ÿ˜•hampasnya jangan dibuang kerana mampu merubat jerawat...
Boleh minum 2x sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur
Selepas itu boleh tgk hasilnya slps seminggu mencuba tanpa jemu...
Tips ini utk yg benar2 tekad utk buang lemak degil
๐Ÿ˜•lemak yang dikumpul setahun xkan hilang dalam masa sehari kan
Selamat mencuba!!!

Bergedil Daging

Bergedil Daging
Siapa yg tak suka bergedil kan.., klu kat rumah saya.., ank2 mmg suka.., mkn mcm mkn kuih jer.
Selalu saya buat untuk makan dengan soto. Susah ke nak buat bergedil?
Sebenarnya tak susah mana pun.., saya tak guna daging cincang pun.., tapi saya guna daging burger (lagi sedap sbb dah ada perisa). Apa kata kita tengok bahan2nya.
.
Bahan;
- 1/2 kg Kentang (goreng atau steam, jangan rebus tau.., nanti susah nak goreng)
- 5 keping daging burger (brand apa pun boleh)
- 2 labu bawang besar (dadu)
- Daun sup
- Garam dan serbuk perasa
- 2 biji telur (utk celup sebelum goreng)
- Minyak utk menggoreng
Cara;
- Lenyek kentang yang telah digoreng, masukkan daging burger, bawang, daun sup dan garam,gaul sebati.
- Bentukkan leper, celup dlm telur (yg dipukul sedikit bersama secubit garam). Goreng dalam minyak sederhana panas.

SOTONG SUMBAT SWEET SOUR

SOTONG SUMBAT SWEET SOUR

Bahan-bahan
6 ekor sotong sederhana besar 
250gm isi udang cincang
3 batang crab stick - cincang halus
50gm serbuk roti (breadcrumbs)
1 biji telur ayam
1/2 labu bawang besar - cincang halus
sedikit garam dan serbuk lada sulah

Sos Masam Manis
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap cair
1 biji tomato - potong dadu
1 hiris nenas - potong dadu
2 tangkai cili merah - cincang kasar


2 ulas bawang putih - cincang
1 hiris halia - cincang
1 sudu besar gula
sedikit air
Tomato cerry dan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara :
1. Bersihkan sotong, buang kulit hitamnya dan asingkan kepalanya.
2. Satukan isi udang, crabstick, bawang, serbuk roti dan telur. Gaul rata dan perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah.
3. Masukkan inti ke dalam badan sotong hingga padat. Tutup dengan kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya tidak terbuka.
4. Kukus di dalam pengukus yang di panaskan dahulu hingga masak. Angkat dan kelarkan badan sotong.
5. Untuk sos masam manis, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan cili cincang, tomato dadu dan nenas. Gaul sebentar dan masukkan sos cili, sos tomato, gula dan kicap cair. Jika pekat tambahkan sedikit air.
6. Masukkan sotong yang di kelar tadi, gaul bersama sosnya hingga rata. Masak sebentar 2-3minit.
7. Masukkan ke dalam pingan dan hias dengan tomato cerry dan daun bawang.

Tuesday, December 29, 2015

FAKTA DAUN GANJA




FAKTA DAUN GANJA 



1. Daun ganja boleh hasilkan kertas sangat bermutu melebihi kualiti double AA kerana tidak akan kuning simpan lama untuk ribuan tahun. Menariknya 1 ekar pokok ganja sama dengan 4 ekar hutan perlu ditebang bagi hasilkan kertas.


2. Seluar jean yg bermutu tahan lama, like better than Levis memerlukan daun ganja. TAHUKAH ANDA JEANS LEVI'S 501 YANG PERTAMA DIBUAT DARI FIBER GANJA


3. Biji pokok ganja boleh hasilkan minyak bagi buat plastik yg plastik tu mesra alam.


4. Biji benih pokok ganja tinggi protien guna untuk produk makanan.


5. Pokok ganja ada jantan dan betina, imej daun ganja yg famous tu pokok betina, pokok jantan pulak kurang daun dan tidak menarik.


6. Keajaiban ganja dalam bidang perubatan akan membuatkan syarikat ubat Freemason terancam dan gulung tikar.


SEBAB UTAMA FREEMASON HARAMKAN GANJA


1. Pokok Marijuana, canabis, ganja, pot atau hemp TIDAK menimbulkan ancaman kepada masyarakat umum, sebaliknya Pokok Ganja adalah sangat berbahaya bagi syarikat-syarikat minyak, alkohol, tembakau industri dan sejumlah besar syarikat-syarikat kimia. Berbagai perniagaan besar, dengan pelaburan berbillion ringgit menggunakan pengaruh mereka, dengan menekan kebenaran melalui undang2.


2. Kebenarannya adalah jika ganja itu ditanam macam pokok kelapa sawit dan digunakan untuk dijadikan produk komersil, hal itu akan membuat bom atom industri! Pengusaha belum pernah dididik tentang potensi produk dari pokok ganja ini. Billionaire dan golongan2 elit telah bersekongkol untuk menyebarkan maklumat yang salah tentang tanaman yang sangat serbaguna ini, dan jika digunakan dengan betul, akan menghancurkan syarikat mereka.


3. Mana Perkataan buruk pasal ganja ini datang? Pada pertengahan tahun 1930-an, Pelabor industri arak, rokok dsb yg bakal terjejas telah membuat propaganda menodai nama baik dan fenomenal sejarah tanaman ganja ...


SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP MARIJUANA

Ganja adalah satu tumbuhan herba sebagaimana juga daun ketum,jika di ambil mengikut sukatan tertentu untuk menyembuhkan penyakit ia di bolehkan.


Kita akan hidup lebih sihat jika HOSPITAL dan FARMASI menjual ubat berasaskan ganja dan ketum, habbatus sauda, Zafaran etc.. tetapi sebaliknya kita disuruh telan pil2 merbahaya ciptaan Freemason (Rockefeller) yg mana pil2 itu sebenarnya meracun kita perlahan2.


Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya ganja itu adalah sejenis tumbuhan, tumbuhan yang diciptakan ALLAH S.W.T , setiap tumbuhan ciptaan tuhan itu adalah yang paling baik, dan harus diingatkan bahawa pokok ganja itu sudah lama wujud sebelum tahun kelahiran Rasulullah lagi. Jadi sekiranya ia berbahaya & dikategorikan sebagai dadah, sudah pastinya rasulullah melarangnya.


itu 1, yang ke-2, ( mabuk ) ok, mari bukak kamus, mabuk itu adalah khayal, khayal bermaksud ( tidak berkelakuan seperti manusia normal ) jadi adakah ganja membuatkan penghisapnya jadi tidak normal?


Jika anda kata yva, sesungguhnya fakta anda salah, jawapannya TIDAK, orang yang menghisap ganja tidaklah khayal, tetapi merehatkan minda dan fizikal si penghisapnya, kebiasaannya orang yang tengah mabuk akan merogol, membunuh dan bertindak ganas sehingga sanggup melanggar undang2 negara, tetapi ganja tidak memyebabkan semua tu, kesan sampingan hisap ganja hanya ada 3 bende sahaja, saye ulang, 3 bende sahaja iaitu LAPAR, HAPPY DAN CERGAS ..


Kalau masih nak tetapkan pendirian anda dengan mengatakan ganja itu dadah, biar saye quote kan apa yg selalu org kata '' Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.


Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya '' ok, si penghisap ganja tahu bahawa ganja tidak menyebabkan ketagihan, dan tidak memberikan sebarang kemudaratan,TAK PERCAYA? Cuba tanya rawatan pemulihan dekat mana2 pusat serenti yang terdekat tentang cara rawatan penghisap ganja, anda sendiri akan tahu, jadi masih layakkah ganja diketegotrikan sebagai dadah?


Anda masih dengan pendirian kawan bahawa ganja membawa kemudaratan? cuba tengok GULA dan GARAM, hari2 kita menggunakaan gula dan garam dalam masakkan kita right? kalau tak letak garam, sedap tak masakkan kita? tidak bukan, macam tulah ganja, ia digunakkan untuk masakan, seperti gula dan garam, chopp, apa kaitan ngan kemudaratan kawan tanya? haha, gula dan garam jika digunakkan hari2, diambil dalam sukatan yg berlebihan, akan menyebabkan kemudaratan pada diri, jadi haramlah kan??


Iyalah, sebab anda cakap apa sahaja yang menyebabkan kemudaran adalah dadah, think about it ok, chopp, ulang balik, gula dan garam hari2 guna kalau tak guna ish memang tanak langsung la makan, betol tak? jadi secara automatiknya gula dan garam tu dah jadi satu ketagihan, tapi kene ingaat, kita boleh kawal bukan? haa , macam tu la ganja, kita boleh kawal penggunaannya, bukan bergantung hidup padanya, kita boleh kawal seperti kita kawal penggunaan gula dan garam, jadi masih layakkah ganja itu dikategorikan sebagai dadah?


Ganja termasuk dlm ketogori herba yg mujarab sebagai ubat serbaguna, malah tidak mendatangkan ketagihan..malah mnjadi ubat untuk menghilangkan ketagihan dadah kimia jenis lain..tp kenapa masih mengangap ia dadah merbahaya?


Kematian yg diakibatkan oleh ROKOK adalah berjuta setiap tahun..Kematian yg disebabkan penggunaan ubat tahan sakit (Painkiller) adalah dalam lingkungan 25000 orang di US sahaja...kematian akaibat tercekik kacang setiap tahun adalah dlm lingkungan seribu orang setiap tahun..Saudara tahu tak berapa orang mati di DUNIA akibat penggunaan Ganja? 0...yea..KOSONG..


Setakat ini,tiada kematian yg didokumentasi yg berpunca daripada penggunaan Ganja...Malah ganja juga tidak mendatangkan ketagihan..kesan sampingannya cuma merasa lapar selepas penggunaan.. Anggapan ganja menghancurkan rumah tangga adalah salah sama sekali.. Masalah tersebut adalah bepunca daripada dadah sintetik yg menyebabkan ketagihan melampau..sekali lagi ingin saya ulangi,ganja tidak menyebabkan ketagihan.. Jika anda seorang perokok dan beranggapan bahawa GANJA itu berbahaya, ROKOK sebenarnya beribu kali ganda bahaya daripada ganja..


ANDA SEBENARNYA TELAH DI MIND CONTROL OLEH MEDIA2 PRO MASON....


Masyarakat kita sekarang ni memang mudah dipengaruhi oleh pengaruh Yahudi-Freemason. contoh..yg baik diharamkan dan yang haram pula dianggap baik...


Kita harus membuka mata masyarakat, mengajar serta memberi pengatahuan yg lebih mendalam tentang kegunaan sebenar pokok semulajadi ini.. Malah kegunaannya yg serba boleh telah terbukti beberapa tahun sblum ianya diharamkan dlm undang2 ciptaan Freemason. Pengharaman ini adalah berpunca dari Yahudi-Freemason yg mempertikaikan penggunaan pokok tersebut demi kepentingan sendiri.. secara saitifik pakar2 kesihatan telah pun membuktikan bahawa kegunaannya dlm industri perubatan amatlah bekesan.. Tetapi, Yahudi-Freemason mahu kita menjadi hamba ubat-ubatan (dadah+kimia) berbahaya ciptaan mereka yg bukan menyembuhkan,tetapi meredakan utk sementara, malah menimbulkan penyakit lain pula dikemudian hari.


Filem seperti Reefer Madness (1936), Marihuana: Assassin of Youth (1935), Marihuana: The Devil’s Weed (1936) adalah beberapa cara propaganda lain yang nampak sengaja menciptakan Ganja sebagai ‘musuh’. Tujuannya? Projek Mind Control, dan untuk meminta restu dari publik demi meluluskan Undang-undang Anti Ganja.


Undang-undang Malaysia menghalalkan ROKOK dan ARAK, tetapi mengharamkan ganja. Ini kerana kerajaan malaysia ikut telunjuk Freemason.


Tiada tumbuhan ciptaan Allah yg sia-sia termasuk pohon GANJA

MISTERI SURAH ALFATIHAH



MISTERI SURAH AL FATIHAH


1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman
3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan
5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu


SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA ...

PETUA BUANG ANGIN

PETUA BUANG ANGIN
Tanda-tanda angin banyak dalam badan:
• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
• Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dan rasa ketidakselesaan badan.
Cara dan Bahan² :
1. 3 sudu halba direndamkan halba dlm air dlm 2minit dan toskan seketika.
2. 3cm halia muda diparut
3. 4 Ulas bawang putih
4. 15biji lada hitam.Semua bahan2 diatas.Ditumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia,bawang putih last masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur. Kemudian bahan2 tersebut digentel kecil spt maajun. Boleh disimpan dlm peti sejuk letak satu bekas.
Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Jika diamalkan perut akan kempis.
* Tips cara makan ini :
Minum dgn air suam.
*badan akan ringan,angin akan keluar dan mengempiskan perut.
*perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan.
Selamat Mencuba

Monday, December 28, 2015

Lencana - Macamana nak tampal?

Tak Perlu Jahit, Ini Cara Termudah Tampal Lencana Sekolah Anak
Seminggu sebelum sekolah inilah masanya ramai mak-mak kena tampal lencana di baju sekolah anak. Memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab tu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.

Tapi sekarang cajnya menjahit satu lencana adalah RM2.00 dan lagi RM2 untuk jahit tag nama. Jahit dua perkara itu untuk sehelai baju sudah RM4. Bayangkan ada enam helai baju. Dah tentu banyak modalnya.

Jadi VK cukup berterima kasih dengan perkongsian daripada Facebook  Puan Akmar Laily Omar yang sudi mengajar cara tampal lencana dan tag nama dengan cara paling mudah dan cepat. Lepas ni tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.

Bahan yang diperlukan:                                                                                                                                                                                                                                             Gam UHU
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika

Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana. 
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali.  ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.

Menurut Puan Akmar Laily, lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15  hingga 20 untuk satu lencana.

Ia juga kekal lama, berdasarkan pengalamannya lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasih dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.

Selamat mencuba!

JAWATAN KOSONG KOSONG

JAWATAN KOSONG 2015
(KEMENTERIAN PERTAHANAN)

KELAYAKAN:
1. Kelulusan SPM/SP MV/STPM/Diploma/Ijazah/Sarjana/Master

2. Gaji pokok : RM1800-3400

3. Elaun bulanan
(Cola, ITP & Khid. Awam) RM450

4. Elaun penginapan RM300

5. Elaun Shif RM 300

6. Elaun Uniform RM780

7. Elaun Dobi (bulanan) RM200

8. Percuma kursus mempertahankan diri
(tae kwon do, judo, karate do,muay thai,wushu & silambam)

9. Percuma kursus bahasa (mandarin, jepun, korea,;thai dan inggeris (2 pilihan sahaja)

10. Kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL)

*Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan
dikehendaki membawa kad pengenalan diri,sijil berkaitan(spm/spmv/diploma/ijazah)serta 3 keping gambar berukuran passport pada 27 ogos 2016 di Jabatan Pertahanan yang berhampiran.

Syarat-syarat kelayakan:
Umur 17-28 tahun sahaja.
Ketinggian minima 165cm. (L)
Ketinggian minima 156cm. (M) Bebas dari pengaruh dadah & kes polis

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (Full Gear) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.

JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN:

1. POWER RANGERS (5 kekosongan)

2. KAMEN RIDERS (100 kekosongan)

3. ULTRAMAN (150 kekosongan)

4. POWER PUFF GIRL (Wanita sahaja)

5. AVENGERS (115 kekosongan)

6. KLUANG MAN (terbuka untuk rakyat Johor)

7. CICAK MAN (Melayu sahaja)
n
8. BATMAN (1 kekosongan)

9. SPIDERMAN (1 kekosongan)
10. SUPERMAN - terbuka utk semua kaum

Maulidur Rasul

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Jom berselawat..
Salam Maulidur Rasul...

Friday, December 18, 2015

PERUT

Assalamualaikum
Info kesihatan:

Perut mengeluarkan asid pada tiga waktu ini :

1. 5.00 pagi - 8 pagi
2. 12 tengahari - 2.30 petang
3. 6 petang - 8 malam

Kalau nak makan, makan la semasa tiga waktu tu, baru tak jadi gastrik. Kalau tidak, asid ni akan jadi buih dalam perut yang akan merosakkan perut dan usus kita.

* Sumber : Pakar Perunding HKL

SHARING IS CARING

Wednesday, December 16, 2015

KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR

KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh jawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

PEMUDA: Tok imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?

PAK IMAM: Boleh!!! dengan izin Allah.

PEMUDA: Tok imam yakin kaaa?? Profesor pun tak boleh jawab soalan saya.

PAK IMAM: Aku akan cuba jawab soalan hang!

PEMUDA: Saya ada 3 soalan;
1. Kalau benar tuhan tu ada, tunjuk kat saya kewujudan dia?
2. Apakah yg dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan dibuat dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yg dibuat dari api, tentu syaitan tu tak sakit sebab mereka dari unsur yg sama. Apakah tuhan tak pernah terfikir sejauh itu???

PANGGGGGGGGGG!!!
Satu penampar dari tok imam singgah kat pipi pemuda itu.

PEMUDA: Adoiiiii!!! Awat Tok imam tampaq saya?

PAK IMAM: Sekali tampaq kat muka hang adalah jawapan untuk 3 soalan hang tanya sat-sat!

PEMUDA: Saya tak paham!

PAK IMAM: Macamana rasa penampaq saya?

PEMUDA: Sakit laa Tok Imam!

PAK IMAM: Jadi hang percayalah sakit tu ada!

PEMUDA: Ya!

PAK IMAM: Boleh tak hang tunjuk sakit tu ada dan macam mana rupa dia.

PEMUDA: Tak boleh laaa Tok Imam oiii!!!

PAK IMAM: Tu jawapan soalan pertama hang. Kita boleh rasa Tuhan tu ada tapi tidak boleh tengok.

Permuda terpegun jawapan Pak Imam.

PAK IMAM: Malam tadi hang mimpi tak nak makan penampaq aku?

PEMUDA: Takkk!!! (sambil gosok2 pipi bekas kena penampar)

PAK IMAM: Hang terpikiaq tak yg hang nak makan penampaq aku hari ini?

PEMUDA: Takkk!!! ( masih tercengang2 )

PAK IMAM: Tu lah namanya TAKDIR!

Pemuda sombong itu terdiam.

PAK IMAM: Tangan yg aku tampaq muka hang ni dibuat dari apa?

PEMUDA: Kulit dan daginggg!!!

PAK IMAM: Pipi yg kena panggg ngan aku tu dibuat dari apa pulak?

PEMUDA: Kulit dan daging...!!!????

PAK IMAM: Hang rasa macam mana bila aku pangg hang tak sat?

PEMUDA: Sakit dan pedih berdesing...!!!?

PAK IMAM: Itulah....! Walaupun syaitan dibuat dari api dan neraka jugak dari api, Jika Tuhan berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsurnya...!

PEMUDA: Allahuakbar!

Pak imam meninggalkan pemuda itu dan pemuda itu sangat kagum dengan ketinggian ilmu Pak imam tua tersebut.

Semoga bermanfaat.

Share dan sebarkan...JazakAllahuKhair...

Tuesday, December 8, 2015

Lembu Mengawan

😂😂😂😂😂😂😂😂

Saya  dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.

Kami sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan,

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.

Isteri saya secara jenaka mencuit saya dan dalam senyum berkata :
'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'

Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :
''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '

Sekali lagi isteri saya mencuit saya dan berkata :,
'WOW~~Itu dah lebih dari dua kali seminggu..........Abang boleh belajar banyak dari dia .'
Kami berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :

'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'

Isteri saya menjadi girang dan mencuit saya dengan kuat dan berkata :
'Itu bermakna sekali setiap hari .... Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!

Saya pun pandang isteri saya dan berkata kepada nya,"

'Awak pergi tanya lembu jantan ini, selama 365 hari itu, adakah dia mengawan dengan LEMBU BETINA  YANG SAMA ??
😂😂😂😂😂😂😂😂