Wednesday, May 31, 2017

paprik ayam paling ringkas dn senang

Assalammualaikum ..
hri ni sya nak kongsi masak paprik ayam paling ringkas dn senang《 x perlu sos tiram sos sotong》

bahan
5 ketol ayam 《dipotong kecil》
3 sudu besar cili blnder
1 sudu besar cili sos
1 sudu kecil gula pasir
7 sudu besar kicap lemak manis *(saya guna jalen)
1 batng serai
3 helai daum limau purut
4 batng kacang panjang(potong)
9 batng cili api (diketuk)
4 ulas bawng putih( ketuk)
1 biji bawang (besar hiris2)
setengah cawn air kalau nl kuah masuk lebih air

cara nya...
pans minyak sya agak je untuk goreng ayam
jagn gareng masak (ambar2)...pas tu keluar kn minyak sikit buat untk tumis bawang putih dh naik bau wangi masuk cili blndee n gula tumis. hinga pech minyak gareng dn masuk sos cili,serai bawng besar hiris... air ayam...aji namoto cili api ketuk n daun limau purut.air..biar melegak...last masuk kacang panjang 2 minit kacau tutup api kacng panjang x terlalu masak...

😃😃😃😃

credit : Umi Hayati

Tuesday, May 30, 2017

Remote Astro

Silakan Share....& tag kawan anda

Pernah terfikir kenapa ada button "TV" tapi takleh pakai. Rupanya kena setting dulu. Caranya:

1- Halakan remote astro ke TV
2- Tekan lama "OK" dan "TV" serentak, sampai lampu LED di remote berkelip 2 kali
3- Masukkan 4 kod mengikut jenama TV
4- Lampu LED remote akan berkelip 2 kali
5- Kawal sound TV. Tekan lama "OK" dan "Vol +" serentak, sampai lampu LED di remote berkelip 2 kali
6- Boleh test button
7- Sekarang remote tu dah boleh tutup, kawal suara dan mute TV guna remote astro

Untuk reset remote
1- Halakan remote astro ke TV
2- Tekan lama "OK" dan "TV" serentak, sampai lampu LED di remote berkelip 2 kali
3- Masukkan kod "977"

Kredit fb @Asrol Mania

Kod mengikut jenama TV. Kalau 4 kod pertama tak dapat atau tak berfungsi dengan betul, cuba 4 kod seterusnya.

SAMSUNG
0060 0812 0618 0178 0587 0009 0093 0556 1235 0108 0037 0217 0264 0370 0072 0156 1208 0766 0814 0216 0290 0821 0163

SONY
1825 1505 0011 1651 0036 0650 1010 0037 0056 0093 0170 0074

PHILIPS
0037 0556 1744 0772 1246 1304 0178 0108 0195 0087 0374 0760 0343 0595 0009 0200 0361 1521

PANASONIC
0650 0226 1650 1636 0108 1310 0037 0556 0163 1208 0508 0896 0361 0853 1335 0367 0516 0548 0001

TOSHIBA
1508 0508 0060 0009 0714 0036 0156 1656 0070 0093 2060 0264 1935 0412 1164 0618 1582 0650 0821 1704 0217 0109 1457 1916 1908 0698 0037 0736 1556 1037

LG
1423 0001 0178 0037 0556 0876 0370 1768 0377 0009 0714 0060 0217 0108 0216 0290 0163 0606 0109 0689 0715 0823 0829 1556 1191 0247 0367 1681 1539

PIONEER
1260 0760 0011 1070 1457 0698 0109 0037 0287 0556 0428 0370 0343 0361 0486 0512

SHARP
0093 0009 1393 0036 0491 0818 0256 1819 0650 0294 0653 0412 0516 0200 0760 2214

JVC
0653 1818 0036 1153 0606 1653 0371 0508 0731 0683 0192 0218 0418 0093 0650

Kerabu Kelantan Biru Original Paling Simple!

Kerabu Kelantan Biru Original Paling Simple! Tapi sedap!! Ramai orang ingat susah nak buat nasi kerabu ni, tapi sebenarnya semang je..

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

KUASA VIRAL! INGIN PERNIAGAAN ANDA DIKENALI RAMAI?🍜🍛🍰🎂

Tips mudah :
1. Re-New branding. Cari konsep yang menarik, cari tarikan utk org kenali perniagaan kita, ctg : kedai makan, blh buat konsep hipster, artis, taman, atau klasik - anda boleh gantung pelbagai gambar dan barang2 klasik dlm kedai anda, barang2 yg dah lama tu blh la buang, ganti yg baru, sbb keselesaan pelanggan adalah perkara penting utk mereka dtg lagi dan ini blh menberi suasana unik dan org akan jadikan tempat yang wajib cuba utk bergambar, skrg IG adalah trand remaja.
2. Systematic - Pekerja, susun atur dan juga perjalanan perniagaan, tak boleh tangkap muat, pakaian pekerja kena jaga, kebersihan dan juga alatan yang dipakai. Pastikan sedap mata memandang, biar murah tp cantik
3. Kualiti dan kuantiti - Jangan letak harga murah tp makanan tak ada kualiti langsung, letak harga berpatutan dgn kualiti yang tidak kedekut beserta kualiti yang memuaskan, bandingkan perniagaan kta dengan perniagaan yang dah berjaya, bukan nak tiru tapi nak tgk positif dan negetif yg harus dibuang dan dikekalkan.
4. Promosi - Perkara ini sgt penting! skrg media sosial menjadi kegilaan ramai. Satu post yg menari blh viral, apasalahnya klu kita simpan sedikit kos utk promotkan jenama dan barangan kita, itu adalah pelaburan bijak yang membantu perniagaan, jangan kedekut utk org kenali kita! (PM Admin).
5. Usaha sudah, tawakal juga penting. Doa dan minta pada Allah..

Selamat berniaga!!

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

RESEPI NASI KERABU
Nasi Kerabu terdiri daripada beras, campuran herba & sayur-sayuran (ulam), sambal ikan kerisi dan sambal kelapa. Beras warna biru hasil daripada memasak dalam bunga telang.

Beberapa orang mengatakan bunga telang mempunyai beberapa manfaat kesihatan tetapi ia tidak terbukti secara saintifik. Jomlah cuba memasak resepi nasi kerabu kelantan yang menyelerakan ini.

Bahan
Nasi Biru:
1 cawan nasi
8 bunga telang (saya tak jumpa bunga ni, jadi saya tukar kpd pewarna natural)
2 daun limau purut
1 serai
Sambal Ikan Kerisi
1 Mackerel, keluarkan dagingnya
80 gram kelapa parut
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
4 bawang merah
1 cm halia, dikupas
1/4 sudu kecil serbuk lada putih


Sambal kelapa
3 biji cili kering, direndam dengan air panas untuk melembutkan
4 bawang merah, dikupas
300 ml santan
1 keping Asam Gelugur
1 batang serai
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil sos ikan bilis

Cara memasak nasi biru
resepi nasi kerabu kelantan biru original simple 02
1. Cuci beras lalu longkang.
2. Rendam beras dengan air bunga telang selama 10 minit.
3. Masukkan daun limau purut dan serai, lalu masak beras seperti biasa.

Cara memasak sambal ikan kerisi
Goreng kering kelapa parut di dalam kuali hingga kekuningan
Tumbuk halia dan bawang merah di dalam alu.
Masukkan kelapa parut dan bahan-bahan lainnya, tumbuk hingga gaul dengan baik. Jika anda tidak mempunyai alu dan mortar, gunakan pengisar atau blender.

Cara memasak sambal kelapa
1. Campur cili kering dan bawang merah ke dalam pengisar.
2. Masukkan santan ke dalam periuk lalu tambahkan campuran cili kering dan bawang merah, asam gelugur, dan serai.
3. Reneh perlahan-lahan, kacau senantiasa selama 10 minit sehinga memisahkan minyak.
4. Tambah gula, garam, dan sos ikan bilis

Hidangkan nasi biru, sambal kelapa, dan sambal ikan kerisi bersama ulam, keropok, telur masin, ikan goreng tepung, daging bakar dan ayam goreng. Nasi kerabu kelantan yang menyelerakan siap dihidangkan.

P/s: klu nk lebih fhm blh tgk video, video 1,2 adalah step full.

Video kredit to : Amelia Edrus

*Jemput la share dan tag kawan2

Sunday, May 28, 2017

Teh tarik sedap

memang sedap sgt.. mabeles.. dah tak payah pegi kedai mamak nak minum teh tarik.. buat sendiri lagi sedap.. terjamin bersih.. saper setuju

Bahan2
5/6 uncang teh.
Air
Susu cair
Susu pekat
Garam secubit.

Sediakan periuk..masukkan air..masuk uncang teh. Biar menggelegak & warna teh jadi gelap.. Baru masukkan susu cair..susu pekat & garam secubit. Takde sukatan susu.. ikut rasa masing2.. nak manis ke nk kurang manis.. masak sampai mendidih.. siap..
.
.
KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
.
JOIN Group FB fb.com/groups/kamisukamasak
JOIN Group Telegram t.me/iburesepiku
.
Kredit Resepi - Chek Kuna Ahmad (mahn)
#iburesepi

Monday, May 22, 2017

KARI IKAN DURI INDIAN STYLE NO COCONUT MILK @ SANTAN.


#LaukKesyukuran KARI IKAN DURI INDIAN STYLE NO COCONUT MILK @ SANTAN.
Bahan2.
Ikan duri @ apa saja ikan.
1 labu bawang besar dihiris
2 packet serbuk kari BABAS (ikan sy 4ekor dipotong 2)
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan halba campur.
3 helai daun kari
Air asam jawa pekat. Sbb nk masam.
Air suam
. Garam.
3 sudu makan cili serbuk BABAS.
Bahan2 kisar.
3 ulas bawang putih.
5 ulas bwg merah / 2 labu bwg merah sederhana.
Sebesar ibu jari halia.
1 inci kunyit hidup.
Cara2.
(api kena slow sbb nnt hangit rempah)
minyak panaskan tumis dulu jintan putih.masuk halba campur.garing.bwg hiris.garing brown color.masuk daun kari.garing aroma terbit.masuk bahan kisar.garing terbit minyak.masukkan cili serbuk.rempah kari + air sikit.sentiasa gaul.pastikan semua bahan WAJIB garing kalau tak nanti rempah tak masak.kalau kering masuk kan air sikit shja.betul2 garing.colour kari cantik.masukkan air asam jawa.waktu nie boleh sederhana api.. Kari ikan indian style kena masam2 sikit.tambahkan air utk kuahnya.merenih masukkan tomato dan ikan.perasakan garam.mendidih masukkan bendi.masak dalam 5-7minit. Siaapp angkat.! . KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE” (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda) TQ ^^ . . Selamat mencuba.. Jangan lupa share.. .
x

x

Bahan-bahan Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

Bahan-bahan Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

Sumber : iresepi.com

200 gram daging
pewarna merah
1 senduk minyak masak
1 inci halia, hiris nipis
3 ulas bawang putih, diketuk
5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
1/4 cawan cili kisar
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 helai daun limau purut
3 batang kacang panjang, potong 2 inci
4 biji jagung muda, potong memanjang
sedikit tepung jagung
Karot, potong memanjang

Cara Penyediaan Daging Masak Merah Ala Thai

Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.

Asam Pedas Ikan Kembung

Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan-bahannya

3-5 ekor ikan kembung ( disiang dan dibersihkan)
10-20 cili kering ( dikisar)
1 labu bawang besar ( dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia ( dikisar)
1/2 inci kunyit (dikisar)
sedikit belacan ( option)
2 biji Tomato ( di kisar)
sedikit daun kesum
4-8 biji bendi
Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
garam, gula & perasa.

Cara membuatnya

1. Tumis bahan kisar dan belacan ( jika suka) kecuali buah tomato hingga naik minyak.
2. Masukkan buah tomato kisar, air asam jawa dan air secukupnya.
3. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.
4. Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan last masukkan daun kesum.
5. Kacau seketika dan angkat.

Resepi Ayam Masak Halia Paling Sedap

Resepi Ayam Masak Halia Paling Sedap

BAHAN-BAHAN:

500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:

Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

Tips:
Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.

RESEPI SERIMUKA PANDAN





RESEPI SERIMUKA PANDAN




Bahan-bahan:(Loyang 10x10x2")


Bahan Lapisan Bawah:

500 gm beras pulut
250ml santan pekat (asal 300ml)
250 ml air (asal 300 ml)
1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar)

Cara:

1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(saya rendam 2 jam)

2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering.

3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit.

4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati.

5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat.

6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan)

Bahan Lapisan Atas:

Bahan A

250 gm gula kastor/ 200 gm gula pasir
80 gm tepung kastad
400 ml santan pekat
400 ml air
20 gm daun pandan (diblender bersama air di atas)

Bahan B

3 biji telur | dipukul rata
1/2 sudu kecil garam halus
1/4 sudu kecil esen pandan
Pewarna hijau secukupnya

Cara:

1.Satukan semua bahan A dan kacau rata.

2.Masukkan bahan B dan kacau sehingga rata.

3.Tapis dan masukkan ke dalam periuk.Masak sehingga naik wap.

4.Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

BAHAN-BAHAN :-
2 1/2 cawan tepung beras
1/2 tepung sagu / tepung ubi
1 cawan gula
1 sudu kecil esen rose
4 cawan air
Daun pandan

CARA-CARA:-
1. Masukkan tepung beras dan tepung sagu kedalam mangkuk dan gaulkan bersama 2 cawan air dan diketepikan.
2. Masakkan guka bersama 2 cawan air bersama daun pandan hingga mendidih dan disejukkan hingga suam.
3. Tuangkan air gula kedalam adunan tepung tadi dan digaul rata..seterusnya ditapis.
4. Masukkan esen rose dan gaul rata.Asingkan kepada 2 atau 3 bahagian dan diwarnakan mengikut warna kegemaran masing-masing.
5. Panaskan periuk kukus. Sebaik mendidih..letakkan acuan didalam periuk dan dibiarkan panas selama 5 minit.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
7. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan.

SELAMAT MENCUBA.

Nasi Goreng Seafood Special



Nasi Goreng Seafood Special




Bahan-bahan:

2-3 mangkuk nasi putih

1 biji bawang merah - saiz besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit sawi (dipotong)
1 genggam isi kerang
5-6 ekor udang (sederhana besar)
4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
1 sudu cili giling
1 sudu besar sos tiram
2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
Sedikit minyak masak/minyak bijan
Garam dan secukup rasa
Daun sup dan timun (untuk hiasan)

Cara-cara:
1.Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
2.Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/hiris. Kacau rata.
3.Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
4.Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
5.Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
6.Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.
7.Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.
8Hiaskan dengan daun sup dan timun.

Resepi Grilled Steak





Resepi Grilled Steak


4 keping daging Steak

4 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah jika suka )


* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk. Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.

** Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.


Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam


1 labu bawang besar ( potong dadu)

1 sudu besar mentega

2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)

1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )

3 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )

1 sudu makan sos tomato atau sos chili

1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)

1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.

Sedikit garam


Cara membuatnya


1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.

2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.

3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.


* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.

** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.


Selamat mencuba!!!

Cucur Kentang Ayam Cheese Meleleh



Cucur Kentang Ayam Cheese Meleleh

#nakmasakapa







Lain daripada yang lain. Anak-anak yang suka cheese mesti suka ni


Bahan-bahan:
2 cawan tepung
Tiga bijik kentang dipotong dadu
Dua keping cheese cheedar
Sedikit Mozarela cheese
Satu sudu kecil soda bikarbonat
Satu sudu besar susu tepung
Satu sudu teh gula
Satu sudu kecil garam
Satu sudu kecil serbuk penaik
Air suam
Dada ayam dipotong dadu
Daun sup utk rasa dan bau yang wangi


Cara-cara membuatnya:


1. Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas dan gaul hingga sebati.

2. Bancuh dengan air suam dengan bancuhan yang sederhana (tak pekat sangat dan tak cair sangat)

3. Dah sebati semua, buatlah jemput-jemput sama ada guna tangan atau sudu

4. Goreng di dalam minyak yang betul-betul panas. Tujuannya supaya jemput-jemput tadi tak serap minyak dan tak muak bila makan, juga untuk elakkan dari melekat kat kuali sebab letak cheese.

Thursday, May 11, 2017

Doa untuk anak dan keluarga

Semoga bermanfaat

Definasi mafqud (org hilang)

Soalan: Dalam drama 'Menanti Februari', si suami telah hilang selama 6 bulan di laut. Si isteri berkahwin dengan lelaki lain dalam tempoh tersebut. Pada satu hari, suami yang hilang muncul kembali dan mengetahui isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain yang juga sahabat baiknya. Apakah hukum perkahwinan tersebut?

Jawapan:

Definisi Mafqud (Orang Yang Hilang)

Perkataan al-mafqud berasal dari bahasa Arab dari kata dasar fa qa da yang bermaksud tiada, hilang, dan lenyap[1]

Imam al-Syafie mendefinisikan mafqud sebagai: “Sesiapa yang tidak didengari khabar tentangnya”[2] Imam al-Nawawi menyatakan mafqud sebagai: “Orang yang terputus khabar berita dan tidak diketahui keadaannya semasa permusafiran atau keberadaannya dalam peperangan atau pada ketika kapal karam atau selainnya.[3]

Para ulama’ mazhab Syafie kontemporari menyatakan mafqud adalah: “Orang yang hilang dari tempat asalnya dalam tempoh yang lama sehingga terputus berita mengenainya dan tidak diketahui juga sama ada dia masih hidup ataupun telah meninggal dunia.” [4]


Tempoh Mafqud Dalam Mazhab

Tidak terdapat nas yang jelas daripada dalil-dalil Quran dan Sunnah berkenaan penetapan tempoh-tempoh tertentu secara tetap bagi tempoh mafqud sebelum diputuskan status kematiannya.

Kebanyakan pendapat yang dinukilkan adalah bersumberkan kepada pendapat-pendapat para sahabat dan pendapat-pendapat tersebut bukan dalam bentuk kesepakatan yang boleh dinilai sebagai hujah ijmak, kerana wujud perselisihan dalam kalangan sahabat dan tabi’en. Namun keperluan kepada tempoh pencarian bagi mafqud adalah disepakati oleh para ulama’.

Nabi SAW memberikan panduan umum dalan isu ini dengan sabdanya:

امْرَأَةُ الْمَفْقُودِ امْرَأَتُهُ حَتَّى يَأْتِيَهَا الْبَيَانُ

“Isteri orang yang hilang, masih dianggap isterinya sehingga datang bukti yang nyata.”

(Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, no. 15565)

Sebelum menghuraikan tempoh mafqud di sisi mazhab Syafie dan  mazhab-mazhab lain serta perundangan Malaysia, ingin kami jelaskan bahawa:

1. Suami yang hilang tetapi keadaannya diketahui dan boleh dihubungi. Dalam situasi ini, si isteri tidak berhak untuk berkahwin lain berdasarkan kepada ijmak para ulama. Namun, sekiranyanya suami gagal untuk memberi nafkah harta kepada isterinya, maka isteri berhak untuk menuntut fasakh melalui qadhi.

2. Suami yang hilang dalam keadaan terputus khabar berita dan tidak diketahui lokasi keberadaannya. Dalam keadaan ini, para fuqaha berselisih pendapat kepada beberapa pandangan seperti berikut:

Pertama: Mazhab Syafie

Menurut qaul jadid (pandangan baru) Imam al-Syafie, tempoh menunggu bagi isteri agar dia boleh menikahi lelaki lain adalah sehingga ada kepastian suaminya telah meninggal dunia atau mentalak isterinya. Manakala menurut qaul qadim (pandangan lama) Imam al-Syafie, tempoh menunggu adalah 4 tahun dengan tambahan masa ‘iddah 4 bulan 10 hari.[5] Pendapat ini juga dipegang oleh Umar bin Al-Khattab, ‘Uthman bin ‘Affan, Ibn ‘Abbas, Ibnu ‘Umar, Malik bin Anas, dan Ahmad.

Pandangan yang sahih lagi masyhur di kalangan ulama Syafie ialah ia terserah kepada ijtihad para hakim dalam menentukannya. Namun begitu, terdapat juga pandangan-pandangan yang mengatakan ia ditentukan selepas 68 tahun, 70 tahun, 80 tahun, 100 tahun dan 120 tahun.[6]

Kedua: Mazhab Hanafi

Dalam mazhab Hanafi, orang yang hilang dihukumkan sebagai mati apabila tiada seorang pun orang sezamannya yang masih lagi hidup di tempatnya tinggalnya. Namun begitu, ulama Hanafi tidak sependapat dalam menentukan umur seseorang yang boleh disabitkan telah meninggal dunia.

Bagi Imam Abu Hanifah, beliau mensabitkan orang yang hilang itu telah meninggal dunia apabila mencapai usia 120 tahun dan pendapat ini disokong oleh al-Qadwari. Abu Yusuf mengatakan apabila berusia 100 tahun, dan terdapat sebahagian mereka yang mengatakan semua itu tertakluk kepada ijtihad hakim dengan mengambil kira keadaan orang yang hilang dan bukti-bukti yang dikemukakan.[7]

Ketiga: Mazhab Maliki

Dalam mazhab Maliki, seseorang yang hilang di negara Islam boleh disabitkan telah meninggal dunia apabila mencapai tempoh menunggu selama 4 tahun. Selain itu, selepas tempoh ini juga, isterinya hendaklah melalui tempoh ‘iddah selama 4 bulan 10 hari bagi menghormati kematian suaminya dan kemudiannya dia boleh berkahwin dengan lelaki lain.

Jika sekiranya dia hilang di negara bukan Islam, maka dia tidak boleh disabitkan meninggal dunia melainkan dikemukakan bukti-bukti yang sahih atau umurnya telah mencapai satu usia yang mustahil terdapat orang yang masih hidup pada usia sedemikian. Bagi Imam Malik dan Ibn Qasim, usia tersebut lingkungan dalam 80 tahun. Ibn Arafah pula berpandangan, usia 75 tahun yang dikira. Terdapat juga sebahagian ulama’ mazhab Maliki yang berpendapat, ia sama seperti kes orang hilang di negara Islam.

Sekiranya seseorang itu hilang di dalam peperangan bersama orang kafir, Imam Malik dan Abu Qasim berpandangan bahawa isterinya hendaklah menunggunya selama 1 tahun dan kemudian menjalani ‘iddah. Terdapat juga pandangan dalam mazhab Maliki yang mengatakan hukumnya adalah sama seperti kes orang hilang di negara Islam.

Sekiranya seseorang itu hilang dalam peperangan sesama orang Islam, maka terdapat pelbagai pendapat dalam mazhab ini, antaranya ada yang mengatakan hendaklah isterinya menunggu selama setahun kemudian menjalani ‘iddah, dan juga terserah kepada ijtihad para pemerintah.[8]

Keempat: Mazhab Hanbali

Bagi ulama Hanbali pula, terdapat dua pendapat bagi seseorang hilang yang secara zahirnya pemergian itu adalah selamat:

1. Tidak akan terputus ikatan perkahwinan selagimana tidak disabitkan kematian suaminya.

2. Isteri itu hendaklah menunggu sehingga suaminya berusia 90 tahun dan ada juga riwayat yang mengatakan tempoh itu ditentukan oleh pemerintah atau mufti. Inilah pandangan yang sahih dalam mazhab Hanbali.

Bagi orang yang hilang yang secara zahirnya pemergian itu adalah membawa bahaya kepada si suami, maka isterinya hendaklah menunggu selama 4 tahun kemudian dia menjalani ‘iddah bagi kematian suaminya.[9] Bagi menentukan masa yang dapat dijadikan dasar untuk menilai mafqud telah meninggal dunia, ia hendaklah diserahkan pada pertimbangan hakim iaitu apabila dia hilang dalam waktu yang sekian lama sehingga sudah tidak ada lagi orang yang seusia dengannya di daerahnya yang mungkin masih lagi hidup.[10]

Tempoh Mafqud Berdasarkan Undang-Undang Syariah di Malaysia

Seksyen 806 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561) memperuntukkan:

Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama empat tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, maka beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya.

Peruntukan ini diperkukuh dengan seksyen 53(1), Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) yang menyebut bahawa:

“Jika suami mana-mana perempuan telah mati, atau dipercayai telah mati, atau telah tidak didengar perkhabaran mengenainya bagi suatu tempoh empat tahun atau lebih, dan hal keadaan adalah sebegitu hingga dia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap mengikut Hukum Syara' sebagai telah mati, maka Mahkamah boleh, di atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa siasatan yang wajar, mengeluarkan dalam bentuk yang ditetapkan suatu perakuan menganggap kematian suami itu dan Mahkamah boleh di atas permohonan perempuan itu membuat perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 52.”

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Setelah dibincangkan pendapat para ulama’ di atas, pendapat yang terpilih di sisi kami dalam isu tempoh mafqud adalah ianya bergantung kepada keputusan dan pertimbangan hakim. Ini selari dengan pandangan masyhur Syafi’iyyah dalam isu ini. Di samping itu, hendaklah meraikan akta yang ditetapkan di Malaysia melalui Mahkamah Syariah. Ini bermakna, jika penentuan hakim sehingga mengambil masa 4 tahun dan lebih, maka si isteri perlu menunggu dan dibenarkan berkahwin lain selepas ‘iddah. Manakala jika selepas 6 bulan - sebagai contoh - sudah dapat disahkan dengan bukti bahawa suaminya meninggal dunia, maka si isteri boleh terus berkahwin lain setelah tamat ‘iddah.

Sekiranya si suami yang hilang kembali semula setelah tamat tempoh mafqud, beliau berhak memilih untuk menikahi isterinya kembali, atau menerima pemulangan mahar (merelakannya dengan suami baru). Ini berdasarkan kenyataan Saidina Umar dan Saidina Uthman:

إِنْ جَاءَ زَوْجُهَا خُيِّرَ بَيْنَ امْرَأَتِهِ وَبَيْنَ الصَّدَاقِ الْأَوَّلِ

“Apabila suaminya kembali (setelah tamat tempoh mafqud), maka si suami diberi pilihan antara kembali memperisterikannya atau menerima pengembalian mahar isterinya tersebut”

(Riwayat Ibn Abi Syaibah, no. 16723)

Berkenaan isu drama “Menanti Februari” yang timbul di media sosial baru-baru ini, jika suaminya hilang di laut (di Malaysia contohnya) maka keputusan tempoh mafqud itu tertakluk kepada keputusan hakim yang pastinya mengambil kira pandangan dan kajian Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas.

Maka, kami berpandangan bahawa:

1. Pernikahan si isteri dengan suami baru adalah tidak sah kerana tempoh mafqud yang dinyatakan adalah 6 bulan sahaja tanpa ada babak yang menunjukkan si isteri mendapat keputusan daripada mahkamah syariah berkenaan status perkahwinannya dengan suami yang hilang.

2. Isteri yang pertama masih dikira isteri yang sah bagi suami yang hilang kerana tempohnya tidak mencapai had tempoh mafqud.

3. Anak yang dikandung si isteri hasil hubungannya dengan suami kedua adalah anak syubhah yang lahir daripada persetubuhan syubhah dan dinasabkan kepada ayahnya serta berlaku hukum waris antara si ayah dan anak tersebut. Ulama juga sepakat wajibnya ‘iddah dan sahnya nasab dari hasil pernikahan yang disepakati batalnya seperti menikahi isteri orang lain, jika di sana ada syubhah yang menyebabkan gugurnya hukuman zina, iaitu dia tidak mengetahui haramnya pernikahan tersebut. Oleh itu, pernikahan (yang batal) yang tidak dikira zina, maka anak itu dinisbahkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.[11]

4. Si isteri tidak boleh meminta fasakh kerana fasakh hanya boleh diminta kepada mahkamah jika suami hilang lebih daripada setahun sedangkan dalam drama berkenaan, suami hilang selama 6 bulan. Rujuk Seksyen 52 Perintah untuk Membubarkan Perkahwinan Atau Untuk Fasakh Dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Akta 303.

Penutup

Suami dan isteri perlu ada asas agama yang baik dan bertanyalah kepada mereka yang lebih arif dalam hal-hal kekeluargaan sekiranya tidak tahu. Nasihat kami kepada pengarah drama dan filem tanahair, sudah sampainya masanya pandangan pihak-pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diambil serius demi memartabatkan industri lakonan yang patuh syariah. Drama dan filem adalah satu medium yang sangat baik bagi menyebarkan pemahaman Islam dan nilai-nilai murni merentasi sempadan agama. Semoga Allah memberi kita pemahaman agama yang baik dan memelihara kita dan keluarga kita daripada sebarang hal yang menggoyahkan institusi rumahtangga.

Akhukum fillah

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
11 Mei 2017 bersamaan 15 Sya'ban 1438H

_______________________

[1] Ibn Manzur, Lisan al-'Arab

[2] Al-Syafie. Al-Umm, 6/182.

[3] Al-Nawawi, Raudhah al-Talibin, 6/34.

[4] Mustaffa al-Khan et.al. Al-Fiqh al-Manhaji. 2/331; Wahbah al-Zuhayli. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, m. 784-785.

[5] Ibn Hajar al-Haitami. Tuhfat al-Muhtaj, 2/253-254

[6] Al-Khatib Al-Syarbini. Mughni al-Muhtaj, 3/38; Sulaiman bin Muhammad bin Umar. Hasyiah al-Bujairimi, 3/260.

[7] Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahal al-Sarkhsi. Al-Mabsut, 11/ 37-38; ‘Ala al-Din Abi Bakar bin Mas’ud al-Kasani. Badai’ al-Sanai’ fi Tartib al-Syarai’, 5/289 & Ibn Nujaim.  Al-Bahr al-Raiq, 5/178.

[8] Malik bin Anas, Al-Mudawwanah al-Kubra, 2/30-31; Muhammad Arifah Al-Dusuki, Hasyiah al-Dusuki ala Syarh al-Kabir, 2/479.

[9] Al-Buhuti. Kasyfa al-Qina’ An Matan al-Qina’, 4/515.

[10] Muhammad Toha Abu al-Ula Khalifah, Ahkam al Mawarith: Dirasah Tatbiqiyyah, hlm. 542

[11] Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah, 8/123-124.