Tuesday, December 29, 2015

MISTERI SURAH ALFATIHAH



MISTERI SURAH AL FATIHAH


1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman
3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan
5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu


SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA ...

PETUA BUANG ANGIN

PETUA BUANG ANGIN
Tanda-tanda angin banyak dalam badan:
• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
• Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dan rasa ketidakselesaan badan.
Cara dan Bahan² :
1. 3 sudu halba direndamkan halba dlm air dlm 2minit dan toskan seketika.
2. 3cm halia muda diparut
3. 4 Ulas bawang putih
4. 15biji lada hitam.Semua bahan2 diatas.Ditumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia,bawang putih last masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur. Kemudian bahan2 tersebut digentel kecil spt maajun. Boleh disimpan dlm peti sejuk letak satu bekas.
Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Jika diamalkan perut akan kempis.
* Tips cara makan ini :
Minum dgn air suam.
*badan akan ringan,angin akan keluar dan mengempiskan perut.
*perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan.
Selamat Mencuba

Monday, December 28, 2015

Lencana - Macamana nak tampal?

Tak Perlu Jahit, Ini Cara Termudah Tampal Lencana Sekolah Anak
Seminggu sebelum sekolah inilah masanya ramai mak-mak kena tampal lencana di baju sekolah anak. Memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab tu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.

Tapi sekarang cajnya menjahit satu lencana adalah RM2.00 dan lagi RM2 untuk jahit tag nama. Jahit dua perkara itu untuk sehelai baju sudah RM4. Bayangkan ada enam helai baju. Dah tentu banyak modalnya.

Jadi VK cukup berterima kasih dengan perkongsian daripada Facebook  Puan Akmar Laily Omar yang sudi mengajar cara tampal lencana dan tag nama dengan cara paling mudah dan cepat. Lepas ni tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.

Bahan yang diperlukan:                                                                                                                                                                                                                                             Gam UHU
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika

Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana. 
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali.  ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.

Menurut Puan Akmar Laily, lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15  hingga 20 untuk satu lencana.

Ia juga kekal lama, berdasarkan pengalamannya lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasih dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.

Selamat mencuba!

JAWATAN KOSONG KOSONG

JAWATAN KOSONG 2015
(KEMENTERIAN PERTAHANAN)

KELAYAKAN:
1. Kelulusan SPM/SP MV/STPM/Diploma/Ijazah/Sarjana/Master

2. Gaji pokok : RM1800-3400

3. Elaun bulanan
(Cola, ITP & Khid. Awam) RM450

4. Elaun penginapan RM300

5. Elaun Shif RM 300

6. Elaun Uniform RM780

7. Elaun Dobi (bulanan) RM200

8. Percuma kursus mempertahankan diri
(tae kwon do, judo, karate do,muay thai,wushu & silambam)

9. Percuma kursus bahasa (mandarin, jepun, korea,;thai dan inggeris (2 pilihan sahaja)

10. Kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL)

*Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan
dikehendaki membawa kad pengenalan diri,sijil berkaitan(spm/spmv/diploma/ijazah)serta 3 keping gambar berukuran passport pada 27 ogos 2016 di Jabatan Pertahanan yang berhampiran.

Syarat-syarat kelayakan:
Umur 17-28 tahun sahaja.
Ketinggian minima 165cm. (L)
Ketinggian minima 156cm. (M) Bebas dari pengaruh dadah & kes polis

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (Full Gear) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.

JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN:

1. POWER RANGERS (5 kekosongan)

2. KAMEN RIDERS (100 kekosongan)

3. ULTRAMAN (150 kekosongan)

4. POWER PUFF GIRL (Wanita sahaja)

5. AVENGERS (115 kekosongan)

6. KLUANG MAN (terbuka untuk rakyat Johor)

7. CICAK MAN (Melayu sahaja)
n
8. BATMAN (1 kekosongan)

9. SPIDERMAN (1 kekosongan)
10. SUPERMAN - terbuka utk semua kaum

Maulidur Rasul

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Jom berselawat..
Salam Maulidur Rasul...

Friday, December 18, 2015

PERUT

Assalamualaikum
Info kesihatan:

Perut mengeluarkan asid pada tiga waktu ini :

1. 5.00 pagi - 8 pagi
2. 12 tengahari - 2.30 petang
3. 6 petang - 8 malam

Kalau nak makan, makan la semasa tiga waktu tu, baru tak jadi gastrik. Kalau tidak, asid ni akan jadi buih dalam perut yang akan merosakkan perut dan usus kita.

* Sumber : Pakar Perunding HKL

SHARING IS CARING

Wednesday, December 16, 2015

KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR

KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh jawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

PEMUDA: Tok imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?

PAK IMAM: Boleh!!! dengan izin Allah.

PEMUDA: Tok imam yakin kaaa?? Profesor pun tak boleh jawab soalan saya.

PAK IMAM: Aku akan cuba jawab soalan hang!

PEMUDA: Saya ada 3 soalan;
1. Kalau benar tuhan tu ada, tunjuk kat saya kewujudan dia?
2. Apakah yg dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan dibuat dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yg dibuat dari api, tentu syaitan tu tak sakit sebab mereka dari unsur yg sama. Apakah tuhan tak pernah terfikir sejauh itu???

PANGGGGGGGGGG!!!
Satu penampar dari tok imam singgah kat pipi pemuda itu.

PEMUDA: Adoiiiii!!! Awat Tok imam tampaq saya?

PAK IMAM: Sekali tampaq kat muka hang adalah jawapan untuk 3 soalan hang tanya sat-sat!

PEMUDA: Saya tak paham!

PAK IMAM: Macamana rasa penampaq saya?

PEMUDA: Sakit laa Tok Imam!

PAK IMAM: Jadi hang percayalah sakit tu ada!

PEMUDA: Ya!

PAK IMAM: Boleh tak hang tunjuk sakit tu ada dan macam mana rupa dia.

PEMUDA: Tak boleh laaa Tok Imam oiii!!!

PAK IMAM: Tu jawapan soalan pertama hang. Kita boleh rasa Tuhan tu ada tapi tidak boleh tengok.

Permuda terpegun jawapan Pak Imam.

PAK IMAM: Malam tadi hang mimpi tak nak makan penampaq aku?

PEMUDA: Takkk!!! (sambil gosok2 pipi bekas kena penampar)

PAK IMAM: Hang terpikiaq tak yg hang nak makan penampaq aku hari ini?

PEMUDA: Takkk!!! ( masih tercengang2 )

PAK IMAM: Tu lah namanya TAKDIR!

Pemuda sombong itu terdiam.

PAK IMAM: Tangan yg aku tampaq muka hang ni dibuat dari apa?

PEMUDA: Kulit dan daginggg!!!

PAK IMAM: Pipi yg kena panggg ngan aku tu dibuat dari apa pulak?

PEMUDA: Kulit dan daging...!!!????

PAK IMAM: Hang rasa macam mana bila aku pangg hang tak sat?

PEMUDA: Sakit dan pedih berdesing...!!!?

PAK IMAM: Itulah....! Walaupun syaitan dibuat dari api dan neraka jugak dari api, Jika Tuhan berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsurnya...!

PEMUDA: Allahuakbar!

Pak imam meninggalkan pemuda itu dan pemuda itu sangat kagum dengan ketinggian ilmu Pak imam tua tersebut.

Semoga bermanfaat.

Share dan sebarkan...JazakAllahuKhair...

Tuesday, December 8, 2015

Lembu Mengawan

😂😂😂😂😂😂😂😂

Saya  dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.

Kami sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan,

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.

Isteri saya secara jenaka mencuit saya dan dalam senyum berkata :
'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'

Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :
''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '

Sekali lagi isteri saya mencuit saya dan berkata :,
'WOW~~Itu dah lebih dari dua kali seminggu..........Abang boleh belajar banyak dari dia .'
Kami berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :

'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'

Isteri saya menjadi girang dan mencuit saya dengan kuat dan berkata :
'Itu bermakna sekali setiap hari .... Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!

Saya pun pandang isteri saya dan berkata kepada nya,"

'Awak pergi tanya lembu jantan ini, selama 365 hari itu, adakah dia mengawan dengan LEMBU BETINA  YANG SAMA ??
😂😂😂😂😂😂😂😂

Saturday, November 28, 2015

Muslim not terrorist

ISLAM TIDAK pengganas dan pengganas TIDAK ISLAM. "

Dalam sejarah dunia, yang telah DIBUNUH l maksimum manusia INNOCENT

1) "Hitler"
Adakah anda tahu siapa dia?

Dia adalah seorang Kristian, tetapi media tidak akan memanggil Kristian pengganas.

2) "Joseph Stalin dipanggil sebagai Uncle Joe".

Dia telah membunuh 20 juta manusia termasuk 14.5 juta telah mati kebuluran.

Adakah dia seorang Muslim?

3) "Mao Tse Tsung (China)"

Dia telah membunuh 14-20000000 manusia.

Adakah dia seorang Muslim?

4) "Benito Mussolini (Itali)"

Dia telah membunuh 400 ribu manusia.

Adakah dia seorang Muslim?

5) "Ashoka" Dalam Kalinga Battle

Dia telah membunuh 100 ribu manusia.

Adakah dia seorang Muslim?

6) Embargo dikemukakan oleh George Bush di Iraq,

1/2 juta kanak-kanak
telah dibunuh di Iraq sahaja !!! Bayangkan orang-orang ini tidak pernah dikatakan sebagai pengganas oleh media.

Mengapa?

Hari ini majoriti bukan Islam takut dengan mendengar kata-kata "Jihad".

Jihad adalah perkataan Arab yang berasal dari akar bahasa Arab perkataan "Jahada" yang bermaksud "berusaha" atau "perjuangan" menentang kejahatan dan keadilan. Ia tidak
bermaksud membunuh yang tidak berdosa.

Perbezaannya ialah kita berdiri menentang kejahatan, tidak dengan jahat ".

Anda masih berfikir bahawa ISLAM masalahnya?

1. Perang Dunia Pertama, 17 juta mati
(yang disebabkan oleh bukan Islam).

2. Perang Dunia Kedua, 50-55000000 mati (yang disebabkan oleh bukan Islam).

3. Nagasaki bom atom 200,000 mati
(yang disebabkan oleh bukan Islam).

4. Perang di Vietnam, lebih 5 juta mati (yang disebabkan oleh bukan Islam).

5. Perang di Bosnia / Kosovo, lebih 5,00,000 mati (yang disebabkan oleh bukan Islam).

6. Perang di Iraq (setakat ini) 12,000,000 kematian
(yang disebabkan oleh bukan Islam).

7. Afghanistan, Iraq, Palestin, Burma dan lain-lain (yang disebabkan oleh bukan Islam).

8. Di Kemboja 1975-1979, hampir 3 juta kematian (yang disebabkan oleh bukan Islam).

"MUSLIM BUKAN PENGGANAS
DAN
Pengganas TIDAK ISLAM. "

Sila keluarkan double standard pertama pada Pembunuhan.

Sila berkongsi seberapa banyak yang anda boleh jika anda seorang Muslim ..

Sunday, November 15, 2015

Maksud light indicator

Sesetengah daripada kita tak tahu apa maksud simbol yang menyala pada dashboard....

Maksud warna safety helmet

Safety helmet melambangkan kasta

TAHUKAH ANDA....

Tahukah Anda!!!
Jika anda kehilangan telefon bimbit, anda boleh menjejaki kembali.

Kebanyakan kita sentiasa bimbang telefon mudah alih kita boleh dicuri pada bila-bila masa.

Setiap telefon bimbit yang dibawa ada keunikan
IMEI no. iaitu International Mobile Equipment Identity yang boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih anda di mana sahaja di dunia.

Lihat bagaimana ia berfungsi !!

1. Dail * # 06 # pada telefon mudah alih anda.

2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan 15 digit IMEI no. yang unik.

3. Catitkan nombor IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali dalam telefon bimbit anda sendiri kerana ini adalah Nombor yang akan membantu mengesan telefon mudah alih anda apabila berlaku kecurian.

4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu E-mail 15 digit No. IMEI kepada cop@vsnl.net beserta butiran seperti di bawah.

Nama anda: ____________________
Alamat: ______________________
Model telefon: _________________
Buatan: _________________________
No. terakhir digunakan:_________________
E-mel untuk dihubungi: _____
Tarikh hilang: ___________________
IMEI No: _______________________

5. Tidak perlu pergi ke balai polis.

6. Telefon Mudah Alih Anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam akan datang melalui sistem yang kompleks GPRS dan internet, Anda akan dapat mengesan di mana telefon bimbit anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar.

SEBARKAN MESEJ INI IANYA SANGAT MEMBANTU.


☆abaikan gambar,sekadar hiasan

#cikgu_aisyah

Friday, July 24, 2015

Suami isteri bgaji RM 2k/seorg tp blh memiliki 4buah rumah + kereta yg selesa + RM 50k saving...Mustahil?

Suami isteri bgaji RM 2k/seorg tp blh memiliki 4buah rumah + kereta yg selesa + RM 50k saving...Mustahil?

Idea ini dari shbt sy Tuan Khairul Ezuwan

Situasi pasangan suami isteri yang bergaji bersih RM1800 Setiap seorang. Ambil kenaikan Gaji 10% setahun @ RM180 setahun.

A) Suami
_______

1. Buat simpanan secara konsisten Setiap bulan RM1,000 dalam ASB, Pakai transfer online Setiap Kali dapat gaji. Pastikan Buku ASB dipotong. Lepas 1 tahun Ada simpanan cash RM12,000

2. Keluarkan RM7,000 buat deposit Cari Rumah Lelong yang berharga RM70,000 (Cari Mesti Ada). Kos-kos lain masuk dalam pinjaman.Bayaran bulanan RM350. Gaji
bersih waktu ini RM1,980. Masa ini DSR adalah 17%. Sewakan rumah tersebut RM600. Buat tenancy agreement. Gunakan semua RM600 untuk bayar installment bulanan rumah tersebut. Waktu ini baki
simpanan RM12,000 - RM7,000 = RM5,000.

3. Terus kan buat simpanan bulanan RM1,000, selepas 6 bulan Beli Rumah yang pertama tadi, Jumlah simpanan Sekarang RM5,000 + RM6,000 = RM11,000.
Gunakan lagi RM7,000 untuk deposit sebuah lagi rumah Lelong berharga RM70,000. Bayaran bulanan RM350 .Waktu ini Gaji RM1,980 + (RM600 (tenancy agreement) x 80%) = RM2460. DSR waktu ini adalah 27%. Sewakan RM600 rumah kedua ini.
Buat tenancy agreement.cuma bayar RM350 untuk installment rumah ini. Baki pulangan Sewa RM250 buat bayaran extra kepada Rumah pertama (target = habiskan Rumah
pertama dengan secepat mungkin).
Baki simpanan RM11,000 - RM7,000 = RM4,000 serahkan kepada isteri.

4. Buat pinjaman ASB 200K, Komitmen bulanan RM1,200. DSR waktu ini 65%. (Max utk DSR ASB 80%).
Potong Buku ASB, Jangan sentuh dividend selama 3 tahun. Selepas 3 tahun cancel pinjaman ASB. Total dividen compounding + value cancel = RM60,000

5. Dengan extra payment yang dibuat ke Rumah pertama selama 3 tahun. Baki Rumah tersebut tinggal RM44,000. Gunakan hasil ASB RM60,000 untuk buat full settlement Rumah pertama. (Rumah pertama bebas
Dari pinjaman) . RM60,000 - RM44,000 = Baki cash RM16,000. Duit EPF AC 2 waktu ini ada RM10,000 .

6. Cari Rumah untuk duduk sendiri yang berharga 300K dengan monthly installment RM1500. Buat Mark up loan. (Cari Rumah 10% below market value @ 0 deposit)
Dengan nett Gaji waktu ini RM2,520 + rental income .
Max kelayakan DSR 70% = DSR waktu ini ialah 52%

B) Isteri

_______

1. Beli Perodua Kelisa terpakai yang berharga RM20,000 dengan bayaran bulanan RM300. Buat simpanan tetap
bulanan dalam ASB RM200 sebulan. Selama 18 bulan = RM3,600. Dalam akhir step 3 ��suami, beliau serahkan RM4,000 kepada isteri. So total cash Ada RM7,600.

2. Beli Rumah Lelong yang berharga RM70,000 dengan bayaran bulanan RM350. DSR waktu ini 33% (RM300 Kereta + RM350). Sewakan Rumah ini RM600 dan Buat
tenancy agreement. Bayar kepada pinjaman Rumah RM350, Masih Ada baki cash flow RM250.

3. Kekalkan komitmen simpanan bulanan RM200 tetapi tukar kepada kaedah pinjaman ASB RM75,000 . Installment bulanan adalah RM450. Gunakan RM200 + RM250 (cash flow Sewa Rumah) = RM450 sebagai
installment pinjaman ASB tersebut. Potong Buku ASB, Jangan sentuh dividen selama 3 tahun. Selepas 3 tahun cancel pinjaman ASB . Dividend compounding + cancel loan = RM18,000 + RM5,000 = RM23,000 cash. Baki
pinjaman Kereta Waktu ini RM9,000. Gunakan cash untuk buat full settlement kereta RM23,000 - RM9,000 = RM14,000. Duit EPF AC2 waktu ini Ada RM10,000.

4.Trade in perodua kelisa, beli Toyota Vios RM70,000 = installment bulanan RM800. DSR waktu ini 37%


DSR (Debt Service Ratio)

Suami pada step no.6 + Isteri pada step no.4 (hampir 5 tahun Dari step pertama)
------------------------------------------------
Income:
Total Gaji waktu ini: RM2,520 x 2 = RM5,040
Sewa 3 biji Rumah = (RM1,800 x 80%) = RM1,440
Total nett income = RM6,480 ➕

Hutang : RM350 (Rumah kedua suami)
RM1,500 (Rumah duduk sendiri)
RM350 (Rumah pertama isteri)
RM800 (Kereta baru isteri)
Total hutang : RM3,000➖

Total DSR Suami + Isteri = 46%✔️

Total cash di tangan :
suami =RM16,000 + EPF keluar RM10,000
Isteri =RM14,000 + EPF keluar RM10,000
Total cash di tangan = RM50,000

Total income bulanan bersih = RM3,480✔️
Memiliki 4 property Dan Kereta yang selesa✔️


Ada masa-masa tertentu Kita perlukan sedikit pengorbanan untuk mendapat keselesaan & kesenangan pada masa akan datang, jika anda sanggup, anda boleh
ikut. Jika tidak sanggup, share lah juga perkara ini kepada orang lain, mungkin mereka perlukannya. Thanks baca sampai habis.��. '
'Idea adalah pembuka minda, bukan semestinya pelaksanaan'. Padan kan situasi dengan keadaan diri anda sendiri.

*Siapa yg x boleh nak hadam,teruskan je kehidupan spt biasa...ini sekadar teori dan lakaran,ikut kemampuan msg2 utk mlaksanakannya..

Fahamkan betul-betul ye
===================

Comment:' Mengarut..x kira plak ank..duit mkn..pampers..duit taska semua..'

Jawapan saya


Selepas Suami simpan RM1000, wife simpan RM200, Bayar kereta RM300,

Baki gaji suami = RM800
Baki gaji isteri = RM1300

Total baki gaji = RM2100✔️

Kalau rasa Tak cukup angka Ni untuk tampung kehidupan harian seperti sewa, anak, minyak, dll, buat la kerja tambahan, contohnya Overtime, contoh saya letak seorang OT RM450. So di situ ada penambahan RM900

Total duit untuk belanja RM3000✔️

Kalau masih tidak mencukupi carilah sumber-sumber lain seperti kerja part time, contoh, buat sublet 2,3 biji rumah ke atau jadi agent drop ship ke, affiliate ke. Banyak pilihan pada kita, Cuma bergantung pada diri Kita sendiri nak buat atau tidak.

Kalau Tak cukup juga, gunakan la sebahagian simpanan RM1200 yang di buat setiap bulan tadi & tangguhkan sedikit tempoh beli rumah. (Duit simpanan ini biarlah jadi option terakhir kerana target kita untuk memiliki hartanah dengan secepat mungkin).

Yang ikhlas,

Datin Seri Khairul Ezuwan
'Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga'
______________

STATUS ni saya bagi idea untuk guide bagaimana nak beli rumah , 1,2,3,4 dan aplikasikan dalam pengiraan DSR pinjaman, untuk pinjaman dapat lepas dengan lebih smooth dan kumpul modal untuk memilikinya. Amount dan masa nak kumpul & beli Adjust la sendiri ikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing. Contoh, Tak mampu Simpan RM1000, simpan 500, tempoh beli rumah pertama tu tukar kepada 2 tahun.Kalau dah tak mampu juga. Jangan buat sebab anda memang tidak sesuai guna kaedah ini.✔️

Yang komen bukan main banyak mengenai kos Sara hidup yang lain macam pampers, taska, zakat,GST,bill, parking,makan, Bayar astro, duit masuk toilet, beli kit Kat anak, mainan anak, beli kebab pasar malam, anak demam, duit potong rumput, Khairat kematian. Dah macam Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga pulak saya rasa nak kena fikirkan semua kos-kos tu��. ITU ANDA FIKIR SENDIRI LA. Tak cukup cari lebih, rasa cukup diam, Tak cukup Tapi diam, itu terpulang pada anda sendiri.

-KEY-


P/S: semoga bermanfaat, cerita ini admin kongsi dari pemilik asal HAMBA TUHAN di laman sosial facebook