Thursday, June 23, 2016

PETUA IMAM SYAFIE 《whatsapp》

[PETUA IMAM SYAFIE]

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara  menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. sharing is caring

PINJAM 3MINIT UTK BACA NI
1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
    - USTAZ AZHAR IDRUS..

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
          - Ustaz Kazim Elias..

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      - Ustaz Don Daniyal..

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     - Datuk Ismail Kamus..

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
    - ustaz haslin baharin..

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     - Al-Habib Ali Zainal..

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    - Sheikh Abdullah Jahaf...

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     -Ustaz Dasuki Rani..

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
        - TG Harun Din"..

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      -Ustaz Pahrol...

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh 
SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSIKAN DGN ORANG LAIN ....

*sahih atau tidak? Tak dapat dipastikan .... petikan adalah sebaran whatsapp , sila dapatkan rujukan drpd pakar sebelum mengamalkan, ini adalah peringatan dari admin

Thursday, June 16, 2016

Ayam golek special

Ayam golek special untuk anda!!
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam-bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil
Bahan-bahan untuk ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir - hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up
Sekikit mentega
Cara menyediakan:
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 3-4 jam)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Sos Lada Hitam.
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan stok ayam@daging - hana guna stok ayam (air + kiub ayam)
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4-5 sudu serbuk lada hitam
c cm batang salery - dicincang
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
garam dan gula - jika perlu
Cara menyediakan:
1. Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didikan semula..masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

AYAM LEMON


AYAM LEMON
➨ Bahan-Bahan ayam goreng:
1/4 ayam ( ambil bahagian isi dan hiris nipis)
**(Untuk perapan)
6 ulas Bawang putih (chopped)
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
garam secukup rasa
perapkan kesemua bahan diatas lebih kurang 15 - 30 minit
**(Untuk Menggoreng)
1/2 cawan cornstarch (tepung jagung)
1/2 cawan tepung gandum
sebiji telur ayam
secukup dan sesedap rasa sebuk lada hitam,serbuk lada putih dan garam (jangan banyak sangat,sebab tadi kita da perap ayam dengan bahan2 tersebut)
Cara menggoreng:
satukan semua bahan di atas kecuali telur kemudian,celupkan hirisan ayam kedalam telur dan lumurkan pada bahan yang telah dicampurkan tadi (tepung jagung,tepung gandum, sebuk lada hitam,serbuk lada putih dan garam), then sedia di goreng!

Bahan Lemon sauce :
2 sudu butter(ikut suke la brand ape pon.cik iza guna buttercup,sikit je taw..jgn byk2)
1/4 kiub ayam
2 sudu gula
secubit garam
satu sudu tepung jagung (dibancuh dgn air terlebih dahulu-untuk memekatkan sos)
2 biji perahan lemon
**Cara Penyediaan Lemon Sauce:
1) Bancuh kiub ayam,gula dan garam dengan air suam
2) Cairkan butter dalam periuk(periuk jangan panas sgt, nanti butter anda hangus,warne pon da tak cantik)
3) Apabila butter hampir cair sepenuhnye masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh tadi (kacau,dan pastikan tepung tak berketul.gunakan api yang kecil sekali)
4) Apabila agak likat, masukkan campuran kiub ayam,gula dan garam tadi
5) Akhir sekali masukkan jus lemon , kacau sekejap je.. tutup api dan SIAP!!!
bila nak makan baru tuang kan sos ke atas ayam yang digoreng untuk memastikan ayam tu masih rangup mase kita makan nanti. dan hias la ikut kreativi anda.

#ayamlemon
#resepisedap
#lemon







Monday, April 11, 2016

4 MACAM PENGETAHUAN KESIHATAN

4 MACAM PENGETAHUAN

1. Tersedak makanan, 
2. Salah bantal, 
3. Kram kaki, 
4. Kaki kesemutan(kebas)

Ini adalah pengetahuan yang dapat menolong orang dan diri sendiri.

Caranya adalahh seperti berikut:

1. Cara menangani  jika tersedak makanan --- hanya perlu “mengangkat tangan”.
Di Atlantic City, New Jersey, AS, ada seorang anak berusia 5 tahun bernama A'Zir Spence yang secara pintar berhasil menyelamatkan nyawa neneknya, kaedah yang dipergunakannya sangat sederhana, hanya perlu “mengangkat tangan”.

Shirldine Stewart berusia 56 tahun sedang menonton televisi di rumah sambil makan jelly ketika cucunya Spence turun ke bawah untuk menanyakan sesuatu kepadanya.Ketika sang nenek memalingkan muka untuk memandang cucunya, sepotong jelly tersangkut di kerongkongnya. Sang nenek berusaha menolong diri sendiri dengan menekan-nekan bagian perut, namun tidak ada gunanya, Spence lalu bertanya: “Nek! Apakah nenek tersedak?”, namun sang nenek tidak bisa menjawab. “Saya rasa nenek tersedak. Nek! Ayuh cepat naikkan tangan nenek!” Nenek Stewart lalu mengangkat tangan di atas kepalanya dan ternyata jelly itu keluar dari kerongkongannya. Spence menyampaikan kalau kaedah ini dipelajarinya di sekolah. Jadi cara menangani jika tersedak makanan --- hanya perlu “mengangkat tangan”.

2. Salah bantal
Kadangkala ketika bangun tidur, anda mendapati diri anda salah bantal, yaitu merasa sakit di leher. Apa yang harus dilakukan ketika salah bantal? Ketika merasa salah bantal, anda hanya perlu mengangkat kaki anda, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutar kearah atau berlawanan arah jarum jam.

3. Kram kaki
Ketika kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi, ketika kram kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi, segera akan terasa lebih selesa.

4. Kaki kesemutan(kebas)
Ketika kaki kiri kesemutan, ayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga, ketika kaki kanan kesemutan, ayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga...

Jangan simpan saja info ini. Silakan berbagi. Siapa tahu Anda dapat menyelamatkan orang lain.

Semoga bermanfaat

Thursday, April 7, 2016

Makanan Ayam halal ke tidak?

sahabat

saya adalah seorang yg ada nama dlm industri penternakan negara

tetapi saya berundur...

saya telah lalui 10 thn pendidikan formal di u

22 tahun dalam industri terutama ternakan ayam.

hari ini saya ingin membuka pekung industri... terutama
ayam daging
lembu

saya undur dari industri ayam sebagai orang yg ada nama dgn satu kesedaran...
industri ini sangat SAKIT.

sebagai muslim , saya mintak maaf jika dlm grup ni ada yg belum muslim. yg mungkin tersinggung dgn apa yg saya ucapkan ini.

saya dapat buktikan betapa sakitnya industri ayam ini di jalankan.

ramuan makanannya ;-
sumber protinnya dari
tepung darah
tepung daging
tepung tulang

majoriti di impot
pengesahan sumber bahan ini adalah dari sumber babi

semasa proses penternakan
bhn kimia seperti
punca arsenic
antibiotik terlarang

- di gunakan secara berleluasa.

jadi pada 1996 berlaku pembocoran maklumat dan terjadinya isu ayam nitrofuran.

saya undur dari industri ini secara total pada 1999.

saya menjalankan kajian apa punca protin yg boleh di bangunkan secara skala komersial yg tidak ada undang2 mengekang kita

bermula dengan
1.pembiakan ikan guppy biasa --- ikan ini lambat dan sekali cycle jumlah x byk.
2. cacing tanah - sukar dgn kerenah media dan penggandaan yg lambat
3. selidik larva lalat spt Chrysomia bezziana ( lalat hijau) juga Musca domestica ( lalat rumah ).
masalah yg kita hadapi adalah pencemaran E.coli dan Salmonella pada larvanya sbb mmg tabiat lalat sukakan kotor. ( tetapi afrika dah bangunkan juga larva lalat ini)
4. kajian penggandaan tikus putih makmal secara  besaran utk tepung protin , juga bermasaalah dgn mcm mana nk proses anak2 tikus dan juga ada punca penyakit yg di bawa.
ketepikan.
5. dah lama perhatikan larva BSF , ttp tak tahu nama dan nama saintifik nya maka akhir2 ini saya mencari secara giat dlm internet dan jumpa artikel MAGMEAL®.
barulah saya tahu dan langsung jumpa dgn geng2 BSFL ni...

Matlamat saya , visi saya adalah utk menukarkan sumber protin dari sisa babi kpd punca yg halal syarak utk makanan saya sekeluarga sekurang2 nya.

saya pernah ke dialog jakim , jais ,halal hub dlm isu ayam babi di The Palma Hotel puterajaya.

dlm dialog itu para pegawai berkenaan bermatian menuduh saya sebagai talibarut pihak berkepentingan dlm industri menyebarkan dakyah palsu.

satu saja jawapan balik saya kepada mereka

jika saya adalah penyebar dakyah.
maka pihak tuan2 semua perlu buktikan yg anda betul dengan menguatkuasakan LOGO HALAL JAKIM pada beg makanan ayam komersial.

bermula dari tarikh itu sampai ke jam wasap ini di tulis BELUM ADA LOGO HALAL DI BEG MAKANAN AYAM KOMERSIAL.
Ayam ini kita suap hari2 kpd kita , emak kita , isteri kita , anak2 kita , ustaz2 kita...

apa yg saya nmpk ada proses kerosakan yg sedang berlaku
hati jadi keras
sifat tamak haloba membiak
penyakit pelik2 timbul.

jadi saya cukup bangga jumpa dgn kumpulan ini .

saya bermula balik dari kursus 27hb mac lalu , berhempas pulas saya menjalankan usaha menggunakan segala sumber yg ada utk merealisasikan BSFL adalah PENGGANTI KPD SISA BABI YG DI GUNAKAN SEKARANG.

Maafkan saya , terpaksa saya buka cerita ini demi melorongkan matlamat murni ilmu ini bg faedah ummah.

terima kasih sifu krn memberi ilmu sifu dan halalkan kpd saya.

jika kita bergerak besar, kita boleh mengubah industri.
jika bergerak kecil , kita hanya mampu mengubah makanan keluarga kita.

#saya dah 16thn total stop makan ayam komersial semata2 isu tepung protin dan residu antibiotik yg sangat takut jika tuan2 sahabat mengetahuinya.

ikhlas.
Dr. Saari
Dip. animal health n production UPM
Doctor of Vetrinary Medicine UPM

working experience
1. Ayam Dinding - Perak
2. Perak Meat - Perak
3. TD Poultry - Trg
4. Murni Hatchery - Kel
5. Ayam Organik HPA - Perlis.
6. sekarang mengasaskan pergerakan muamalat dlm kumpulan sedar ekonomi QC2U.COM

maaf semua jika ada yg tersinggung.

saya tidak berniat utk berada di saf hadapan
atau mengambil peranan yg aktif.

tq

Wednesday, February 24, 2016

Tip turun berat badan

1)No air manis (in any form is prohibited)
2)No air sejuk
3) No bad carbs (roti, biskut, kek, doughnuts, gula gula, fast food u name it)
4) Plain water 2L everyday
5) No food after 7pm
6) Setiap kali nak makan, divide your plate into 4 portions. Use small plate. 1/4 for nasi, 1/4 for protein (ayam, ikan) red meat n seafood takpayahlah. Strictly ambil lauk sahaja no kuah. Another 2/4 sayur. Sayur masak air ke goreng minyak sikit ke takde sayur masak lemak ke apa.
7) Minum air 30 minutes before and after eating. Jangan terus minum. Tercekik ke pedas ke tahan.
Makan buah before makan
8) Tapi buah pun kena limit cause ada carbs.
9) Every week spend A DAY for cheat day. Eat what u want on this day. Puaskan cravings. Then minum detox tea (i drink Clenx Tea) Kalau boleh cheat day biar hari jumaat or hari yang esoknya u have nothing to do, takde nak pegi jalan ke pegi class ke cause the detox tea will reaaaaally do its thing. Ready jelah berkampung kat toilet.
10) Bangun awal pagi. Mandi before subuh. Jangan terus mandi lepas makan.
11) Jaga tidur
12) And rajin rajin google what kind of diet suits you. Jsyk, I tried Atkins for two months.
Hah dah. Tu je kot. Tahan ke? I sendiri pun dah menyasar jauh dah ni. Gotta discipline myself balik

Monday, February 22, 2016

MENGHILANGKAN PERUT BUNCIT

TIPS MENGHILANGKAN PERUT BUNCIT DAN SELERA MAKAN SEAWAL SEMINGGU!!!!
Hari ni ika nak share satu lagi tips yang sangat berkesan menghilangkan perut buncit seawal seminggu dan mengurangkan selera makan!!!
Bahan2 yang biasa kita lihat:
-lemon(setengah)
-kurma(2 biji)
-secawan air suam-150mls
-bawang putih(4 ulas)
1.Mula2 sekali blend semua..ika suka blend lemon skali dgn kulit sbb nak dpt khasiat 100%.
2.buang kulit bawang putih
3.kurma dapat mengurangkan pahit selain khasitnya tersendiri
4.blend semua dan tapis
5.kemudian boleh minum
6.ika suka titiskan minyak biji delima utk cepatkn metabolisma(jika ada)
😃😃bawang putih merangsang penghasilan leptin(hormon mengurangkan selera makan)
😁😁lemon pulak boleh mengikis lemak degil dan membuang toxin..
😕😕hampasnya jangan dibuang kerana mampu merubat jerawat...
Boleh minum 2x sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur
Selepas itu boleh tgk hasilnya slps seminggu mencuba tanpa jemu...
Tips ini utk yg benar2 tekad utk buang lemak degil
😕lemak yang dikumpul setahun xkan hilang dalam masa sehari kan
Selamat mencuba!!!

Bergedil Daging

Bergedil Daging
Siapa yg tak suka bergedil kan.., klu kat rumah saya.., ank2 mmg suka.., mkn mcm mkn kuih jer.
Selalu saya buat untuk makan dengan soto. Susah ke nak buat bergedil?
Sebenarnya tak susah mana pun.., saya tak guna daging cincang pun.., tapi saya guna daging burger (lagi sedap sbb dah ada perisa). Apa kata kita tengok bahan2nya.
.
Bahan;
- 1/2 kg Kentang (goreng atau steam, jangan rebus tau.., nanti susah nak goreng)
- 5 keping daging burger (brand apa pun boleh)
- 2 labu bawang besar (dadu)
- Daun sup
- Garam dan serbuk perasa
- 2 biji telur (utk celup sebelum goreng)
- Minyak utk menggoreng
Cara;
- Lenyek kentang yang telah digoreng, masukkan daging burger, bawang, daun sup dan garam,gaul sebati.
- Bentukkan leper, celup dlm telur (yg dipukul sedikit bersama secubit garam). Goreng dalam minyak sederhana panas.

SOTONG SUMBAT SWEET SOUR

SOTONG SUMBAT SWEET SOUR

Bahan-bahan
6 ekor sotong sederhana besar 
250gm isi udang cincang
3 batang crab stick - cincang halus
50gm serbuk roti (breadcrumbs)
1 biji telur ayam
1/2 labu bawang besar - cincang halus
sedikit garam dan serbuk lada sulah

Sos Masam Manis
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap cair
1 biji tomato - potong dadu
1 hiris nenas - potong dadu
2 tangkai cili merah - cincang kasar


2 ulas bawang putih - cincang
1 hiris halia - cincang
1 sudu besar gula
sedikit air
Tomato cerry dan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara :
1. Bersihkan sotong, buang kulit hitamnya dan asingkan kepalanya.
2. Satukan isi udang, crabstick, bawang, serbuk roti dan telur. Gaul rata dan perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah.
3. Masukkan inti ke dalam badan sotong hingga padat. Tutup dengan kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya tidak terbuka.
4. Kukus di dalam pengukus yang di panaskan dahulu hingga masak. Angkat dan kelarkan badan sotong.
5. Untuk sos masam manis, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan cili cincang, tomato dadu dan nenas. Gaul sebentar dan masukkan sos cili, sos tomato, gula dan kicap cair. Jika pekat tambahkan sedikit air.
6. Masukkan sotong yang di kelar tadi, gaul bersama sosnya hingga rata. Masak sebentar 2-3minit.
7. Masukkan ke dalam pingan dan hias dengan tomato cerry dan daun bawang.

Tuesday, December 29, 2015

FAKTA DAUN GANJA




FAKTA DAUN GANJA 



1. Daun ganja boleh hasilkan kertas sangat bermutu melebihi kualiti double AA kerana tidak akan kuning simpan lama untuk ribuan tahun. Menariknya 1 ekar pokok ganja sama dengan 4 ekar hutan perlu ditebang bagi hasilkan kertas.


2. Seluar jean yg bermutu tahan lama, like better than Levis memerlukan daun ganja. TAHUKAH ANDA JEANS LEVI'S 501 YANG PERTAMA DIBUAT DARI FIBER GANJA


3. Biji pokok ganja boleh hasilkan minyak bagi buat plastik yg plastik tu mesra alam.


4. Biji benih pokok ganja tinggi protien guna untuk produk makanan.


5. Pokok ganja ada jantan dan betina, imej daun ganja yg famous tu pokok betina, pokok jantan pulak kurang daun dan tidak menarik.


6. Keajaiban ganja dalam bidang perubatan akan membuatkan syarikat ubat Freemason terancam dan gulung tikar.


SEBAB UTAMA FREEMASON HARAMKAN GANJA


1. Pokok Marijuana, canabis, ganja, pot atau hemp TIDAK menimbulkan ancaman kepada masyarakat umum, sebaliknya Pokok Ganja adalah sangat berbahaya bagi syarikat-syarikat minyak, alkohol, tembakau industri dan sejumlah besar syarikat-syarikat kimia. Berbagai perniagaan besar, dengan pelaburan berbillion ringgit menggunakan pengaruh mereka, dengan menekan kebenaran melalui undang2.


2. Kebenarannya adalah jika ganja itu ditanam macam pokok kelapa sawit dan digunakan untuk dijadikan produk komersil, hal itu akan membuat bom atom industri! Pengusaha belum pernah dididik tentang potensi produk dari pokok ganja ini. Billionaire dan golongan2 elit telah bersekongkol untuk menyebarkan maklumat yang salah tentang tanaman yang sangat serbaguna ini, dan jika digunakan dengan betul, akan menghancurkan syarikat mereka.


3. Mana Perkataan buruk pasal ganja ini datang? Pada pertengahan tahun 1930-an, Pelabor industri arak, rokok dsb yg bakal terjejas telah membuat propaganda menodai nama baik dan fenomenal sejarah tanaman ganja ...


SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP MARIJUANA

Ganja adalah satu tumbuhan herba sebagaimana juga daun ketum,jika di ambil mengikut sukatan tertentu untuk menyembuhkan penyakit ia di bolehkan.


Kita akan hidup lebih sihat jika HOSPITAL dan FARMASI menjual ubat berasaskan ganja dan ketum, habbatus sauda, Zafaran etc.. tetapi sebaliknya kita disuruh telan pil2 merbahaya ciptaan Freemason (Rockefeller) yg mana pil2 itu sebenarnya meracun kita perlahan2.


Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya ganja itu adalah sejenis tumbuhan, tumbuhan yang diciptakan ALLAH S.W.T , setiap tumbuhan ciptaan tuhan itu adalah yang paling baik, dan harus diingatkan bahawa pokok ganja itu sudah lama wujud sebelum tahun kelahiran Rasulullah lagi. Jadi sekiranya ia berbahaya & dikategorikan sebagai dadah, sudah pastinya rasulullah melarangnya.


itu 1, yang ke-2, ( mabuk ) ok, mari bukak kamus, mabuk itu adalah khayal, khayal bermaksud ( tidak berkelakuan seperti manusia normal ) jadi adakah ganja membuatkan penghisapnya jadi tidak normal?


Jika anda kata yva, sesungguhnya fakta anda salah, jawapannya TIDAK, orang yang menghisap ganja tidaklah khayal, tetapi merehatkan minda dan fizikal si penghisapnya, kebiasaannya orang yang tengah mabuk akan merogol, membunuh dan bertindak ganas sehingga sanggup melanggar undang2 negara, tetapi ganja tidak memyebabkan semua tu, kesan sampingan hisap ganja hanya ada 3 bende sahaja, saye ulang, 3 bende sahaja iaitu LAPAR, HAPPY DAN CERGAS ..


Kalau masih nak tetapkan pendirian anda dengan mengatakan ganja itu dadah, biar saye quote kan apa yg selalu org kata '' Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.


Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya '' ok, si penghisap ganja tahu bahawa ganja tidak menyebabkan ketagihan, dan tidak memberikan sebarang kemudaratan,TAK PERCAYA? Cuba tanya rawatan pemulihan dekat mana2 pusat serenti yang terdekat tentang cara rawatan penghisap ganja, anda sendiri akan tahu, jadi masih layakkah ganja diketegotrikan sebagai dadah?


Anda masih dengan pendirian kawan bahawa ganja membawa kemudaratan? cuba tengok GULA dan GARAM, hari2 kita menggunakaan gula dan garam dalam masakkan kita right? kalau tak letak garam, sedap tak masakkan kita? tidak bukan, macam tulah ganja, ia digunakkan untuk masakan, seperti gula dan garam, chopp, apa kaitan ngan kemudaratan kawan tanya? haha, gula dan garam jika digunakkan hari2, diambil dalam sukatan yg berlebihan, akan menyebabkan kemudaratan pada diri, jadi haramlah kan??


Iyalah, sebab anda cakap apa sahaja yang menyebabkan kemudaran adalah dadah, think about it ok, chopp, ulang balik, gula dan garam hari2 guna kalau tak guna ish memang tanak langsung la makan, betol tak? jadi secara automatiknya gula dan garam tu dah jadi satu ketagihan, tapi kene ingaat, kita boleh kawal bukan? haa , macam tu la ganja, kita boleh kawal penggunaannya, bukan bergantung hidup padanya, kita boleh kawal seperti kita kawal penggunaan gula dan garam, jadi masih layakkah ganja itu dikategorikan sebagai dadah?


Ganja termasuk dlm ketogori herba yg mujarab sebagai ubat serbaguna, malah tidak mendatangkan ketagihan..malah mnjadi ubat untuk menghilangkan ketagihan dadah kimia jenis lain..tp kenapa masih mengangap ia dadah merbahaya?


Kematian yg diakibatkan oleh ROKOK adalah berjuta setiap tahun..Kematian yg disebabkan penggunaan ubat tahan sakit (Painkiller) adalah dalam lingkungan 25000 orang di US sahaja...kematian akaibat tercekik kacang setiap tahun adalah dlm lingkungan seribu orang setiap tahun..Saudara tahu tak berapa orang mati di DUNIA akibat penggunaan Ganja? 0...yea..KOSONG..


Setakat ini,tiada kematian yg didokumentasi yg berpunca daripada penggunaan Ganja...Malah ganja juga tidak mendatangkan ketagihan..kesan sampingannya cuma merasa lapar selepas penggunaan.. Anggapan ganja menghancurkan rumah tangga adalah salah sama sekali.. Masalah tersebut adalah bepunca daripada dadah sintetik yg menyebabkan ketagihan melampau..sekali lagi ingin saya ulangi,ganja tidak menyebabkan ketagihan.. Jika anda seorang perokok dan beranggapan bahawa GANJA itu berbahaya, ROKOK sebenarnya beribu kali ganda bahaya daripada ganja..


ANDA SEBENARNYA TELAH DI MIND CONTROL OLEH MEDIA2 PRO MASON....


Masyarakat kita sekarang ni memang mudah dipengaruhi oleh pengaruh Yahudi-Freemason. contoh..yg baik diharamkan dan yang haram pula dianggap baik...


Kita harus membuka mata masyarakat, mengajar serta memberi pengatahuan yg lebih mendalam tentang kegunaan sebenar pokok semulajadi ini.. Malah kegunaannya yg serba boleh telah terbukti beberapa tahun sblum ianya diharamkan dlm undang2 ciptaan Freemason. Pengharaman ini adalah berpunca dari Yahudi-Freemason yg mempertikaikan penggunaan pokok tersebut demi kepentingan sendiri.. secara saitifik pakar2 kesihatan telah pun membuktikan bahawa kegunaannya dlm industri perubatan amatlah bekesan.. Tetapi, Yahudi-Freemason mahu kita menjadi hamba ubat-ubatan (dadah+kimia) berbahaya ciptaan mereka yg bukan menyembuhkan,tetapi meredakan utk sementara, malah menimbulkan penyakit lain pula dikemudian hari.


Filem seperti Reefer Madness (1936), Marihuana: Assassin of Youth (1935), Marihuana: The Devil’s Weed (1936) adalah beberapa cara propaganda lain yang nampak sengaja menciptakan Ganja sebagai ‘musuh’. Tujuannya? Projek Mind Control, dan untuk meminta restu dari publik demi meluluskan Undang-undang Anti Ganja.


Undang-undang Malaysia menghalalkan ROKOK dan ARAK, tetapi mengharamkan ganja. Ini kerana kerajaan malaysia ikut telunjuk Freemason.


Tiada tumbuhan ciptaan Allah yg sia-sia termasuk pohon GANJA

MISTERI SURAH ALFATIHAH



MISTERI SURAH AL FATIHAH


1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman
3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan
5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu


SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA ...

PETUA BUANG ANGIN

PETUA BUANG ANGIN
Tanda-tanda angin banyak dalam badan:
• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
• Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dan rasa ketidakselesaan badan.
Cara dan Bahan² :
1. 3 sudu halba direndamkan halba dlm air dlm 2minit dan toskan seketika.
2. 3cm halia muda diparut
3. 4 Ulas bawang putih
4. 15biji lada hitam.Semua bahan2 diatas.Ditumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia,bawang putih last masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur. Kemudian bahan2 tersebut digentel kecil spt maajun. Boleh disimpan dlm peti sejuk letak satu bekas.
Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Jika diamalkan perut akan kempis.
* Tips cara makan ini :
Minum dgn air suam.
*badan akan ringan,angin akan keluar dan mengempiskan perut.
*perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan.
Selamat Mencuba

Monday, December 28, 2015

Lencana - Macamana nak tampal?

Tak Perlu Jahit, Ini Cara Termudah Tampal Lencana Sekolah Anak
Seminggu sebelum sekolah inilah masanya ramai mak-mak kena tampal lencana di baju sekolah anak. Memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab tu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.

Tapi sekarang cajnya menjahit satu lencana adalah RM2.00 dan lagi RM2 untuk jahit tag nama. Jahit dua perkara itu untuk sehelai baju sudah RM4. Bayangkan ada enam helai baju. Dah tentu banyak modalnya.

Jadi VK cukup berterima kasih dengan perkongsian daripada Facebook  Puan Akmar Laily Omar yang sudi mengajar cara tampal lencana dan tag nama dengan cara paling mudah dan cepat. Lepas ni tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.

Bahan yang diperlukan:                                                                                                                                                                                                                                             Gam UHU
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika

Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana. 
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali.  ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.

Menurut Puan Akmar Laily, lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15  hingga 20 untuk satu lencana.

Ia juga kekal lama, berdasarkan pengalamannya lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasih dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.

Selamat mencuba!