Thursday, June 23, 2016

Wahai Isteri Ku

Wahai Isteri Ku

Ini lah bisikan hati suami... tak mendambakan kecantikan , tidak lapar dengan masakan yang enak , apa yang diinginkan adalah kasih sayang isteri...

Wahai isteri dengarkan lah bisikan hatiku.....

PETUA IMAM SYAFIE 《whatsapp》

[PETUA IMAM SYAFIE]

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara  menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. sharing is caring

PINJAM 3MINIT UTK BACA NI
1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
    - USTAZ AZHAR IDRUS..

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
          - Ustaz Kazim Elias..

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      - Ustaz Don Daniyal..

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     - Datuk Ismail Kamus..

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
    - ustaz haslin baharin..

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     - Al-Habib Ali Zainal..

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    - Sheikh Abdullah Jahaf...

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     -Ustaz Dasuki Rani..

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
        - TG Harun Din"..

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      -Ustaz Pahrol...

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh 
SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSIKAN DGN ORANG LAIN ....

*sahih atau tidak? Tak dapat dipastikan .... petikan adalah sebaran whatsapp , sila dapatkan rujukan drpd pakar sebelum mengamalkan, ini adalah peringatan dari admin

Thursday, June 16, 2016

Ayam golek special

Ayam golek special untuk anda!!
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam-bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil
Bahan-bahan untuk ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir - hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up
Sekikit mentega
Cara menyediakan:
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 3-4 jam)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Sos Lada Hitam.
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan stok ayam@daging - hana guna stok ayam (air + kiub ayam)
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4-5 sudu serbuk lada hitam
c cm batang salery - dicincang
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
garam dan gula - jika perlu
Cara menyediakan:
1. Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didikan semula..masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

AYAM LEMON


AYAM LEMON
➨ Bahan-Bahan ayam goreng:
1/4 ayam ( ambil bahagian isi dan hiris nipis)
**(Untuk perapan)
6 ulas Bawang putih (chopped)
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
garam secukup rasa
perapkan kesemua bahan diatas lebih kurang 15 - 30 minit
**(Untuk Menggoreng)
1/2 cawan cornstarch (tepung jagung)
1/2 cawan tepung gandum
sebiji telur ayam
secukup dan sesedap rasa sebuk lada hitam,serbuk lada putih dan garam (jangan banyak sangat,sebab tadi kita da perap ayam dengan bahan2 tersebut)
Cara menggoreng:
satukan semua bahan di atas kecuali telur kemudian,celupkan hirisan ayam kedalam telur dan lumurkan pada bahan yang telah dicampurkan tadi (tepung jagung,tepung gandum, sebuk lada hitam,serbuk lada putih dan garam), then sedia di goreng!

Bahan Lemon sauce :
2 sudu butter(ikut suke la brand ape pon.cik iza guna buttercup,sikit je taw..jgn byk2)
1/4 kiub ayam
2 sudu gula
secubit garam
satu sudu tepung jagung (dibancuh dgn air terlebih dahulu-untuk memekatkan sos)
2 biji perahan lemon
**Cara Penyediaan Lemon Sauce:
1) Bancuh kiub ayam,gula dan garam dengan air suam
2) Cairkan butter dalam periuk(periuk jangan panas sgt, nanti butter anda hangus,warne pon da tak cantik)
3) Apabila butter hampir cair sepenuhnye masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh tadi (kacau,dan pastikan tepung tak berketul.gunakan api yang kecil sekali)
4) Apabila agak likat, masukkan campuran kiub ayam,gula dan garam tadi
5) Akhir sekali masukkan jus lemon , kacau sekejap je.. tutup api dan SIAP!!!
bila nak makan baru tuang kan sos ke atas ayam yang digoreng untuk memastikan ayam tu masih rangup mase kita makan nanti. dan hias la ikut kreativi anda.

#ayamlemon
#resepisedap
#lemon