Saturday, June 8, 2019

Bagaimana mengenal jenama louis vuitton LV

Louis Vuitton

Loo-ee Vee-tawn
(Cara sebut yang betul)

Louis Vuitton merupakan seorang pereka fesyen dan juga seorang usahawan yang berasal dari Negara Perancis. Beliau merupakan pengasas/pemilik (founder) jenama Louis Vuitton yang dimiliki oleh LVMH.

Pada tahun  1854, jenama Louis Vuitton atau sinonim dengan panggilan LV telah di  perkenalkan. Manakala pada tahun 1896, LV telah mengeluarkan Kanvas Monogram Toile dan menjadi kegilaan ramai sampai sekarang

Date Code:

France:

A0, A1, A2, AA, AAS (Special Order), AH, AN, AR, AS, BA, BJ, BU, DU, DR, DT, CO, CT, CX, ET, FL (Also USA), LW, MB, MI, NO, RA, RI, SD (Also USA), SA (also Italy), SF, SL, SN, SP, SR, TJ, TH, TN, TR, TS, VI, VX

Italy:
BC, BO, CE, FO, MA, OB, PL, RC, RE, SA (also France), TD

Spain:
CA, LO, LB, LM, LW, GI, UB

USA:
FC, FH, LA, OS, SD (Also France), FL (Also France)

Germany:
LP, OL

Switzerland:
DI, FA

Semenjak awal tahun  1980 an, Louis Vuitton telah memperkenalkan  date codes untuk beg mereka.
Date codes ini mengandungi huruf - huruf dan nombor-nombor codes  ( beg LV vintage hanya terdapat nombor-nombor) yang merujuk  tarikh dan di mana Beg LV tersebut dikeluarkan. Rujuk pada perenggan terakhir artikel ini  cara untuk membaca date codes. Huruf-huruf  date code tersebut merujuk dari negara beg tersebut dikeluarkan dan nombor-nombor pula pada tarikh beg tersebut dikeluarkan. (Rujuk pada senarai di atas).

Akan tetapi, walaupun Beg LV tersebut terdapat date codes, bukanlah jaminan bahawa beg LV tersebut asli/ori atau authentic. Para pencetak juga telah memasukan "date stamps" pada barang tiruan mereka.

Pada masa yang sama, janganlah terperanjat, jika Beg LV anda tiada atau kehilangan date codes, kerana bukan bermaksud beg anda tiruan. Sebagai contoh,  date codes yang di stampkan atas permukaan  "the alcantara fabric" (sejenis material microsuede yang lembut) yang digunakan pada  lining beg akan pudar dan membuatkannya ianya  sukar dibaca ataupun langsung terpadam. Ini boleh terjadi pada Beg LV  vintage.

Silak semak, pada kod kilang negara pengeluar samada sama betul dengan " made in" yang di stampkan pada beg anda. Jika di date code SA (Beg LV buatan Sepanyol) tapi di cetak made in Italy, ternyata beg LV tersebut tiruan/fake/local/imitation/premium/copy ori

Perkara asas tentang ketulenan LV ialah:

1 ) Jenama LV authentic mesti ribu-ribu, tidak kurang dari 1K, kalau terdapat sellers yang mendawa beg itu brand new, ternyata beg tersebut kebanyakkan adalah fake atau premium/copy ori. kalau yang bundle pun biasanya harga sekitar rm400 - rm500 ke atas, bergantung pada jenis item dan kondisi.

2) Dalam apa-apa items keluaran Authentic LV Brand, dekat logo LV tiada kesan potongan logo LV kat atas bag, wallet, belt dan lain-lain.

LV tidak akan "POTONG"  logo atau "JAHIT" dan tidak akan  "TAMPAL" apa-apa di atas logo LV.Kalau  logo LV tu tinggal separuh bermakna LV tersebut adalah fake.

3. Jikalau sellers mendakwa LV tersebut "brand new" dan  harga pulak kurang dari RM1000 kebanyakkan adalah tiruan.

4. kalau logo "LV" dari depan dan belakang bag naik ke atas, Confirm LV tersebut adalah fake. Louis Vuitton hanya mengunakan  sekeping material untuk sesuatu produk. Bila dilipat material yang hendak di jadikan bag, di depan nampak upside, dekat belakang nampak upside down. kalau "piping" dia bukan kulit, bukan original.

5.  Jahitan LV fake kelihatan macam buruk, tidak sama besar ataupun macam jahit tidak siap.

6. kalau nampak "handle" bag tu lain warna dengan  dia punya warna "piping", bag Lv tersebut adalah  local atau fake.

7. Dekat tepi "dust bag" mesti mereka potong sedikit bulat dan kalau tiada  dust bag bermaksud beg tersebut adalah fake.

8. kalau ada "hanging tag" kat bag tu atau ada tag yang sangat terang warnanya, bag tersebut adalah local atau fake.

9. Pastikan bag yang hendak  di beli tu bag yang "made by Louis Vuitton".Boleh beli dekat official website mereka :-

www.louisvuitton.com.

Pastikan warna dan model adalah serupa kerana yang fake seakan serupa tapi tidak pernah dikeluarkan oleh Louis Vuitton. Buat perbandingan betul-betul.

10. kalau beli monogram tu pastikan dulu dia punya "AUTHENTICITY"..generally monogram LV ni sangat symmetrical from side to side.Kita  kena tengok overall bag monogram tu symmetrically placed kat tempat yang sama  dari handle atau side dia.

11. Pastikan stitching mesti sama dan lurus. Louis Vuitton akan jahit jumlah jahitan yang sama dekat model yang sama dan tempat yang sama.Contoh leather tab yang ade dekat handel pada apa-apa size "Louis Vuitton Speedy Bag" mesti ade 5 jahitan. Yang fake hanya ada 4 jahitan.

12. Last sekali dengan cara menghidu bau beg tersebut. Bau authentic LV tersendiri dan tidak berbau hapak seperti fake LV.

Basic monogram placement :
Original bag : ) + O + O ( --> susunan corak sama dari awal hingga ke akhir.... contohnya bermula dan berakhir dengan separuh bulatan
Fake : ) + O + O + O --> susunan corak bermula dengan separuh bulatan tetapi berakhir dengan bulatan penuh.

b. Jika pada permulaan monogram menggunakan hanya separuh sahaja simbol disebabkan oleh pemisahan baris jahitan dua bahagian yang berbeza, corak monogram mesti berakhir dengan baki simbol yang sama juga :

Original bag : ) + O + O ( --> susunan corak sama dari awal hingga ke akhir di mana ia bermula dan berakhir dengan separuh bulatan
Fake : ) + O + O + O --> susunan corak bermula dengan separuh bulatan tetapi berakhir dengan bulatan penuh.

Bagaimana membaca Date Code Louis Vuitton?

Pada tahun 1990, Louis Vuitton mulai menggunakan code tahun dan bulan sehingga jumlah pertama dan ketiga merupakan bulan, dan angka kedua dan keempat mewakili tahun.Contoh: SL 0980-08 Tahun 1990

Selepas  bulan Januari 2007 Louis Vuitton merubah format mereka lagi, menjadi code tanggal mingguan.
Misalnya SD 0077 bukanlah beg yang dibuat pada bulan Julai tahun 2007, tetapi beg yang dibuat pada minggu ke-7 dari tahun 2007 - sehingga pertengahan Februari-ke-akhir tahun 2007

Dibenarkan share, dilarang copy and paste!!

Ditulis oleh : Mohd Huzaizee
8.44 pagi,Khamis, 4 Oktober 2018
Teratak Rizqullah, Bachok
huzaizee@gmail.com

#LV

No comments:

Post a Comment