INFO KELAPA MATAG
MATAG adalah singkatan nama Kelapa Hibrid baru iaitu Kelapa Hibrid di
antara Kelapa asal Malaysia dengan Kelapa asal Filipina (Tagnanan).
Kelapa Malaysia (Malaysian Yellow Dwarf -MYD atau Malaysian Red Dwarf –
MRD) merupakan kelapa rendah (Sumber Bunga Betina) di kacukan dengan
debunga jantan Kelapa Tinggi Tagnanan (Berasal dari Filipina dan ditanam
di Malaysia) . Proses pengeluaran benih Kelapa MATAG adalah rumit dan
memerlukan kepakaran yang tinggi. Untuk mengeluarkan sebiji benih kelapa
MATAG perlukan kos, kesabaran, ilmu teknikal, sumber tulin debunga,
sumber tulin induk MYD/MRD yang matang serta kepakaran pekerja
pendebunga. Debunga jantan perlu di sembur setiap hari kepada mayang
betina yang terbuka (Bunga betina terbuka berperingkat2) dari satu
mayang dan kemudian di balut/ tutup dengan plastik telus cahaya. Kalau
tak berjaya boleh di bubuh debunga lagi berulangkali.
Benih
yang berjaya didebungakan akan dibuka plastik penutup dan dibiarkan
sehingga 6-8 bulan untuk menjadi buah kelapa hibrid. Pembajaan pokok
perlu di buat mengikut jadual standard untuk mempastikan benih kelapa
MATAG dapat dihasilkan dengan baik. Baja 12:12:17:2 digunakan dengan
kadar 100-150 gram sekali sebanyak 4 kali setahun.. Buah yang telah
matang di tuai dan yang berkualiti sahaja di susun dalam tapak semaian.
Kelapa yang rosak, deform dan tak elok tidak diambil sebagai sumber
benih. Semaian selama 4-5 bulan ditapak semaian sehingga daun pucuk 3-5
helai keluar dan kemudian dibuat pemilihan (culling) sama ada ianya F1
(MATAG) atau Jadi MRD/MYD atau macam Tagnanan. Kajian di Muar mendapati
purata untuk jadi benih MATAG F1 tulin 100% lingkungan 40 – 45 % sahaja.
Kelapa
MATAG merupakan kelapa jenis baru dipercayai mampu mengeluarkan
sehingga 40,000 biji sekhektar setahun. Projek kelapa MATAG di Kg Sg
Gulang2 Batu Pahat yang di tanam pada tahun 2001 mendapati hasil
setangkai sehingga 15 biji. Isi kelapa MATAG adalah tebal dan kandungan
santan yang tinggi. Daerah Sabak Bernam (Selangor), Bagan Datok (Perak)
dan Batu Pahat (Johor) merupakan tumpuan projek penanaman kelapa MATAG
oleh Jabatan Pertanian.
Kelebihan kelapa matag:
- berbuah lebat (15 biji setandan)
- mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sehektar setahun.
- mula berbuah dengan cepat seawal 3 tahun
- isi tebal
- sesuai untuk minuman dan dibuat santan
KELAPA MATAG
Kelapa
MATAG ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang
Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Ketinggian pokok MATAG boleh
mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau
jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya.
Hasil purata bilangan buah kelapa dan berta kopra adalah lebih tinggi
daripada hibrid MAWA.
Kelapa MATAG boleh mengeluarkan antara 25
hingga 30 ribu biji buah setahun sehektar. Buah kelapa yang dihasilkan
sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk air kelapa muda,
pengeluaran santan dan juga untuk kelapa (kopra).
Varieti ini
mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang 'robust'
dan 'vigorous' di ladang. Dengan pengurusan ladang yang baik dan hujan
yang mencukupi, kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ke 3 dan proses
penuaian bolehlah dilakukan pada tahun ke 4.
Kelapa MATAG sesuai
ditanam mengikut sistem penanaman tiga segi sama atau 'double hedge row
pattern' sekiranya mengutipan hasil dirancangkan secara mekanisasi. Kepadatan optimum yang disyorkan ialah 178-180 pokok sehektar.
Berbanding
dengan kelapa MAWA, kelapa MATAG mengeluarkan buah yang lebih besar
daripada MAWA walaupun isinya sama tebal. Hasil MATAG pada enam tahun
pertama didapati agak rendah sedikit (61-139 biji sepokok) daripada MAWA
(75-151 biji sepokok). Walau bagaimanapun, hasil kelapa MATAG
meningkat mulai tahun ke tujuh ke atas, iaitu 153 biji sepokok dan boleh
mencapai sehingga 161 biji sepokok berbanding dengan 157 biji bagi
kelapa MAWA.
Dari segi pengeluaran kopra pula, MATAG mengeluarkan
hasil kopra yang rendah pada enam tahun pertama iaitu 12.1 - 36.4 kg.
berbanding dengan 16.4 - 33.0 kg. kopra bagi kelapa MAWA. Selepas tahun
ke 7 dan ke atas, hasil kopra daripada kelapa MATAG lebih tinggi, iaitu
42.2 kg. berbanding 34.3 kg. kopra daripada kelapa MAWA.
Secara
keseluruhannya, kelapa varieti MATAG memberikan hasil buah kelapa yang
tinggi dalam jangka masa panjang. Saiz buah MATAG yang besar, bukan
sahaja memberi kelebihan dari segi kos mengutip dan mengopek kulit,
tetapi juga popular di kalangan pengguna domestik.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN KELAPA
Faktor Iklim
Tanaman
kelapa tidak sesuai ditanam di kawasan yang kurang hujan atau di
kawasan yang mengalami musim kering yang panjang kerana kelapa tidak
mempunyai akar tunjang. Tanaman kelapa memerlukan jumlah hujan sebanyak
1300-2300 mm/tahun. Musim kering yang berterusan selama 3 bulan
(<50 27-28="" bulan="" ialah="" kelapa.="" kelapa="" mm="" optimum="" sesuai="" suhu="" sup="" tanaman="" tidak="" untuk="">o50>
C. Kawasan yang terlindung atau sentiasa mendapat tiupan angin kencang juga tidak sesuai untuk tanaman kelapa.
Tanaman
kelapa memerlukan sinaran matahari tidak kurang daripada 2,000
jam/tahun dan kelembapan relatif antara 80-90%. Kebanyakan tanaman
kelapa ditanam pada ketinggian kurang dari 100 meter daripada aras laut.
Tanaman kelapa yang ditanam pada ketinggian melebihi ketinggian 900
meter lambat membesar dan mengeluarkan buah yang kecil dan sedikit.
Faktor Tanah
Kelapa
boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah. Pada umumnya, tanaman kelapa
memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam,
berstruktur lom berpasir dan subur.
Zon Tanaman Kelapa
Di
Semenanjung Malaysia, kebanyakan tanaman kelapa ditanam di kawasan
pantai di atas tanah berlempung atau berpasir dan sedikit sahaja ditanam
di kawasan pendalaman. Di kawasan Pantai Barat, tumpuan tanaman kelapa
ialah di Bagan Datuk, Perak; Sabak Bernam, Selangor; Batu Pahat,
Muar dan Pontian, Johor. Di Pantai Timur pula, tanaman kelapa tertumpu
di Bachok, Kelantan; Kuala Terengganu dan Besut, Terengganu.
PEMILIHAN BUAH KELAPA DAN PENYEMAIAN
Buah
yang dipilih mestilah berwarna perang dan cukup matang, bersabut nipis,
bebas daripada serangan perosak dan penyakit serta berkocak air di
dalamnya. Buah-buah ini perlu disimpan di tempat terlindung daripada
cahaya matahari selama dua minggu untuk percambahan yang seragam.
Buah-buah
kelapa perlu dicambah terlebih dahulu sebelum disemai. Untuk
mempercepatkan percambahan, buah kelapa yang dipilih dipotong sedikit
bahagian sabut atas (widest hump of the nut) sepanjang 5 cm garis pusat
dan lebih kurang 1.0 cm dalam. Biji benih disusun rapat secara mendatar
pada jarak 30 cm dalam baris x 30 cm antara baris di dalam petak
semaian dengan mendedahkan satu pertiga bahagian kelapa di atas
permukaan pasir. Penyiraman dilakukan 1-2 kali sehari bergantung kepada
keadaan cuaca. Jangka masa percambahan biji benih mengikut kultivar
ialah:-
Kelapa Tinggi Malaya Kelapa Rendah Kelapa MATAG Kelapa Pandan
|
- - - -
|
10 - 12 minggu 4 - 7 minggu 4 - 6 minggu 4 - 7 minggu
|
Biji
benih yang normal dan cergas dipilih dan dicabut menggunakan cangkul.
Bahagian akarnya dipotong sepanjang 5 cm daripada pangkal sebelum diubah
ke polibeg atau tapak semaian ladang.
Semaian menggunakan polibeg
Kaedah
ini mempunyai kebaikan seperti kadar pertumbuhan yang lebih cergas dan
serata dengan adanya pembajaan, akar tidak rosak semasa menanam di
ladang, kerosakan semasa pengangkutan dari tempat semaian di ladang
pokok dapat dikurangkan, kadar pertumbuhan akar yang baik dan cepat
selepas ditanam dan tiada atau kurang masalah trasplanting shock. Anak
benih di dalam polibeg boleh disimpan selama 10 bulan selepas diubah.
Campuran
tanah yang disyorkan ialah 3 bahagian tanah atas dan 1 bahagian pasir.
Bagi setiap polibeg sejumlah 113 gm baja fostat dan 113 gm kapur
digunakan. Pemulihan dan penakaian anak benih di dalam polibeg yang
tidak subur dibuat empat bulan selepas diubah dan diteruskan sehingga
anak benih berumur 8 bulan. Naungan 30% - 50% diberi kepada anak benih
semasa proses pengerasan. Anak benih sesuai ditanam di ladang apabila
berumur 6-8 bulan. Anak benih yang cergas dicabut dengan berhati-hati
selepas menggemburkan tanah di pangkalnya. Semasa mencabut anak benih
elakkan daripada memegang bahagian pucuk dan daunnya bagi mengelakkan
kecederaan. Jarak susunan polibeg yang disyorkan adalah seperti di
bawah:-
Saiz polibeg
|
Jarak susunan
|
Jangkamasa disimpan selepas diubah
|
Jumlah polibeg sehektar
|
45 cm x 45 cm 45 cm x 45 cm
|
60 cm x 60 cm x 60 cm 80 cm x 80 cm x 80 cm
|
6-7 bulan 8-9 bulan
|
20,000 pokok 18,000 pokok
|
Semaian di ladang
Untuk
tapak semaian di ladang, kawasan yang dipilih hendaklah mempunyai
sistem saliran yang baik, tidak ditenggelami air dan berdekatan dengan
sumber air. Petak-petak selebar 1.2 m - 1.5 m dengan ketinggian 0.2 m
dan panjang mengikut kesesuaian tempat dibuat. Jarak semaian anak benih
yang disyorkan ialah 0.5 m x 0.5 m. Anak benih yang berumur 6-8 bulan,
normal dan cergas dicabut dengan berhati-hati selepas menggemburkan
tanah di pangkalnya. Semasa mencabut anak benih elakkan daripada
memegang bahagian pucuk dan daunnya bagi mengelakkan kecederaan.
Aktiviti penakaian dijalankan sama seperti penyelasan penakaian anak
benih semaian menggunakan polibeg.
Pembersihan tanah
Kawasan
yang hendak dimajukan dengan kelapa perlulah kawasan terbuka dan bebas
daripada pokok-pokok dan anak pokok kayu yang tidak dikehendaki. Bagi
kawasan bekas kelapa tua, sebaik-baiknya pembersihan kawasan dilakukan
dengan menggunakan jentolak. Jentolak ini akan menumbangkan, menghancur
batang kelapa dan menyusunnya mengikut barisan tertentu. Dengan cara
ini proses pereputan dan aktiviti-aktiviti ladang seterusnya dapat
dilaksanakan dengan lebih mudah.
Menanam kekacang penutup bumi
Setelah
pembersihan kawasan selesai, penanaman tanaman kekacang penutup bumi
perlu dijalankan. Penanaman ini bertujuan untuk mengawal hakisan tanah,
kehilangan nutrien melalui larut resap, menyuburkan tanah dengan
penambahan nitrogen dalam tanah, mengekal kelembapan tanah, memperbaiki
struktur tanah dan pengudaraan dalam tanah serta mencegah pertumbuhan
rumpai.
Campuran jenis kekacang yang
sesuai ialah 3 bahagian Calapogonium mucunoides, 2 bahagian Pueraria
phaseoloides dan 1 bahagian Ceutrosema pubescens. Tanaman kekacang
ditanam di kawasan selebar dua meter diantara tiap baris anak benih
kelapa. Bagi tanah BRIS disyorkan menanam kekacang jenis Stylosauthes
gracillis secara berbaris dengan jarak satu meter ataupun secara
berpetak 1.0 meter x 1.0 meter. Biji benih kekacang penutup bumi
hendaklah yang bermutu tinggi dengan kadar percambahan melebihi 80%.
Rawatan dengan air panas bersuhu 75oc (campuran dua bahagian
air yang mendidih dengan satu bahagian air sejuk) disyorkan untuk
memecahkan kulit biji benih yang keras. Rendamkan biji benih di dalam
air panas suam selama 2 jam sebelum ditoskan. Biji benih yang telah
dirawat dengan rawatan air panas mesti ditanam pada keesokan harinya.
Pembajaan bagi tanaman kekacang
Umur Tanaman
|
Jenis Baja
|
Kuantiti Baja (Kg/Ha)
|
Semasa menanam (sepanjang laur tanaman) 3-4 minggu 3 bulan 8 bulan
|
Baja debu fostat asli 12:12:17:2 + TE Baja debu fostat asli Baja debu fostat asli
|
125 63 250 125
|
Jarak tanaman mengikut sistem tiga segi sama
Jenis Kelapa
|
Jarak Tanaman
|
Bilangan Pokok/Ha
|
Kelapa Tinggi Kelapa MAWA Kelapa Rendah Kelapa Wangi
|
9 m x 9 m 8 m x 8 m 6 m x 6 m 6 m x 6 m
|
124 156 278 278
|
Penanaman di ladang
Saiz
lubang tanaman berukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m perlu disediakan.
Seterusnya 200 gm baja fostat dimasukkan ke dalam lubang dan gaulkan
bersama-sama tanah atas. Selepas dua minggu, anak-anak pokok kelapa
ditanam ke dalam lubang tersebut. Anak-anak kelapa ini hendaklah
terlebih dahulu disiram sebelum ditanam. Aktiviti menanam perlu
dirancang supaya dapat bermula pada awal musim hujan. Menanam anak
kelapa dijalankan dengan meletak anak pokok ke dalam lubang tanaman dan
ditegakkan. Tanah dimasukkan ke dalam lubang dan dipadatkan dengan
memijak-mijak di sekeliling pangkal anak kelapa. Elakkan daripada
memijak akar pokok.
Pemangkasan
Aktiviti pemangkasan dijalankan secara minima dengan penumpuan kepada pembuangan pelepah-pelepah tua sahaja.
KAWALAN PEROSAK SERANGGA
Serangan
yang teruk boleh menyebabkan pokok berbuah kecil, tidakk mengeluarkan
buah atau boleh menyebabkan mati. Perosak-perosak serangga yang penting
bagi tanaman kelapa adalah seperti berikut:-
- Kubang Tanduk (Orycetes rhinocerous)
Warna
hitam berstruktur sumbu di atas kepalanya. Menyebabkan kerosakan
dengan mengorek ke dalam pucuk dan memakan tisu-tisu lembut kelapa.
Apabila pelepak membesar, daun kelapa akan membentuk seakan-akan
kipas. Serangan yang teruk menyebabkan air bertakung di dalam
lubang yang dikorek. Pucuk akan rebut dan musnah.
Tindakan:
Semua
batang kelapa yang tumbang / dipotong perlu dipotong kecil-kecil dan
bakar (menghapuskan tempat pembiakan kumbang tanduk di ladang). Bagi
pokok yang masih kecil, letakkan 1-2 biji 'moth ball', 3-4 butiran
racun carbofuran di pelepah muda bagi mengurangkan serangan
kumbang tanduk.
- Kumbang Jalur Merah (Rhynchophorus schach)
Mempunyai
kepak berwarna hitam, torek berwarna hitam dengan jalur-jalur
merah. Larva memakan pucuk sehingga boleh menyebabkan pokok mati.
Tindakan:
Suntik
batang kelapa dengan racun monocrotphos / methamidosphos sebanyak
5-10 ml/pokok. Bagi pokok yang masih kecil, letakkan 3-4 butiran
carbofuran pada lubang di pucuk pokok bagi membunuh serangga ini.
- Rama-rama Artona (Artona catoxantha)
Berwarna
merah perang dan hujung kepak berwarna kuning. Larva memakan daun
kelapa daripada bawah dan meninggalkan kesan makan yang
berlajur-jalur di atas daun. Daun yang teruk diserang akan
kelihatan seperti terbakar.
Tindakan:
Jika serangan berlaku di
musim kering, kawal secara suntikan batang dengan racun
monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5-10
m/pokok (sebelum larva membentuk pupa). Hujan lebat semasa serangan
berlaku mengawal perosak ini menjatuhkan larva ke tanah.
- Ulat Beluncas (Setora nitens)
Berwarna
perang dan bertelur di bawah daun kelapa. Larva memakan daun
daripada tepi ataupun tengah sehingga tembus dan meninggalkan
bergerigi pada daun.
Tindakan:
Kawal secara suntikan batang racun monocrotophos atau metamidophos pada 5-10 ml/pokok.
- Rama-rama Haidari (Hidari irava)
Berwarna
perang dengan empat titik kuning di tengah-tengah kepak. Larva
hidup di bawah lipatan daun kelapa dan memakan daun daripada atas ke
bawah dengan tanda daun tingga lidi.
Tindakan:
Tiada kawalan kimia disyorkan bagi perosak ini.
- Kumbang Plesispa (Plesispa reichei)
Berbadan
leper dan berwarna coklat tua. Larva berwarna kuning. Dewasa dan
larva memakan permukaan daun menyebabkan daun-daun sedikit
bergulung. Terdapat tompok-tompok bekas makan di atas daun.
Serangan pada anak benih boleh menyebabkan pokok terencat.
Tindakan:
Tiada kawalan kimia disyorkan bagi perosak ini.
- Kumbang Tandok (Oryctes rhinoceros, L)
KAWALAN PENYAKIT
- Bintik-bintik Daun:
Jarangkan
anak benih di tapak semaian. Jika perlu, disyorkan semburan
dengan racun kulat Captan pada kadar 0.2% bahan aktif.
Hawa Bebenang Putih
Jaga kebersihan dan pengaliran air yang baik di tapak semaian. Musnahkan anak benih yang teruk diserang