Tuesday, July 25, 2017

Bahan-Bahan Dan Jenis Campuran Konkrit


Bahan-Bahan Dan Jenis Campuran Konkrit



Bahan-bahan yang digunakan bagi kerja-kerja konkrit ialah:

i. Simen

Simen didatangkan dalam beg yang muatannya 50kg. Jenis simen yang selalu digunakan untuk kerja-kerja umum ialah 'Ordinary Portland Cement'. Disamping itu terdapat juga beberapa jenis simen seperti

a. Simen Portland cepat keras
b. Simen putih
c. Simen alumina
d. Simen tahan salfat

Semasa auditan dijalankan perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian

a. Dalam sesuatu projek, simen disimpan di dalam stor yang dibina supaya air tidak boleh menyerap masuk dan membasahi simen.

b. Dalam kerja kecil, di mana beberapa beg simen sahaja yang diperlukan, beg-beg simen boleh diletakkan di atas platform kayu dan ditutup dengan terpal (tarpaulin) untuk mengelakkan daripada dibasahi hujan.

ii. Batu Baur Halus (Pasir)

Batu baur halus adalah batu yang lebih kecil daripada 5mm. Kebiasaannya pasir sungai dan pasir lombong adalah sumber asli batu baur halus yang selalu digunakan. Walau bagaimanapun pecahan-pecahan batu yang kecil dari 5mm di kuari-kuari juga merupakan sumber utama batu baur halus.

Sebelum digunakan, juruaudit boleh mempastikan batu baur halus tersebut bersih daripada campuran tanah, kayu, batu-batu yang lebih besar dan apa jua kotoran lain-lainnya. Sebelum digunakan ianya haruslah ditapis terlebih dahulu. Pasir juga tidak boleh mengandungi bahan-bahan organan yang untuk menampakkan warna yang lebih gelap berbanding kecerahan asal.

Ianya disimpan di atas lantai simen atau lantai kayu dan boleh terdedah kepada hujan dan panas. Jika disimpan di atas tanah hanya pasir yang berada 150mm tinggi daripada aras tanah sahaja boleh digunakan. Ini bagi memastikan ianya tidak bercampur dengan debu tanah atau lumpur.

iii. Batu Baur Kasar

Batu Baur Kasar adalah batu yang lebih besar daripada 5mm tetapi tidak melebihi saiz minimum 19mm. Sumber utamanya adalah batu-batu yang telah dipecahkan di kuari-kuari batu.

Jenis batu yang paling banyak didapati ialah pecahan batu granit dan batu kapur.

Bagi kerja-kerja yang bersangkutan dengan takungan air dan kerja-kerja bawah tanah di mana hanya pecahan batu granit sahaja boleh digunakan.

Batu baur kasar yang hendak digunakan ini juga harus bersih, tidak mengandungi ketul-ketul tanah liat

iv. Penggredan Batu Baur

Pegawai-pegawai Audit boleh mendapatkan daripada pegawai di tapak projek berkaitan analisis penggredan batu baur sebagaimana mengikut Piawaian Malaysia M.S. 7.5

Had-had peratusan telus ayakan adalah sebagaimana di bawah:

a. Batu Baur Halus (Pasir):
Ayak B.S. 5mm 2.3mm 1.18mm 0.60mm 0.30mm 0.15mm
Peratusan Telus 95-100 70-95 45-85 25-60 5-30 0-10

b. Batu Baur Kasar:
Ayak B.S. 20mm 10mm 5mm
Peratusan Telus 100 25-55 0-10


Mana-mana kelompok batu baur yang gagal mengikut Piawaian Malaysia M.S. 7.5 hendaklah dipastikan ianya dikeluarkan dari tapak bina dengan serta merta.

Jenis-Jenis Campuran

Apabila berada di tapak projek pegawai-pegawai audit boleh meneliti campuran yang sedang dibuat. Jika dimaklumkan campuran 1: 2: 4 bermakna 1 bahagian simen, 2 bahagian pasir dan 4 bahagian batu. Bahagian bermakna menggunakan alat sukatan yang sama bagi ketiga-tiga bahan tersebut.

a. Campuran 1: 2 : 4

Campuran ini adalah campuran yang biasa digunakan untuk segala kerja struktur konkrit bertulang dan juga untuk konkrit tuang dulu (pre-cast concrete)

b. Campuran 1: 1.6 : 3.2

Ini adalah campuran yang kuat sedikit daripada campuran 1 : 2 : 4. Ianya biasa digunakan dalam kerja penakungan air seperti tembok penahan air.

c. Campuran 1 : 3 : 6

Campuran ini adalah digunakan dalam kerja konkrit yang banyak seperti tapak dan lantai konkrit.

Tuesday, July 18, 2017

Dunia Elektrik: Kenali Lukisan dan Sistem Elektrik

Dunia Elektrik: Kenali Lukisan dan Sistem Elektrik: LUKISAN ELEKTRIK Lukisan elektrik ialah lukisan kejuruteraan yang berkaitan dengan bekalan tenaga elektrik. Lukisan ini berfungsi untuk...

Sunday, July 2, 2017

Tomyam Makanan Laut 2) Ikan Goreng Masak 3 Rasa 3) Jus Mangga Lassi

Alhamdulillah...macamana dengan rancangan Tumis-Tumis Ramadan tadi?...mesti ramai tak sabar nak tahu resepi-resepinya kan?...Petua dan tips pun banyak dikongsikan oleh Master Chef Sabri Hassan...memang rugi kalau tak tengok!!!...

Okay, admin kongsikan resepi-resepi bagi EPISOD 2:

1) Tomyam Makanan Laut
2) Ikan Goreng Masak 3 Rasa
3) Jus Mangga Lassi

1) Tomyam Makanan Laut

BAHAN-BAHAN:
-  200g sotong
-  200g lala
-  200g udang
- sedikit air
- 4 biji bawang putih – dititik
- 3 biji bawang besar – dipotong empat
- 20 gm halia – dihiris
- 80 gm pes tomyam
- 3 biji cili padi – dititik
- 4 btg serai –dititik
- 10gm daun ketumbar
- sedikit air limau nipis
- 100 gm lobak merah – dipotong dadu
- 4 biji tomato – dipotong empat
- Cendawan Shitake
- Garam dan gula perang secukup rasa

CARA MASAK:

1.Panaskan periuk tanah/claypot, masukkan minyak dan bahan-bahan tumis seperti bawang putih, bawang merah,serai, cili padi pes tomyam sehingga naik bau.
2. Masukkan air dan udang dan biar hingga mendidih.
3. Masukkan lobak merah,bawang besar ,tomato, cendawan shitake, gula perang, garam, perasa ikan bilis dan air limau nipis.
4. Akhir sekali, hiaskan dengan daun ketumbar.

2) IKAN GORENG 3 RASA ALA THAI

BAHAN-BAHAN:
- Ikan bawal cermin
- sedikit tepung
- garam

BAHAN SOS TIGA RASA:
- sedikit minyak jagung
- 2 ulas halia – dihiris
- 2 ulas bawang putih
- cili merah – dipotong dadu
- Tomato -dipotong  dadu
- Serai – dihiris halus
- 2 sdm sos tiram
- 3 sdm sos cili
- 1 sdm sos tomato
- 1/2 biji air Limau
- Garam secukup rasa

CARA MASAK:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak dan goreng ikan bawal yang dipotong fillet tadi. Dah garing, angkat.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis semua bahan menumis seperti bawang putih, bawang merah, serai, halia sehingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan sedikit perahan air limau nipis. Siap dan hidangkan.

3) JUS MANGGA LASSI

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji mangga
- susu/yogurt
- gula perang
- ais

CARA BUAT:

1. Potong mangga dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama  susu/yogurt, sedikit gula perang dan ais.
2. Kisarkan sehingga hancur dan tuangkan ke dalam gelas. Siap untuk diminum.

Selamat mencuba ;)