Saturday, October 5, 2013

Bebiri

Baka Bebiri

Baka bebiri di negara ini adalah terhad. Kebanyakannya adalah jenis tempatan. Jenis eksotik telah diimport untuk tujuan pembiakan dengan jenis tempatan ini. Pada keseluruhanya, baka bebiri dibahagikan kepada dua:
1. Baka Asli Tempatan(Malin)
2.Baka Eksotik
a.Dorset Horn
b.Polled Dorset
c. Wiltshire
d. Baka Kacukan

Baka Asli Ternpatan (Malin)

Jantan Betina
Berat Lahir 1.8 kg. 1.8 kg.
25 – 30 kg. 15 – 25 kg.
  • bertubuh kecil dan pendek, berbulu putih, kehitaman dan kadangkala perang dan hitam di bahagian kepala dan kaki.
  • bulunya sederhana panjang dan agak lurus serta berkeupayaan untuk menggugurkan bulunya sendiri. Baka jantan mempunyai tanduk.
  • Telinganya sederhana besarnya dan kadang kala genit (vestigial).
  • Ciri-ciri yang baik untuk baka ini ialah ia tahan kepada cuaca dan penyakit.
DORSET HORN

/image/image_gallery?uuid=42fdc25e-17a8-4614-a82f-6511b661a66b&groupId=10131&t=1237036601093
Jantan Betina
60 – 110 kg. 40 – 70 kg.
  • baka adalah dari jenis yang berbulu pendek Badannya besar dan gempal.
  • bulu berwarna putih dan kulit berwarna merah jambu. Jenis ini bertanduk, jantan dimana tanduk jika panjang akan membuat lingkaran di kepala.
  • baka ini didapati boleh menyesuai diri pada iklim panas. Pada tempat asalnya, ia kerap membiak serta sering melahirkan anak kembar 2 atau 3.
  • baka jantan digunakan untuk dibiakkan dengan baka tempatan dan hasilnya adalah sangat menggalakkan.
POLLED DORSET
Berat Dewasa
Jantan 25 – 30 kg
Betina 15 – 25 kg
  • jenis yang berbulu sederhana panjang.
  • Badannya besar dan gempal.
  • Bulu berwarna putih serta pendek dan kulit berwarna merah jambu.
  • bertanduk, lebih-lebih lagi yang jantan dimana tanduk jika panjang akan membuat lingkaran di kepala.
  • boleh menyesuai diri pada iklim panas.
  • Pada tempat asalnya, ia kerap membiak serta sering melahirkan anak kembar 2 atau 3.
  • baka jantan digunakan untuk dibiakkan dengan baka tempatan dan hasilnya adalah sangat menggalakkan.
WILTSHIRE

Jantan Betina
40 – 100 kg. 40 – 80 kg.
  • Baka jenis ini mempunyai bulu yang sedikit dan ia seakan-akan menyerupai kambing.
  • la mempunyai tanduk dan kadar pembesaran dan saiz adalah sederhana.
  • Pemeliharaannya adalah untuk daging
  • Walaupun bilangannya di Malaysia sedikit, baka ini telah menunjukkan prestasi yang baik.
KACUKAN
Jantan Betina
20 – 50 kg. 20 – 40 kg
  • Dari segi pembiakan, baka-baka kacukan telah dapat membiak sepanjang tahun dan prestasi pertumbuhannya puia adalah lebih baik jika dibandingkan dengan yang tempatan.
  • Kebanyakan dari jenis ini adalah hasil dari kacukan baka ternpatan dengan baka Dorset dan Wiltshire. Saiz badan adalah lebih besar dari bebiri tempatan.
  • Rupanya mirip jenis exotic.
  • Bulunya adalah lebih panjang dan gebu dari jenis baka ternpatan tetapi pendek dari baka exotic.
PEMILIHAN BAKA
Baka atau keturunan Bentuk badan dan pengamatan
Berat anak semasa dilahirkan hendaklah tinggi. Badan besar dan padat terutama pada bahagian rusuk dan punggung.
Kadar kenaikan berat badan yang cepat. Badan lurus dan tidak melentuk ke bawah, kaki tegap, lurus dan selari.
Berat badan pada umur 1 tahun lebih dari 20 kg. Bulu teratur dan kemas, tiada tanda-tanda najis dibahagian ekor.
Keluaran susu yang banyak. Ambing susu terletak dengan baik dan mempunyai cantuman yang padat dengan badan.
Jarak antara kelahiran yang singkat – kurang dari 8 bulan. Untuk menentukan bebiri mempunyai daging yang padat cara perabaan hendaklah dibuat,- Bahagian tulang belakang mempunyai daging yang banyak.
- Tulang dada teratur, tegak dan lebar.
- Tulang peha mempunyai daging yang banyak hingga ke bahagian lutut.
- Ekor dipenuhi dengan daging.
umur tidak melebihi 1 1/2 tahun Umur bebiri boleh diketahui dari tuan punya atau secara anggaran mengikut pertumbuhan gigi.
Tentukan juga bebiri tidak mempunyai kudis atau parasit kulit dan bulu. Ini dapat dipastikan dengan membuka bulu yang tebal sehingga menampakkan kulit bebiri.
PENGURUSAN TERNAKAN
  1. Lahir hingga 3 bulan
    • Anak bebiri yang baru lahir dikurung bersama ibunya selama 2 minggu.
    • Ibu bebiri beserta anak-anaknya tidak akan dilepas meragut selama 4 – 6 minggu
  2. Selepas cerai susu hingga dewasa
    • Selepas cerai susu (umur 3-4 bulan), anak bebiri dipisahkan dari ibu.
  3. Penjagaan bebirl dewasa
    • Setiap ekor diperiksa gigi, kaki dan ambingnya.
    • Pemberian ubat cacing dan penyemburan ubat kutu dibuat mengikut jadual.
  4. Penjagaan dalam Penggemukan
    • Faktor yang penting ialah makanan yang bermutu.
    • Anak bebiri boleh digemukan bila telah meningkat 3 – 4 bulan.
    • Penggemukan ini memerlukap empat hingga lapan bulan dimana berat badan mencapai antara 20 – 35 kg.
PENGURUSAN AM
  1. Pemberian Tanda (Tagging) Pengenalan
  2. Perawatan Kuku
  3. Pencukuran Bulu Bebiri
SISTEM BERKURUNG
  • Sistem ini pada amnya tidak digalakkan
  • Sistem ini diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragutan
  • Sistem ini boleh dibuat untuk projek penggemukan, menggunakan rumput potong atau makanan lain
  • Untuk pengurusan ternakan yang sakit dan yang baru lahir sehingga 2 minggu ke 2 bulan
RAGUT LEPAS
  • Ternakan bergerak bebas untuk meragut pada bila-bila masa.
  • Bebiri boleh merayau dan merosakkan tanaman orang
  • Risiko kehilangan adalah tinggi
SEMI INTENSIF
  • Dilakukan dengan melepaskan bebiri pada siang hari dan mengurungnya di dalam kandang pada waktu malam
  • Sistem pemeliharaan ini adalah baik kerana pengawasan terhadap kesihatan ternakan dapat dibuat setiap hari sebelum melepas atau ketika mengurung ternakan itu kembali
PEMAKANAN
Keperluan dan Manfaat Makanan
Pada umumnya makanan diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, pengeluaran susu dan kesihatan. Makanan bermutu tinggi dapat mempercepatkan pertumbuhan anak bebiri dan juga kualiti daging bebiri yang disembelih akan lebih baik. Makanan juga mempengaruhi sistern reproduksi ternakan.
Klasifikasi Makanan
Zat Pemakanan Keterangan
Protin pembinaan otot-otot dan proses pemulihan tisu-tisu badan. la juga adalah mustahak untuk pertumbuhan dan pengeluaran susu.
Karbohidrat (Kanji) dan Lemak memberi tenaga, pertumbuhan dan pengeluaran susu. Kekurangannya akan menyebabkan kadar pertumbuhan bebiri terencat, berat badan menurun, pembiakan terganggu dan juga boleh menyebabkan kematian. serta ketahanan melawan parasit dan penyakit juga menurun.
Garam Galiandiperolehi dalam 2 bentuk iaitu campuran atau batu garam. Campuran yang diberi biasanya mengandungi 1% TCP (Tricalcium phosphate) 1% garam biasa, 0.5% “trace minerals” dan 0.5% batu kapur. Garam galian akan mengambil tempat jagung 3 – 5% dari peratus makanan tambahan untuk pertumbuhan tulang, gigi, pembentukan cecair badan dan juga bagi menjamin kesihatan ternakan. contoh- kalsium, fosforan, natrium, magnesium, chlorine, sulphur, kuprum, kobalt dan selenium. Keperluan/ekor = 7 ke 14 gm. garam setiap hari.
Vitaminbiasanya dicampurkan dalam makanan tambahan atau pun dalam garam galian diperlukan dalam kuantiti yang kecil, vitamin penting dalam mengaturkan proses-proses badan bagi menjamin pertumbuhan, pengeluaran, pembiakan dan kesihatan ternakan. Vitamin B dan C dapat dibina sendiri dalarn badan ternakan, hanya vitamin-vitamin A, D dan E patut diberi penekanan.
Serabut kasar la memenuhi ruang dalam perut dan akan menggalakkan dan mencepatkan aktiviti bakteria untuk menghadarn makanan tersebut dan selanjutnya akan meningkatkan daya kecekapan penghadaman
Air mengawal suhu badan, perjalanan dan pengambilan zat oleh badan, ibu bebiri yang mengeluarkan susu. Jumlah air yang diminum bergantung kepada suhu udara, kelembapan udara, jenis bahan makanan dan juga peringkat umur dan kumpulan ternakan. Purata keperluan- sebanyak 3 – 4 bahagian berat bahan kering yang dimakan. Contohnya jika seekor ternakan mernerlukan 4 kilo berat kering makanan sehari biasa ia memerlukan 12 – 16 liter air sehari. Cara yang baik dan praktikal untuk memenuhi keperluan air bagi semua ternakan di ladang adalah dengan memastikan air bersih sentiasa ada
Pada umumnya jika zat-zat ini tidak mencukupi pertumbuhan bebiri akan terjejas, pengeluaran susu akan berkurangan dan ternakan akan mudah dijangkiti penyakit.
JENIS BAHAN MAKANAN
Bahan makanan yang diberikan pada ternakan bebiri dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
Makanan Hijauan
/image/image_gallery?uuid=b8bc7917-29b7-4d96-bf73-b05c7147934f&groupId=10131&t=1237097345399Rumput, kekacang dan tumbuhan lain adalah bahan hijauan yang biasa dan penting di dalam pemakanan bebiri. Tumbuhan ini pada umur yang sesuai, bukan sahaja mempunyaj nilai pemakanan dan zat yang tinggi tetapi mengandungi bahan serabut mentah yang penting bagi pengeluaran susu yang lemak. Kandungan bahan serabut dan isipadu yang besar dapat merangsang perut besar agar menjadi lebih cekap dalarn penghadaman.
Kawasan-kawasan yang mudah dan baik untuk mendapatkan makanan hijauan ini adalah di estet-estet dan kebun-kebun getah, kelapa sawit, kelapa dan pokok jati. Jika kerja merumput tidak dijalankan, pertumbuhan rumput rumpai yang tebal di antara pokok-pokok ini akan dapat dijadikan makanan untuk ternakan bebiri.
/image/image_gallery?uuid=f07ab0d5-bfa9-4c32-a775-dce908e773e2&groupId=10131&t=1237097345413Tumbuhan ini terdiri dari rumput rumpai asli dan kekacang yang diperkenalkan sebagai penutup bumi. Kira-kira 60 – 70% daripada tumbuhan di dalam kebun-kebun ini boleh dimakan oleh ternakan dan nilai zat makanannya adalah setanding dengan rumput pastura yang ditanam. Jenis rumpai asli yang lebih digemari oleh bebiri ialah rumput melala, rumput Israel (Asystasia) selaput tunggul, pengorak, rumput kerbau dan rumput pait. Kebanyakan daripada kekacang penutup bumi juga digemari, melainkan jenis Calopogoniurn caeruleum yang biasanya diragut akhir sekali.
/image/image_gallery?uuid=553d96c2-9384-43e1-ae59-667bab15ee04&groupId=10131&t=1237097345421Dalam menggunakan tumbuhan-tumbuhan ini sebagai makanan ternakan bebiri, kadar muatan bebiri di dalam sesuatu kawasan perlulah diambil perhatian supaya dapat mengelakkan daripada ragutan berlebihan. Oleh kerana pengeluaran bahan hijauan dan bahan kering daripada tumbuhan ini dijangka rendah, kemampuan menampung bilangan ternakan juga adalah terhad.
Bagi bahan hijauan basah seperti rumput atau kekacang, seekor bebiri dewasa memerlukan di antara 8 – 10% dari berat badan, setiap hari atau bagi bahan kering diantara 2.5 – 3% dari berat badannya. Sebagai garis panduan kadar penampungan yang disyorkan adalah diantara 3 – 7 ekor bebiri dewasa sehektar bergantung kepada kesuburan tumbuhan rumput rumpai di bawah tanaman-tanaman tersebut.
Makanan Tambahan
Dalam pemeliharaan bebiri makanan tambahan hendaklah dihadkan kepada 6 – 10% dari jumlah berat makanan ternakan tersebut. la hanya diperlukan untuk bebiri seperti berikut sahaja.
  • Bebiri betina yang sedang bunting
  • Bebiri betina yang sedang menyusu
  • Anak bebiri betina untuk digemukkan
  • Pejantan baka yang sering digunakan
  • Anak bebiri yang baru dicerai susu
Makanan tambahan biasanya berbentuk campuran tepung atau until. Until-until konsentret ini boleh diperolehi daripada kilang-kilang atau peniaga-peniaga makanan ternakan manakala tepung konsentret boleh dibuat sendiri. Sebagai panduan, makanan tambahan boleh dibuat dengan campuran jagung dan bahan-bahan sampingan pertanian yang lain seperti berikut
Contoh I
  • 50% atau 2 bahagian jagung
  • 25% atau 1 bahagian sekam/dedak padi
  • 25% atau 1 bahagian sekam/dedak gandurn.
Contoh II
  • 80% atau 4 bahagian jagung
  • 20% atau 1 bahagian dedak kacang soya
Contoh III
  • 60% atau 6 bahagian jagung
  • 20% atau 2 bahagian dedak kacang soya
  • 20% atau 2 bahagian sekam dedak gandum atau padi
Di dalam membuat makanan tambahan, kos bahan-bahan mentah hendaklah diambil perhatian dan tidaklah perlu mengikut contoh bahan-bahan yang tersebut di atas. Bahan-bahan sampingan pertanian tempatan seperti hampas ubi kayu, hampas sagu, sagu kering, kulit koko, palpa kopi, hampas membuat arak, baja tinja ayam, kulit nenas, tahi gula dan hampas tauhu boleh digunakan bagi maksud ini. Sebagai contoh bahan-bahan yang diperolehi dengan mudah dan dengan harga yang rendah hendaklah diberi keutamaan. Secara keseluruhannya yang penting dalam pemakanan ialah jumlah makanan yang akan dimakan oleh ternakan hendaklah dapat memenuhi keperluan pemakanan mengikut peringkat-peringkat umur dan pertumbuhan ternakan tersebut.
Seperkara yang perlu juga ditegaskan ialah bahan-bahan yang mempunyai kandungan kuprum hendaklah dielakkan dalam pembuatan makanan tambahan ini. Sebagai contoh hampas isirong palma dan dedak kopra yang mana kedua-duanya mempunyai kandungan kuprum lebih daripada 20 p.p.m. (bahagian dalam sejuta) adalah tidak sesuai dimakan oleh ternakan bebiri untuk jangka panjang.
KAWALAN KESIHATAN
Penjagaan kesihatan bebiri adalah satu perkara yang amat penting dan perlu difahami oleh setiap penternak. Bebiri yang tidak sihat akan merugikan para penternak dari segi berikut:
  • ternakan senang mendapat penyakit
  • ternakan yang sakit pada amnya tidak akan membiak
  • ternakan kurang selera makan dan produktiviti menurun
  • kematian akan meningkat
  • kos perubatan akan meningkat
  • prestasi akan menurun dan merugikan oenternak
Oleh kerana itu para penternak perlu mengetahui tanda-tanda penyakit dan cara-cara pencegahan dan pengawalannya. Mencegah lebih baik dari mengubati. Apabila ternakan telah sakit peluang untuk sembuh adalah tipis dan produktiviti akan menurun. Bagi para penternak yang baru, mengenal penyakit tertentu mungkin sukar tetapi apa yang patut diketahui adalah perbezaan antara ternakan sakit dan sihat. Pada amnya tanda-tanda Keadaan tersebut bolehlah dibezakan seperti berikut.
Bebiri Sihat Bebiri Sakit
Kelihatan segak, cergas dan aktif Monyok dan kelihatan tidak bermaya
Bulu kernas, teratur dan lebih bersih. Bulu kusut, kering dan mudah gugur
Berselera makan. Tidak mahu makan
Sentiasa berada dalam kumpulan dan berdamping dengan ternakan lain. Mengasingkan diri dan selalu ketinggalan dari kumpulan
Mata, hidung dan mulut bersih. Mata, hidung dan mulut berair atau berhingus
Tahi keras, bulat dan kurang berbau. Tahi tidak bulat / terlalu cair
Gempal dan tegap Badan kurus kering
Penyakit yang sering dihidapi oleh bebiri.
  1. Penyakit Cacing
  2. Coccidiosis
  3. Penyakit Puru (Contagious ecthyma)
  4. Penyakit Kembung
  5. Penyakit Paru-paru/Selsema/Sejuk
  6. Cirit-birit
  7. Kurang Darah
  8. Kancing Gigi (Tetanus)
  9. Luka
  10. Penyakit Kuning (Jaundice) akibat Keracunan
  11. Penyakit Kutu/Kurap
  12. Sakit Mata (Conjuctivitis)
  13. Penyakit Buruk Kuku (Foot Rot)
Penyakit-penyakit yang perlu dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dengan segera untuk tindakan
  1. Penyakit Kuku dan Mulut
  2. Penyakit Caseous Lymphadenitis
  3. Penyakit Melioidosis
  4. Penyakit Brucellosis
  5. Penyakit Clostridlum
  6. Penyakit Pasteurellosis
  7. Penyakit Lidah Biru
PEMBIAKAN
Umur Dewasa Bebiri
Bebiri akan mula membiak apabila mencapai umur 6 – 9 bulan Kematangan bebiri itu bergantung kepada faktor-faktor berikut:
Faktor Keterangan
Baka bebiri Baka yang kecil seperti baka bebiri tempatan lebih cepat matang dari jenis besar
Keadaan makanan Bebiri yang mendapat makanan yang cukup dan berkualiti baik akan mencapai kedewasaan lebih cepat.
Keadaan sekeilling Bebiri yang berasal dari negara tropika lebih cepat dewasa jika dibandingkan dengan bebiri di negara-negara dingin.
Kedewasaan bebiri dari segi tubuh badan akan dicapai pada 1- 2 tahun. Umur yang baik bagi membiakkan bebiri betina pada peringkat 15 bulan dan yang jantan 18 bulan.
Sifat Reproduksi
  • Kitaran berahi/jarak berahi: 15 – 20 hari secara purata 17 hari
  • Lama berahi : 20 – 42 jam atau purata 30 jam
Tanda-tanda berahi
  • Gelisah dan mengembek
  • Nafsu makan berkurang
  • Suka memanjat bebiri lain
  • Kerap berdamping dengan bebiri jantan
  • Kemaluan membengkak dan kemerah-merahan
  • Keluar cairan/lendir dari kemaluan
  • Suka mengoyang-goyangkan ekor
  • Rela dirinya dipanjat dan dikahwini
Jangka masa bunting
144 – 152 hari atau purata 148 hari(lebih kurang 5 bulan)
Jarak kelahiran
Jarak kelahiran yang biasa didapati pada bebiri tempatan di Malaysia adalah 6-8 bulan. Dengan kadar kelahiran kernbar sebanyak 10 – 20% adalah dijangka purata bilangan anak yang boleh dliperolehi dalam setahun ialah 1.4 – 1.5 ekor anak untuk seekor ibu (ataupun 3 ekor anak dalam masa 2 tahun).

No comments:

Post a Comment