Kejayaan Menetaskan Telur Dengan Inkubator
Tidak semua telur yang
dimasukkan ke dalam inkubator akan berjaya ditetas. Bagi pengusaha yang baru
belajar menggunakan inkubator, sudah pasti mudah berputus asa dan menyalahkan
inkubator. Sebenarnya, bagi pengusaha-pengusaha baru, jika 40%-60% telur
berjaya ditetas, sudah memadai untuk dikatakan sebagai berjaya!
Bagi yang telah
berpuluh-puluh tahun berkecimpung dalam bidang ini, belum tentu mereka dapat
menetaskan 100% telur-telur tersebut.Betul tak?
Daripada perkongsian
maklumat bersama pengusaha-pengusaha didapati beberapa perkara yang perlu
diberi perhatian untuk memaksimakan peratusan tetasan telur.
Antaranya ialah:
1.Telur mestilah bersih,
kering dan bebas hama. Telur yang kotor dan basah dikhuatiri takkan menetas.
Kalau boleh cuci kulit telur sampai bersih dengan kain kesat atau kertas pasir
halus tapi pastikan tidak digosok terlalu kuat hingga retak atau kulit menjadi
nipis.Kalau tuan-tuan pernah tengok telur kotor & basah yang boleh menetas
tolong beritahu saya!
2. Telur tidak boleh
dibiarkan lebih seminggu dari tarikh telur keluar dari rahim ibu ayam. Kalau
tuan-tuan pernah berjaya tetaskan telur yang terbiar lama sila maklumkan kepada
saya!
3. Kedudukan inkubator
mestilah di tempat yang tertutup supaya suhu persekitaran terkawal. Bebas dari
pancaran matahari dan tiupan angin. Bayangkan inkubator itu seperti ibu ayam
yang sedang mengeram. Sudah tentu dia tidak suka mengeram di tempat yang terang
dan terbuka. Betul tak?
4. Pastikan inkubator
bebas daripada kuman,hama dan seumpama dengannnya.
5. Set suhu pada
termostat hingga bacaan termometer berada antara 38-40 C sebelum memasukkan
telur. Julat yang terlalu besar kurang bagus. Seeloknya lampu terpadam bila
suhu naik sehingga 39 C atau turun sehingga 37 C.
6. Kelembapan inkubator
perlu dikawal. Inkubator manual yang menggunakan bekas air untuk mengawal
kelembapan perlu sentiasa mempunyai air. Kereta kita pun perlukan air bateri
kan? Kalau air bateri kering apa akan jadi?
7. Peneropongan telur
perlu dibuat pada hari ke-3, ke-14 dan ke-18 untuk memastikan berlakunya
persenyawaan. Boleh dibuat secara manual dengan meneropong dengan “torch light”
di tempat gelap. Kalau nampak ada urat-urat merah tu, INSYAALLAH tanda-tanda
kejayaan!
8. Telur perlu diputar
sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi memastikan embrio tidak melekat pada
kulit dan keseluruhan telur mendapat kepanasan yang sekata. Kalau rajin, boleh
alih setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik kerana ada penternak yang
mendapat penetasan telur 90% dengan cara ini. Telur tidak dialih pada hari
ke-18 dan pastikan bahagian merekah berada di atas kerana waktu itu anak ayam
dah mula nak keluar. Kalau alih nanti takut cecair tumpah.
9. Kadangkala kita tengok
ibu ayam meninggalkan telur tanpa dieram selama beberapa ketika untuk cari
makan atau berguling-guling di atas pasir. Tingkahlaku tersebut ialah untuk
mendinginkan telur. Kita boleh meniru aksi tersebut dengan membuka inkubator
selama 10-15 minit atau keluarkan telur tersebut untuk diteropong.
10. Menjelang hari ke-18,
kelembapan perlu ditambah untuk memudahkan pemecahan cengkerang.
11. Bila anak ayam dah
keluar, ia perlu dibiarkan sehari semalam tanpa makan dan minum di dalam
inkubator untuk mengeringkan bulunya sebelum dialih ke kotak D.O.C (Day of
Chicken) yang dipasang lampu sebagai sumber pemanas. Boleh guna lampu 5 watt.
INSYAALLAH semoga rezeki
kita diberkati. Tanda-tanda rezeki yang berkat ialah semakin rezeki bertambah,
semakin kuat kita beribadat. Bukannya bila ayam-ayam bertambah banyak, kita
semakin sibuk hingga tak sempat nak sembahyang.
Inkubator
atau Alat Penetasan Telur Ayam
Salam
semua,
Aku start belajar pasal alat penetasan telur ayam ni sejak bulan Julai 2009.
Mula-mula ingat senang je nak tetaskan telur ayam. Bila dah dapat inkubator
baru aku tau rupa-rupanya susah jugak nak menjaga telur ni dari mula telur ni
keluar dari ibu ayam hingga menetas. Walaubagaimanapun lepas aku kenal dengan
sifu aku, Saiful dari citypullagro
barulah aku berjaya menetaskan anak ayam dan membesarkan anak ayam.
Sebenarnya ada benda mudah yang menjadi sukar bila kita kurang faham tentang
inkubator. Contohnya masa nak pusingkan telur ayam tu, sebelum ni kalau ada 50
biji telur ayam dalam inkubator maka aku akan pusingkan satu-satu dengan
berhati-hati. Mahu berpeluh aku pusingkan telur ayam tu, yelah... setiap hari
kalau boleh nak kena tiga kali pusingkan telur ayam tu. Lepas jumpa Saiful baru
aku tahu cara mudah pusingkan telur-telur ayam tu, buat macam main mahjong tu
aje.. Tak sampai 30 saat dah siap pusing.
Selain tu, antara yang penting ialah candling sebab nak tengok telur ayam tu
ada benih atau tak. Mula-mula aku guna tong biskut kosong then letak lampu...
Memang susah jugaklah nak nampak, lama-lama aku guna lampu suluh je... Lagi
satu kerja yang sukar menjadi mudah. Bagi yang dah expert dengan pegang telur
pun tahu sama ada telur tu ada benih atau tak.
Lepas dah menetas, penjagaan anak ayam pun penting dalam masa 2-3 hari pertama.
Aku dulu tengok anak ayam tu susah nak berjalan dan asyik jatuh je aku ingat
anak ayam tu lemah tak makan. Aku yang baik hati ni pun bagilah anak ayam tu
makan dan minum. Itu adalah satu perkara yang paling tak wajar dilakukan. Anak
ayam yang baru je menetas memang masih lemah dan belum kuat kakinya untuk
berjalan. Lepas 2-3 hari dalam inkubator bulu anak ayam akan kering dan dah
boleh berlari-lari dalam inkubator.
Lagi satu perkara tak wajar yang aku buat ialah tolong anak ayam tu menetas
dengan tolong kopek sikit-sikit telur ayam tu lepas anak ayam mula menebuk. Ini
adalah tak patut dilakukan sama sekali pada pendapat aku. Anak ayam tu belum
keluar sebab belum masanya lagi dia keluar walaupun dah berjam-jam dari masa
mula menebuk. Oleh itu, apa yang perlu kita buat hanyalah memerhatikan saja
atau biarkan sahaja anak ayam itu menetas dengan sendiri.
Aku tulis semua ni bukan ape, sekadar berkongsi pengalaman yang aku ada dalam
bidang penetasan telur ni. Aku amat berpuas hati bila lihat anak ayam tu
membesar depan mata aku sendiri. Bagi aku, segala perkara di dunia ni jika kita
ada ilmu yang cukup pasti kita berjaya melakukannya. Bagi aku, untuk penetasan
telur ayam aku dah berjaya. Sekarang aku tolong orang kampung aku tetaskan
telur ayam, itik dan angsa. Itik dan angsa ni masih lagi dalam proses
pembelajaran sebab aku belum lagi berjaya menetaskan telur itik dan angsa. Aku
amat berterima kasih pada akak yang sudi bagi telur angsa dan itik untuk tujuan
pembelajaran aku. Sebagai balasan setiap telur ayam/itik/angsa yang akak tu
bagi jika menetas aku tak ambik upah apa pun, semuanya aku berikan pada akak
tu.
Setakat ni dah beratus ringgit jugalah aku dapat hasil daripada penjualan anak
ayam kampung ori, sebab tu sekarang aku nak start projek penetasan anak ayam
kampung ori. Aku harap dengan pendedahan aku pasal penetasan telur ni mampu
membantu mereka-mereka yang baru atau bakal membeli inkubator. Jika ada sesiapa
yang ingin membeli inkubator bolehlah melawat blog citypullagro . Aku cadangkan
citypull sebab saudara Saiful tu menjual inkubator dengan harga yang paling
rendah pernah aku jumpa dengan rekabentuk inkubator yang menarik dan
menggunakan teknologi force air. Bukan setakat dari Semenanjung Malaysia, malah
mereka dari Sabah dan Sarawak pun ada membeli inkubator dari beliau.
Dibawah aku sertakan perkara yang perlu dan yang jangan dibuat semasa melakukan
kerja-kerja penetasan telur menggunakan inkubator:
Yang perlu dibuat:-
1. Pusingkan telur 2-3 kali sehari.
2. Periksa air dalam bekas/dulang jika inkubator anda adalah daripada jenis
still air.
3. Tuliskan hari terakhir telur menetas. Paling lewat anak ayam akan menetas
pada hari ke
21 sejak dari hari telur dimasukkan dalam inkubator.
4. Lakukan candling pada hari ke-6.
5. Pastikan telur kurang dari 7 hari dari hari telur keluar dari ibu ayam.
6. Pastikan gunakan pensel untuk menulis tarikh pada telur.
7. Pastikan anak ayam yang dikeluarkan daripada inkubator diletakkan di bawah
mentol
lampu biasa.
8. Sentiasa periksa suhu inkubator, boleh terjadi kes dimana anak ayam yang
menetas mati
akibat suhu yang terlampau panas. Ada juga kes dimana inkubator di off tanpa
kita sedari.
Yang jangan dibuat:-
1. Jangan basuh telur ayam dengan air.
2. Jangan tulis tarikh pada telur dengan marker pen, kaler magic atau apa-apa
selain dari pensel. Bagi yang dah terguna marker boleh je teruskan letak telur
dalam inkubator, kuasa Allah takde sape mampu menghalang. Nanti lepas 21 hari
boleh kongsi result sama-sama.
3. Jangan lupa pusingkan telur.
4. Jangan kopek kulit telur ayam apabila anak ayam mula menebuk. Tapi
terpulanglah jika nak bantu juga, tak salah... tapi risiko tanggung sendirilah
ye.
5. Jangan paksa anak ayam yang umur sehari dua untuk makan dan minum.
6. Jangan guna mentol/lampu energy saver untuk anak ayam sebab lampu energy
saver tu
biasanya tidak ada haba yang mampu memanaskan anak ayam.
7. Jangan biarkan telur yang sudah melebihi 21 hari di dalam inkubator anda. Anda
akan terdedah risiko telur tersebut meletup di dalam inkubator jika membiarkan
telur yang sudah melebihi 21 hari masih berada di dalam inkubator. Kalau telur
dah mmeletup tu hurrrrmmmmm dia punya aroma memang boleh pengsan!!!!
Hehehehe... Aku dah terkena dua kali.. Cooobaaannn!!!
Apa apa pun, ini hanyalah perkongsian ilmu yang aku ada. Moga mampu menjadi
panduan. Anda semua boleh juga melakukan kajian untuk meningkatkan peratusan
telur ayam menetas. Aku banyak belajar dari saudara Saiful, citypullagro
tentang inkubator ni.
AMARAN!!!! Jika telur ayam anda tiada benih setelah
dicandling, walaupun penjual inkubator anda memberitahu inkubator yang dijual
mempunyai tahap penetasan 100% maka tidak akan menetas jualah telur ayam itu,
melainkan dengan kuasa Allah...
Errr... aku confuse juga bila ada orang bertanya
kadar penetasan telur untuk setiap inkubator... oppsss!!!!
PROSES
PENGERAMAN TELUR MENGGUNAKAN INKUBATOR
Inkubator adalah sebuah mesin
yang direka bagi menggantikan proses pengeraman oleh induk haiwan yang mana ia
mempunyai satu sistem kawalan bagi mengawal suhu, kelembapan dan keadaan lain
yang diperlukan bagi menetaskan telur haiwan tersebut.
Biasanya bagi telur unggas seperti ayam, itik dan sebagainya , suhu yang di
gunakan adalah sekitar 37.5 – 39.5oC dalam tempoh pengeraman yang berbeza bagi
setiap spesis. Pada hari ini, inkubator digunakan secara meluas dalam industri
penternakan sama ada kecil, sederhana atau besar.
MENGAPA PERLUKAN INKUBATOR ?
- Induk/ayam
betina akan bertelur sepanjang tahun tanpa perlu melalui tempoh
pengeraman, ini akan menambah kuantiti telur yang dihasilkan.
- Kadar tumbesaran
dan waktu penetasan anak ayam boleh diseragamkan, anak ayam yang menetas
serentak juga dapat menjimatkan ruang didikan kerana tiada ibu ayam
diperlukan, ini memudahkan proses penternakan.
- Kurang
ancaman dari pemangsa seperti biawak, ular, monyet, musang dan sebagainya
serta terlindung dari kesejukan akibat persekitaran semulajadi.
- Ancaman
pembawa penyakit seperti bakteria, kulat, hama, serangga, semut dan
sebagainya dapat dikurangkan.
- Kurang
risiko kerosakan telur akibat induk/ibu ayam, seperti telur pecah dipijak,
dipatuk dan dimakan, mengeram ketika bulu basah, telur tidak tereram
akibat saiz badan induk yang kecil, telur/sarang ditinggalkan dan
sebagainya.
- Dapat
menyelamatkan telur-telur yang ditinggalkan oleh induk/ibu ayam ketika
tempoh pengeraman masih belum tamat contohnya ditinggalkan pada hari ke-15
dan sebagainya.
TEMPOHMASA
Mesin inkubator tersebut dapat keluarkan anak ayam sekitar 200 ~ 230 ekor
setiap pusingan. Tempoh tetas adalah 21 hari. Pada hari ke-20 anak telah
menebuk, dalam tempoh 24 jam anak ayam akan menebuk sekeliling telur dan
penetasan berlaku.
Harga
dedak melambung?
Salam semua,
Teman nak berkongsi sedikit mengenai harga dedak dipasaran negara kita yang
selalunya membuatkan penternak menjadi gelisah dan kadangkala macam dah nak
putus asa. kalau dulu2 dalam lingkungan 4-5 tahun dahulu harga dedak dalam
lingkungan RM30-40 seguni tapi skang teman percaya dah mencecah lebih dari RM
100 kan? Mungkin harga ini agak berbeza dari tempat anda berada sekarang. Apa2
pun harganya memang sekarang macam tak berbaloi tambahan kita yang
menternak secara kecil2an dan hanya membeli secara runcit dengan jumlah
ynag kecil. Harganya pasti akan sangat tinggi.
Teman duk tercara2 juga apa puncanya..adakah ini adalah satu konspirasi orang
tengah atau pengeluar untuk mendapat keuntungan segera atau ianya melibatkan
pemain besar ynag mengimport atau menghasilkan makanan ini. Akhirnya dapat
teman simpulkan dengan sebab2 seperti yang teman listkan dibawah.
1. Negara pengeluar seperti India dan China kini mengurangkan eksport produk
ini bagi menampung keperluan dalam negara mereka sendiri berikutan permintaan
yang sedang meningkat dan peningkatan taraf ekonomi negara mereka. Apabila
jumlah eksport atau jumlah pengeluaran kurang dari jumlah permintaan, harga
jagung ini akan meningkat.
2. dengan kenaikan harga minyak, negara2 maju dan negara yang terlibat telah
memproses jagung kepada etanol( bahan bakar) yang seterusnya meningkatkan
permintaan kepada jagung ini berlipat ganda dan mengurangkan stock simpanan
jagung dunia. Akhirnya suasana kekuragan bahan ini menekan pasaran dan harga
akan melambung tinggi.
Seperti yang semua orang tahu, dedak ayam mengandungi hampir 50% jagung dalam
pembuatannya. Manakala dalam pembuatan palet makanan ikan pula pengeluar akan
menggunakan jagung jenis tepung atau kisaran halus dalam risipi mereka.
Kebergantungan kita terhadap jagung untuk menternak adalah sangat kritikal.
Oleh itu kos makanan yang sangat tinggi terpaksa ditelan bulat2 oleh penternak
dan kadar keuntungan pada pengujungnya adalah sangat nipis atau lebih teruk
lagi langsung tak pulang modal.
Namun terpikirkah kita yang sebenarnya kita sangat bertuah kerana rata2 tanah
dinegara kita sangat subur dan sangat sesuai untuk kita menanam sendiri jagung
ini. Biasanya orang kita kalau nak menanam jagung lebih mengira untuk
menjualnya sebagai bahan hiliran makanan kepada manusia tetapi bukan untuk
ternakan. Mungkin anggapan jagung ini terlalu berharga dan lebih menguntungkan
kalau kita menjual sebagai makanan manusia.
Kita juga mungkin berpendapat yang jagung yang akan kita tanam ( mungkin jagung
manis) tak sesuai untuk diberi makan kepada ternakan. Kita juga beranggapan
yang jagung kering yang kita beli untuk ternakan adalah dari jenis khas atau
istimawa untuk ternakan sahaja. Yang paling silap sekali kita beranggapan yang
kita akan mendapat lebih untung sekiranya kita membeli seguni (rm50) dari pada
kita menanam sendiri.
Cara terbaik adalah kita perlu menternak dengan menanam sendiri jagung ini
kerana 50% kebergantungan makanan ternakan. Cara penanaman jagung adalah sangat
mudah dan hanya memerlukan kos yang minima. Cuma cara pengurusan kita yang
diperluaskan bagi memastikan jumlah jagung yang dihasilkan cukup dan mampu
untuk menampung keperluan ternakan kita.
Kita mungkin tertanya soalan seperti dibawah:
1. Kat mana nak tanam?
-kita leh tanam kat keliling reban atau kawasan lapang terbiar. paling teruk
pun kita leh tanam kat tepi jalan yang kurang trafik.
2. Kat mana nak carik benih?
-beli je kat pengeluar benih. tapi beli secara pukal.. baru murah.. aritu beli
kat mardi sekilo benih baru rm 10 tak silap.. sekilo banyak tu...
3. macam mana nak tanam?
paling senang.. buat batas kecik, gemburkan ngan tahi ayam, tunggu kejap, masuk
benih pastu siram..
4. Abih berapa lama nak tuai?
alah.. dalam 3 bulan leh tuai dah.
5. nak biar semua semua putik tumbuh ke nak biar satu je?
kalau elok biar satu je yg tinggal.. yg bahagian bawah sekali.. yg lain petik
masa ngah kecik n leh jual sebagai baby corn.. ( putik jagung)
6. cam mana nak buat jadi bijik?
masa lagi seminggu nak tuai tu potong pokok di bahagian atas buah jagung.. daun
yg dipotong tu leh buat makanan samada diperam atau dibagi terus. Pastu bukak
kulit jagung tu tinggalkan tongkol jagung je. Pokok ngan jagung yg dah togel tu
dibiarkan kering sendiri kat pokok. dah kering terus petik n leh simpan dulu.
pastu.. bila nak pakai just kopek ja biji tu dari tongkol.. leh guna teknik
gesel sesama tongkol atau buat alat pelerai dia.
kalau nak jadi halus leh anta pi kedai untuk kisar atau kalau ada modal
beli pengisar manual tu ( dalam rm 200je).
Pastu nak buat dedak ayam, leh proses dedak sendiri atau bagi terus kepada
ternakan.
7. Camana nak pastikan stock selalu ada?
Tanam secara berperingkat atau tanam byk sekali dan simpan selepas kering.
Jagung kering tu leh tahan sampai 2-3 bulan kalau cara simpannya betul..( lebih
lama dari tu pun leh)
8. Ada cara mudah lagi dari tu tak selain dari tanam sendiri?
- ada.. takyah menternak. lagi mudahkan? hehehe
So itu jelah celoteh teman pada kali ini.. nak buat camana, untuk hidup
bernafas dengan harga yang melambung skang ini, terpaksalah kita menjadi petani
jagung jugak walaupun kita hanyalah penternak.. Jangan lupa nak disulamkan
dengan rumput napier agar ternakan kita dapat khasiat yg mencukupi untuk
tumbuhsaran yang baik.