Saturday, December 16, 2023

Empat Pemimpin Yang Mesti Dijauhi


Empat Pemimpin Yang Mesti Dijauhi

=====

Berdasarkan hadis Rasulullah, terdapat sekurang-kurangnya empat pemimpin yang mesti dijauhi iaitu:

1. Pemimpin yang suka berbohong dan gemar menaburkan janji-janji palsu mestilah dijauhi. Dalam hadis Rasulullah mengecam pemimpin yang menipu rakyatnya. Sabda Rasulullah:


مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللهُ رَعِيَّةً، يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ، إِلَّا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ


“Tidak ada seorang hamba yang diberikan tanggungjawab untuk memelihara rakyat sedangkan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan baginya syurga.” (HR al-Bukhari)


2. Pemimpin yang makan rasuah mesti ditolak. Rasulullah melaknat pemimpin yang memakan rasuah. Dosa mengambil rasuah dikategorikan sebagai dosa besar lalu bagaimana boleh kita memilih pemimpin yang jelas melakukan dosa besar. Sabda Rasulullah:


لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي


“Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah” (HR Abu Daud)


3. Pemimpin yang berfikiran liberal yang mempertikaikan syariat Islam mestilah ditolak. Dalam hadis, Rasulullah membayangkan mengenai kemunculan kepimpinan yang menolak sunnah Rasulullah. Sabda Rasulullah:


وَمَا إِمَارَةُ السُّفَهَاءِ؟، قَالَ: "أُمَرَاءُ يَكُونُونَ بَعْدِي، لَا يَقْتَدُونَ بِهَدْيِي، وَلَا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي


“(Ka’b bertanya): Wahai Rasulullah, apakah itu kepemimpinan orang yang bodoh? Rasulullah menjelaskan: (iaitu) Para pemimpin yang muncul selepas dariku, tetapi mereka tidak menggunakan petunjukku, dan mereka tidak mengamalkan sunnahku.” (HR Ahmad)


4. Pemimpin yang menyusahkan urusan rakyat mestilah dijauhi. Rasulullah pernah mendoakan ancaman buat pemimpin yang menyusahkan rakyat. Sabda Rasulullah:


اللهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ، فَاشْقُقْ عَلَيْهِ


Wahai Tuhanku, barangsiapa yang dilantik menguruskan urusan umatku ini lalu dia menyusahkan urusan umatku, maka susahkanlah (urusan) mereka. 


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi




 

Wednesday, July 26, 2023

RESEPI KARI AYAM HIJAU THAI

Bahan-bahan

  • 1 batang serai, hiris halus 
  • 4 biji cili hijau (boleh tambah cili padi jika suka pedas) 
  • 4 biji bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 1 inci lengkuas 
  • 1/2 inci halia
  • 1 pokok daun ketumbar, bersama akarnya dicuci bersih 
  • 1 genggam daun selasih 
  • 1/2 camca teh serbuk jintan manis 
  • 1 camca teh serbuk ketumbar 
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah 
  • 3 camca besar sos ikan 
  • 1 inci belacan, dibakar 
  • 2 camca besar jus limau nipis 
  • 1 camca besar gula melaka 
  • 4 camca besar santan 
  • Sedikit air 

Bahan-bahan kari hijau Thai 

  • 1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci dan toskan 
  • 3/4 cawan tepung pipit 
  • 1 biji tomato, dibelah 6 
  • 1/4 biji traffic light capsicum (merah, hijau dan kuning) didadu besar 
  • 2 batang serai, diketuk 
  • 4 helai daun limau purut 
  • 10 biji cili padi, diketuk 
  • Pes kari hijau secukupnya (lihat resepi di bawah) 
  • 300 ml pati santan 
  • Air secukupnya 
  • 1 kiub pati ayam (optional) 
  • Jus limau nipis secukup rasa 
  • Sos ikan secukup rasa 
  • Sedikit gula 
  • 1 genggam daun selasih 

Cara mambuatnya 

  • Untuk pes rempah kari hijau Thai : Kisar halus semua bahan2 untuk rempah kari hijau Thai. 
  • Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan2 rempah yang dikisar tadi hingga garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. 
  • Bila rempah garing dan terbit minyak, boleh matikan api. Biar sejuk dan boleh simpan dalam botol untuk kegunaan kemudian.. 

Untuk kari hijau Thai :

  • Panaskan 4 camca besar minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan pes rempah secukupnya. Masukkan ayam dan terung pipit. Gaul rata2 dan masak hingga ayam kecut.
  • Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam), kacau dan biar mendidih hingga terung pipit dan ayam empuk. 
  • Masukkan capsicum, cili padi yang diketuk dan pati santan. Kacau rata, perasakan dengan sos ikan secukupnya dan sedikit gula. Masukkan jus limau nipis sedikit dahulu, kacau dan rasa jika suka lebih rasa masam, baru ditambah lagi. 
  • Biar mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu. Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau dan matikan api. Hidangkan bersama nasi putih.. 

Selamat mencuba... Cdt resepi masak ayamm

BAGAIMANA MELUMPUHKAN MUSUH CARA ANWAR.

 Oleh: Pak Lang Mat 

*petikan dari hantaran whatsapp yg diviralkan

1. Pertama perlu bina persepsi apa sahaja supaya musuhnya turut dikecam dan dicop pencuri, perompak dan kaki sakau. Kenyataan demi kenyataan akan dibuat bagi membina rangka persepsi buruk terhadap subjek sasarannya. 


2. Pendakwaan bodoh akan dibuat dan siasatan dibuka. Bukan mahu buktikan salah atau betul. Itu sudah nombor 2.Yang penting pendakwaan, pertuduhan dan sensasi media dibina dahulu sebagai naratif untuk memburukkan imej dan membunuh karektor musuhnya. 


3. Setelah sensasi maka tentera siber upahan mereka akan berkompang seolah subjek sudah terbukti bersalah. Poster dan info grafik akan dibina kaum ini untuk sebaran. Tidak cukup di garis masa FB masing2, mereka turut masukkan ke dalam FB kumpulan komuniti rakyat bagi menguatkan naratif dibina Anwar. 


4. Dan pada masa yang sama di pentas2 ceramah dan majlis Anwar akan mula membina frasa ayat suci supaya dia dilihat bersih dari orang lain. Dialah hero segalanya.


5. Seperti terkena kepada Muhyiddin, merata pentas dia gambarkan Muhyiddin kaki sakau dan dia tidak begitu. Dia suci dan mulia. Malah menuduh Muhyiddin seleweng rm600 billion, bertukar kepada rm300 billion, bertukar lagi kepada rm92.5 billion dan akhirnya rm300 juta. Entah atas asas apa mahu dakwa. 


6. Malah Muhyiddin juga dituduh memberi projek kepada menantu berjumlah lebih rm1 billion. Setelah disiasat SPRM dan dipanggil semua diambil keterangan, terus Anwar terdiam. 


7. Dia cari akal lagi bagaimana mahu kenakan Muhyiddin cara lain pula. Timbul pula isu wang dalam akaun Bersatu yang disita dan rayuan Tan Sri Syed Mokhtar. Padahal PKR juga Syed mokhtar beri dana politik.


8. Anwar sekadar mahu membunuh karektor musuhnya dan bina imej buruk bagi menipiskan keyakinan rakyat terhadap Muhyiddin. Dengan harapan sokongan akan beralih kepadanya. Sama juga dengan apa dilakukan kepada PAS kali ini. Setelah Muhyiddin kaki sakau, PAS pula kaki rasuah. Itulah pelannya si Anwar ini. Jijik!!! sama sekali


9. SPRM pada 24 Februari 2019 sudah keluarkan hasil siasatan terhadap isu rm90 juta didakwa masuk ke akaun PAS bahawa tiada kemasukan wang tersebut. Muktamad. Kini dibuka kembali kes ini bagi membunuh karektor PAS pula. Betapa hatinya tidak tenteram  Anwar ini bila berkuasa. 


10. Silalah siasat. Tiada masalah. Dendam kesumat hati busuknya ibarat ikat tangan musuh dan cakap besar ajak musuh bergaduh. Buatlah sementara ada kuasa. Tunggu rakyat ajar regim Anwar ini nanti. Jatuhnya kamu nanti kita tahulah langit tinggi rendah. Apa ingat rakyat buta tak nampak Anwar tidak bekerja berpuluh tahun punyai aset berjuta dan bina rumah baru berjuta. Orang malas nak bising sahaja. 


11. Begitu juga dikorek kes Tun Daim bagi kenakan Tun Mahathir. Padahal semasa kes tersebut (2.3 biilion-Renong Bhd) yang keluarkan kenyataan bahawa kes tersebut tidak rugi dan hanya atas kertas adalah Anwar sendiri sebagai Menteri kewangan waktu itu. Anwar yang pertahankan kes tersebut. 


12. Kini dia juga yang buka kembali untuk lempiaskan dendamnya. Harus diingat Tun Daim antara manusia yang berpendapat Anwar patut dikeluarkan dari kabinet. Daim adalah think tank Tun Mahathir. 


13. Anwar juga akan berdepan saman fitnah rm150 juta oleh Tun M. Berpuluh tahun dia bina pelbagai cerita buruk tentang Tun M, tapi Tun M diam malas saman menyaman. Kini tahulah nasibnya  


14. Semakin hari Anwar  makin melampau dan seronok dibuai kuasa. Dia mahu mengawal segalanya. Baik pembangkang diikat tangan mereka dan kabinetnya dicucuk hidung mereka.


15. Malah di pejabatnya juga sudah wujud porak peranda kerana segala minit atau sokongan kepada menteri selain PKR akan disusahkan. Ini cara dia kawal menteri selain PKR untuk tunduk dengannya. Dia punyai banyak watak dan caranya masih kuno. 


16. Di pentas dialah paling pijak semut tak mati. Di belakang dialah diktator dipenuhi dendam kesumat. Cara dia tangani apa isu juga kuno. Macam kes kalimah Allah. Dia tahu dia sudah terkantoi. Dia buat majlis agama besar2an jemput ulama tokoh dunia kemudiannya bagi tenggelamkan isu kes kalimah Allah.


Ingatlah wahai pemfitnah(walanon)

"Allah tak tidur

Monday, February 1, 2021

BEE 4323 - Embedded Control Technology (University of Malaysia Pahang)

Salam 

 Jutaan Terima Kasih ke atas segala ilmu yg dicurahkan

Berikut adalah link seperti yang dikehendaki :

Tajuk Project : Quiz System using UART/virtual Terminal

Platform: UVision / Proteus












Sunday, July 21, 2019

Bachelor Of Engineering (Civil)

Bachelor Of Engineering (Civil)


Duration Of Study :

Minimum: 4 Years
Maximum: 6 Years



Degree Structure :

YEAR1
Surveying Technology

Fundamentals of Civil Engineering

Communication English
Engineering Drawing
Mechanical Engineering
Co-curriculum
Fluid Mechanics
Soil Mechanics
Mathematics 1 for Engineering
Differential Equations
Water Treatment Technology
Hydraulics

YEAR2


Laboratory1 - Civil engineering
Advanced English Communication
Highway Engineering
Mechanical And Electrical Systems
Numerical Methods
Wastewater Engineering
Geotechnics
Engineering Statistic
Geology
Material



YEAR3


Integrated Design
Construction Technology
Structure Theory
Traffic Engineering
Environmental Technology Management
Hydrology And Water Resource
Design Of Steel And Timber Structure
Civil Engineering Laboratory 2
Integrated Design Project 2
Elective FTI
Elective FPPSM
Reinforced Concrete Design 1
Geotechnics 2
Computer Programming
Integrated Design Project 1

YEAR4


Entrepreneurship and Enterprise Development
Construction And Project Management
Research Methodology And Pre - Project
Civil Engineering Seminar
Integrated Design Project3
Civil Engineering Information Systems
Elective 1
Elective 2
Elective 3
Final Year Project
Reinforced Concrete Design 2
Structural Analysis



Dinamika Malaysia Art
Customs And Belief Of Malaysians
Islamic And Asian Civilization/ Malay Language Communication



Program Outcomes

PO1

  • Engineering Knowledge - Apply knowledge of mathematics, natural science, engineering fundamentals, and an engineering specialization as specified in WK1 to WK4 respectively to the solution of complex engineering problems
PO2
  • Problem Analysis - Identify, formulate, conduct research literature and analyze complex engineering problems reaching substantiated conclusions using first principles of mathematics, natural sciences and engineering sciences (WK1 to WK4)
PO3
  • Design/Development of Solutions - Design solutions for complex engineering problems and design systems, components or processes that meet specified needs with appropriate consideration for public health and safety, cultural, societal, and environmental considerations (WK5)
PO4
  • Investigation – Conduct investigation of complex engineering problems using research-based knowledge (WK8) and research methods including design of experiments, analysis and interpretation of data, and synthesis of the information to provide validly conclusions
PO5
  • Modern Tool Usage - Create, select and apply appropriate techniques, resources, and modern engineering and IT tools, including prediction and modeling, to complex engineering problems, with an understanding of the limitations (WK6)
PO6
  • The Engineer and Society - Apply to reason informed by the contextual knowledge to assess societal, health, safety, legal and cultural issues and the consequent responsibilities relevant to professional engineering practice and solutions to complex engineering problems (WK7)
PO7
  • Environment and Sustainability - Understand and evaluate the sustainability and impact of professional engineering work in the solutions of complex engineering problems in societal and environmental contexts. (WK7)
PO8
  • Ethics - Apply ethical principles and commit to professional ethics and responsibilities and norms of the engineering practice (WK7)
PO9
  • Individual and Team Work - Function effectively as an individual, and as a member or leader in diverse teams and in multi-disciplinary settings
PO10
  • Communication - Communicate effectively on complex engineering activities with the engineering community and with society at large, such as being able to comprehend and write effective reports and design documentation, make effective presentations and give and receive clear instructions
PO11
  • Project Management and Finance - Demonstrate knowledge and understanding of engineering management principles and economic decision making and apply these to one’s own work, as a member and leader in a team, to manage projects in multidisciplinary environments
PO12
  • Life-Long Learning - Recognise the need for, and have the preparation and ability to engage in independent and life-long learning in the broadest context of technological change



Intake:
Apply through Official Website www.UPEngineering.edu.my/application , the first Intake will be on March, Second Intake will be on September, every years.
The application will be closed in February and August. 

FEES

Course
Duration (years)
2019 tuition fees per year (RM)
Malaysian
International
Bachelor of Civil Engineering (Honours)
4
46,700
52,300


Requirement:

For STPM/ equivalent
i) University Basic Entry
1. Passed SPM/SPMV with credit in Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia or credit in Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia in July Paper.
2. Passed STPM with:
·         Grade C (NGMP 2.00) in Pengajian Am, AND
·         Grade C (NGMP 2.00) in TWO (2) other subjects
3. Attended Malaysian University English Test (MUET) at least Band 1
4. Pass with minimum grade B- (NGMP 2.67) in the three of the following subjects: Modern Mathematics/Additional Mathematics, Physics/Biology, Chemistry.

ii) Special Entry Requirement 
1. Passed with at least PNGK 2.75 at STPM level.
2. Passed with at least grade B- (NGMP 2.67) at STPM in any THREE subjects: Mathematics T/ Future Mathematics T, Physics/Biology, Chemistry.
3. Passed with credit in Mathematics and Physics at SPM level or equivalent.

About University

University that focuses on skills and knowledge. we are confident of meeting world-class learning to the industry. We are the key to the engineering industry market based on the quality and consistency of our products
.

Vision

Transforming Higher Education for Sustainability Tomorrow

Mission

We provide high quality, relevant academic and training programs, research and the innovation of high commercial value, effective and efficient services that prioritize a conducive environment, as well as full fill a social obligation

Location

https://goo.gl/maps/Q9Uhfcezb2u49vBH9

Contact / Address


University Of Pahang EngineeringJalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang
09 – 9511101/8696

EMAIL: ADMIN@upe.edu.my